Sukacitanya dimaklumkan AJK surau telah bersetuju untuk mengumpul dana bagi membiayai projek 'menaik taraf' Surau An-Nur SP1 seperti keterangan di bawah :
- Memasang bumbung pisang sesikat di tempat mengambil wudhu' bahagian luar dan pintu masuk kedua. Anggaran kos yang diperlukan berjumlah RM 500 untuk membeli bahan dan pemasangan dibuat secara gotong- royong pada 2 April 2011.
- Membina laluan bertangga di pintu masuk kedua. Anggaran kos yang diperlukan berjumlah RM1500 iaitu untuk bahan dan upah.
Marilah kita bersama-sama menginfakkan wang ringgit dan tenaga untuk saham/amal jariah di akhirat nanti.
Sekian, terima kasih.
Hj. Mohd Nor Azizi Mohd Ali Hanapiah
N. Pengerusi
Surau An-Nur SP1