AlhamdulilLah, aku dilahirkan dalam keluarga yang sudah menganut Islam. Aku tidak mengetahui sejak bila generasi orang tuaku menganut Islam kerana nenek moyangku adalah Islam belaka. Bagiku (sekarang) ini satu anugerah yang Allah berikan kepadaku kerana aku tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengambil Islam sebagai agamaku.
Kata orang, batu permata itu datang dari lombong yang kotor dan berasal dari batu yang tidak menarik pada mulanya sehinggalah dipotong dan dibuang kekotorannya, digilap dan kemudian menjadi batu permata yang menarik.
Aku tidak mahu menyamakan Islam yang aku anuti sekarang seperti batu permata itu, tetapi aku harus menyakini bahawa Islam itu adalah agama yang benar dan suci secara jelas dan sahih. Bukan sekadar Islam agama nenek moyangku maka aku juga menerima Islam seadanya.
Bersambung.....