Setelah hampir setengah tahun laman blog Surau An Nur SP1 tidak di aktifkan dengan berita dan peringatan sebagaiman yang biasa di laku kan oleh Tn Hj Harun, mantan Pengerusi, kini tiba masanya untuk ia dikembalikan ke zaman kegemilangan.
Sesungguhnya tn Hj Mantan pengerusi telah meletakkan isi kandungan atikel atau informasi di blog Surau An Nur Sp1 sesuatu yang sangat tinggi nilainya dan bermanfaat kepada semua pembaca. Dengan kekurangan yang ada dari segi ilmu agama dan IT, maka ianya merupakan satu tanda aras yang sangat tinggi untuk saya, sebagai pengerusi baru untuk mengikuti jejak beliau.
Walaubagaimana pun, di kalangan warga SP1 terdapat pelbagai kepakaran yang boleh saya pelajari dan meminta pertolongan jika ianya diperlukan.
InsyaAllah warga SP1 semua akan bertambah utuh.
Kini Ramadhan 1434 telah pun enam hari di lalui..sebagai peringatan untuk saya dan sahabat sahabat semua
marilah kita sama sama merenungkan mafhum hadis di bawah ini...
Kelebihan Kelebihan Bulan Ramadhan
Hadis Nabi S.A.W
“Wahai manusia!
Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang
terdapat didalamnya satu
malam (Lailatul-Qadr)
yang lebih baik dari seribu bulan.
Satu bulan yang Allah SWT telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu
amalan fardu dan berdiri pada malamnya (bertarawih) sebagai satu amalan sunat.
Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah
menunaikan satu fardhu pada bulan
bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan bulan
yang lain
Ia
adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan
simpati. Ia bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang orang yang beriman.
Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan
pengampunan untuk dosa dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia
mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun
ganjarannya.
Sahabat
sahabat r.a lalu berkata “ Tiadaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu
untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.” Maka Rasulullah saw
bersabda, Allah SWT memberi pahala itu kepada sesiapa yang member walaupun
sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa
untuk berbuka.”
Ia
adalah yang satu bulan yang bahagian awalnya rahmat,(
10 malam pertama),pertengahannya
(10 berikutnya) keampunan,
dan akhirnya
kelepasan dari api
neraka . Sesiapa yang meringankan beban hamba
hambanya (pekerja pekerjanya) pada bulan itu, maka ia akan diampunkan oleh
Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka.
petikan dari buku Fadhilat Ramadhan, Oleh Maulana Muhamad Zakariyya