Alhamdulillah, baru balik dari ziarah ke rumah akh Sahidan. Ramai yang hadir, ini dapat meningkatkan ukhuwah sambil dengan 'santai' membincangkan kemajuan program surau dan lepas itu dihidangkan pula dengan nasi lemak panas serta sate oleh tuan rumah.
Kita juga sempat membaca Yaasin, tahlil dan doa selamat. Semoga Allah makbulkan doa kita untuk keselamatan dunia dan akhirat.
Mesyuarat sebentar tadi antara lain:
1. minta jawatan kuasa yang terlibat dengan aktiviti yang telah dirancang supaya mengambil tindakan melaksanakannya.
2. Sambutan Maulidurrasul bulan depan diketuai oleh akh Osmawi untuk mengetuainya. Seperti: mengenalpasti program dan penceramah, kertas kerja untuk LZS & PPZ, pengurusan program dan sebagainya.
3. Perkara lain:
- cadangan akh Sahidan untuk memasang pintu cermin surau (anggaran kos RM400), akh Azizi akan putuskan cadangan ini
- kelas mengaji alQuran - perlu kajiselidik permintaan penduduk (cadangan SU bincang dengan ketua jalan untuk dapatkan maklumat)
- keceriaan surau - akh Azizi akan mengatur rancangan spt mengecat surau/signboard
- program keluarga
- bendahari diingatkan supaya memaklumkan 'kekurangan' kewangan jika tabungan kurang RM500.
4. Ziarah dan mesyuarat Suarau untuk bulan Mac pada 27/3/09 di rumah akh Osmawi. Insya Allah.
Wallahu a'lam
Harun Noordin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan