Assalamualaikum ww,
Sahabat2 yang dimuliakan, sudah lama rasanya saya tak menulis di blog ini kerana beberapa kesibukan peribadi yang perlu ditangani. Sepanjang bulan Disember 2009, aktiviti surau berjalan seperti biasa dengan bilangan jamaah yang agak kecil kerana sahabat-sahabat mengambil kesempatan untuk bercuti semasa musim cuti sekolah.
Kini telah lebih seminggu kita memasuki tahun 2010 dan kesibukan ibubapa dengan urusan persekolahan anak-anak juga telah mulai reda. Kita umat Islam ada 2 sistem pengiraan hari/tahun:
- Tahun hijrah (tahum qomariah) - banyak digunakan untuk urusan agama seperti puasa, haji, zakat dan sebagainya.
- Tahun masihi (tahum syamsiah) - digunakan dalam urusan harian kerana kerajaan menggunakan taqwim ini dalam urusan rasmi. Sehinggakan pusat zakat pun membuka 'urus-niaga' mereka berdasarkan tahun masihi, mungkin untuk memudahkan 'pelanggan'.
Pada malam Jumaat 7/1/2010, Akh Osmawi (Timb Pengerusi) telah mempengerusikan mesyuarat pertama Surau dan banyak aktiviti telah dipersetujui. Semoga kita dapat menjalankan aktiviti ini dengan penuh ketaqwaan. Saya akan memasukkan, senarai aktiviti dalam posting yang akan datang.
Tiada kalimah yang paling agung melainkan kalimah Allah dan semoga Allah memberkati kitaa semua.
Ilal liqa wassalam.
Harun Noordin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan