Assalammualaikum,
Kini umat Islam dipandang rendah oleh golongan bukan Islam dan sudah hilang hormatnya kerana umat Islam telah hilang semangat jihad: takut mati dan mencintai dunia. Surau dan masjid dianggap sama dengan dengan tempat lain kerana umat Islam sendiri tidak lagi mengimarahkannya. Jika adapun hanyalah 'orang tua' dan AJK surau atau masjid saja.
Laungan azan kita dirasakan mengganggu sehingga surau dibaling dengan botol arak, wayar pembesar suara surau dipotong dan papan tanda surau ditampal dengan iklan maksiat sebagai tanda penghinaan kepada kita umat Islam dan kita terus bersabar dalam mematuhi undang-undang negara yang tercinta ini. Kita tidak pernah, menunjukkan kebencian kita dengan bunyi mercun setiap malam sepanjang perayaan tahun baru Cina, bunyi bising gendang untuk latihan tarian singa hampir setiap malam beberapa bulan sebelum tahun baru Cina juga kita hormati sebagai satu cara menghormati jiran.
Kesesakan jalan raya kerana aktiviti agama dan bau setanggi dari kuil yang amat menusuk hidung pun kita tidak pernah adukan kepada pihak berkuasa. Toleransi yang kita tunjukkan harap dapat balasan yang sama dari jiran dan rakan-rakan beragama lain. Kita tidak mahu hidup dalam keadaan huru-hara dan syak wasangka.
Biarlah suasana harmoni dan selamat ini berterusan agar kita mampu mengujudkan satu masyarakat yang saling hormat-menghormati.... tetapi kesabaran kita pun ada hadnya.
Islam itulah cara hidup.....
Harun Noordin
SP1
2010-02-22
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan