Islam memusuhi kesyirikan, syirik (digunakan dalam bahasa Melayu membentuk perkataan "syarikat" - sekutu - lebih dari satu) dalam hal ketuhanan adalah batas keislaman seseorang itu. Secara umumnya penuhanan berlaku atas 5 sebab:
- Untuk pengabdian (sifat semula jadi manusia yang lemah)
- Untuk perlindungan
- Untuk kecintaan
- Untuk pujian (pemberi nikmat dan rezeki)
- Untuk rujukan perundangan
- Seluruh bumi ini adalah 'masjid' bagi umat Islam selagi ianya suci.
- Umat Islam perlu setiap dan sepanjang masa mengabdikan diri kepada Allah.
- tatacara ibadah khusus amatlah mudah dan boleh difahami oleh 'aqal apatah lagi ibadah umum, kerana kehidupan seorang muslim mestilah dalam keadaan ber'ibadah' kepada Allah SWT.
Islam tidak memerlukan masjid yang cantik tetapi tiada pengisian taqwa di dalamnya. Tetapi masjid umat Islam adalah tempat kesatuan, tempat kecintaan dan tempat ketundukan. Ukiran sebegini bukanlah dinamakan masjid tetapi adalah sebuah kuil.
Nabi SAW telah memusnah beratus2 berhala jahiliyyah di dalam masjidilharam semasa 'fathulmakkah', perkara hampir sama dilakukan oleh Wazir Maharaja Babur, Mir Baqi yang telah membina masjid Babri di Ayodhya. Tetapi sekarang telah dirampas semula oleh kerajaan Hindu untuk dibina semula kuil kelahiran Rama yang didewa sebagai tuhan orang Hindu. Ini adalah kesyirikan yang nyata dan adalah mustahil tuhan itu dilahirkan seperti makhluq, tetapi ketika ini yang batil itu mengatasi yang haq.
Pastinya yang haq itu akan menang nanti....
Wassalam
HBN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan