Assalamualaikum ww
Sahabat2 yang dirahmati Allah, sempena tahun baru miladiah 2011, Surau An-Nur SP1 akan mengadakan ceramah seperti berikut:
Tarikh: 31/12/2011
Masa: selepas solat Isyak
Tempat: Dewan solat
Penceramah: Ustaz Mohd Zulnun
Tajuk: Hijrah oleh Generasi Alquran.
Dijemput muslimin dan muslimat untuk turut serta ke majlis ini. Semoga Allah merahmati kita sebagai generasi alQuran.
Wassalam
Pengerusi
2010-12-31
2010-12-22
Mohon Sumbangan Untuk Sudut Bacaan di Surau An-Nur SP1
Assalamualaikum ww,
Saya memohon kepada semua dermawan agar dapat memberi sumbangan untuk Sudut Bacaan Azhari di Surau An-Nur SP1. Antara keperluan:
Sila hubungi AJK Surau An-Nur (rujuk biodata) atau email ke annursp1@gmail.com untuk memaklumkan sumbangan tuan/puan.
JazakalLahu khairan kasira.

- Kabinet/Rak/Almari Buku
- Bahan bacaan seperti Kitab-kitab tafsir, hadis, fiqh, tasawuf, bacaan teknikal, bacaan kanak-kanak, , journal, bacaan umum dan sebagainya.
- Poster dan kad-kad bacaan.
Sila hubungi AJK Surau An-Nur (rujuk biodata) atau email ke annursp1@gmail.com untuk memaklumkan sumbangan tuan/puan.
JazakalLahu khairan kasira.
Pengerusi
2010-12-17
Gotong Royong Membersih Surau
Assalamualaikum ww,
Sahabat2 dan semua ahli kariah Surau An-Nur SP1 adalah dijemput untuk turut sama dalam gotong royong yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh 12 Muharman 1432 / 18 Dec 2010 (Sabtu)
Masa: 8:30 pagi
Aktiviti:
1. Membersih surau
2. Memperbetulkan susunan karpet supaya betul mengikut arah kiblat.
3. Membersih bilik penginapan imam jemputan.
Semoga Allah ganjari kita semua dengan pahala sadaqah jariah di samping mendapat barakat ukhuwah dan kesihatan.

2010-12-14
Puasa Sunat Pada 9 Dan 10 Muharam 1432
Assalamualaikum ww,
Sahabat2 yang dimuliakan, dari Sahabat Abdullah Bin Abbas Radiallahu 'anhuma:
"Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
Sebuah hadis lagi, daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Hari Asyura adalah pada 10 Muharam dan banyak peristiwa terjadi kepada Nabi2 sebelum ini berlaku pada hari Asyura. Walau bagaimanapun jangan sampai melakukan bid'ah pada hari Asyura.
WalLahu a'lam
HBN

2010-12-06
Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah
Assalamualaikum
Sahabat2 yang dirahmati Allah, kita telah pun sampai ke penghujung tahun 1431 dan akan memasuki tahun baru 1432 Hijrah. Ini bermakna telah 1431 tahun Nabi SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk membawa perubahan kepada umat manusia.
Pembukaan kota Madinah bermulanya satu tamadun kemanusiaan di mana Islam adalah agama yang menunjukkan nilai kehidupan sebenar bagi manusia yang sejati. Dalam kemeriahan sambutan awal tahun 1432 ini marilah kita mengingati pesan Nabi SAW:
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
# Pertama, masa sihat sebelum sakit.
# Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
# Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
# Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan
# Kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.”
(Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Perubahan tahun adalah untuk memudahkan manusia menguruskan kehidupannya, yang beruntung hanyalah orang yang menggunakan masanya untuk mendapatkan keredhoaan Allah SWT.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 1432 HIJRAH
Wassalam.

Langgan:
Catatan (Atom)