Assalamualaikum ww,
Sahabat2 yang dimuliakan, dari Sahabat Abdullah Bin Abbas Radiallahu 'anhuma:
"Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
Sebuah hadis lagi, daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Hari Asyura adalah pada 10 Muharam dan banyak peristiwa terjadi kepada Nabi2 sebelum ini berlaku pada hari Asyura. Walau bagaimanapun jangan sampai melakukan bid'ah pada hari Asyura.
WalLahu a'lam
HBN
2010-12-14
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan