2009-04-14
Ilmu dan buku (Salam Harvard 1)
Salam
1. Saya setuju benarlah yang menuntut ilmu mesti berguru. Malah dalam bab menuntut ilmu ini banyak ulama' meminta agar berguru (sila rujuk Mauizatul Mukminin - Imam Al Ghazali, - bab Menuntut Ilmu).
Kaedah membaca
2. Bacaan itu boleh dijadikan rujukan dan bahan untuk difikirkan dan dibahaskan. Kaedahnya, bila mana ada yang meragukan, perkara ini perlu dirujuk dengan guru. Ini perlu kerana jika kita membaca buku khususnya berkaitan agama, ia bergantung kepada penulisnya dan aliran pemikirannya.
3. Kita kena tahu latar belakangnya, mazhabnya dan fikrahnya. Ada yang menulis buku agama, tetapi fikrahnya tidaklah pula boleh dijadikan sandaran. Pada ketika itu, jika kita berilmu, wajib bagi kita menolak hujahnya.
Bimbang Membaca Tanpa Ilmu
4. Pun begitu, janganlah pula kita mengambil jalan tengah iaitu langsung tidak membaca dengan alasan 'tiada guru'. Ini mencari alasan namanya dan kurang konstruktif jadinya. Jika ini pegangan kita, kesudahannya satu buku pun takut untuk dibaca. Isunya di sini membaca yakni memahami apa yang hendak disampaikannya dan perkara yang pelik perlu dibincangkan. Jika tidak membaca apa pula yang hendak dibincangkan?
Membaca atau Menuntut Ilmu Dahulu?
5. Isu kedua pula, mana lebih dahulu membaca atau menuntut ilmu. Pandangan pertama mengatakan, jika kita berilmu mudah kita membaca mana-mana bukupun. Pandangan kedua membaca dan menuntut ilmu itu perlu bersekali. Pandangan ketiga membaca dahulu (rujuk surah Al A'laq). Yang dibimbangkan dan merugikan kepada umat kita, ialah berguru pun tidak membaca juga tidak.
Sekadar melahirkan apa yang difikir. Mungkin salah.
Wallahu 'alam
Dato' Penasihat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan