2009-04-24
Modernize without Westernizing (Salam Harvard 3)
Assalamualaikum, w.b.t.h.
Didoa'kan semoga anak Muzafar cepat kembali pulih dan sihat seperti sedia kala. Itulah dia, kalau tak ada calar balar tidak dikatakan anak lelaki.
Minggu ini genap empat minggu saya di sini. Oleh kerana kelas terakhir hingga Jumaat tengahari, petang ini saya akan ke Washington D.C hingga Isnin. Perjalanan udara 1 jam 40 minit. Kali ini topik yang dipilih agak berat tetapi menarik.
Modernize without Westernizing?
Pada minggu ini, program saya banyak membincangkan kes Business, Government and the International Economy mengenai pembangunan negara timur tengah termasuk Saudi Arabia, Dubai dan Nigeria. Yang mengajar ialah Prof. Richard H.K. Vietor dari Harvard Business School.
Tajuk kes study ialah Saudi Arabia: Modern Reform, Enduring Stability. Negara Arab Saudi mempunyai GDP per capita meningkat dari USD $17,606 (2000) kepada $24,390 (2008) dengan kadar Real GDP growth 2008 sebanyak 6%. Begitu juga % Consumer Price meningkat dari -1.10 (2000) kepada 9.40 (2008). Ini satu kemajuan ekonomi yang tinggi dan amat mampan.
Kerajaan Arab Saudi juga merangka banyak pembangunan eknominya. Antaranya ialah pembinaan King Abdullah Economic City (KAEC). Projek ini boleh ditonton melalui. www.youtube.com/watch?v=3dY9nnAw5D0 Tontonlah.., saya amat kagum dengan perancangan ini.
4. Yang menariknya, satu soalan yang dibangkitkan ialah ," Can Saudi Arabia modernize, without Westernizing? Berbagai isu dalam kes tersebut dibincangkan antaranya hampir 50% sektor awam bergantung kepada tenaga pekerja luar termasuk yang tidak mahir dan professional. Manakala sektor swasta 87% daripada 5.8 million adalah daripada pekerja luar. Ini adalah antara ciri negara kaya (Rentier state).
5. Bilangan putera Raja menjangkau 5,000 hingga 8,000 orang. Terdapat satu majlis syura kebangsaan [National Consultative (Syura) Council] yang menasihati Sultan dan meluluskan undang-undang. Hanya 28% sahaja yang belajar di universiti dan daripada 1000 yang graduate hanya 9 sahaja jurutera manakala negara lain 50 orang ke atas (Swedeen 134 orang). Wanita Saudi masih dilarang memandu kenderaan dan dilarang berjalan seorang diri.
6. "We like to modernize but not necessarily Westernize.." kata Putera Bander bin Sultan bekas Duta Arab Saudi ke USA. Saya juga ada menanyakan apa maksud modern bagi orang Amerika? Bagi menjawab persoalan ini ia dibuat denganmembandingkan kemajuan dengan negara Dubai. Negara Dubai amat luar biasa dari segi orangnya, budayanya dan pembangunan fizikalnya (termasuk rumah snow di Dubai). Arab Saudi dan Dubai adalah dua fenomena yang berbeza ibarat langit dengan bumi.
7. Isunya, negara Islam lain yang maju tidak seperti negara Arab. Ini kerana Saudi Arabia tidak mengasingkan ulama dan umara'nya. Raja Arab Saudi masih menerima nasihat majlis syura bagi melaksanakan sesuatu perundangan. Majlis syura yang terdiri dari ahli sunnah waljamaah sentiasa merujuk kepada Al Quran dan sunnah rasulullah saw dalam merangka pembangunan umatnya. Oleh yang demikian menurut profesor tadi, pembangunan King Abdullah Economic City (KAEC) agak lambat dan sukar untuk dicapai? Saya tertarik apabila profesor itu merumuskan tentang tidak adanya separation of power antara ulama dengan pentadbir, maka pembangunan Arab Saudi agak sukar dan amat perlahan tidak seperti Dubai?
8. Tapi saya yakin dengan keupayaan Arab Saudi yakni dengan harta yang banyak serta masih mengamalkan Majlis Syura, kita akan lihat nantinya di tengah Hotel 5 bintang, orangnya masih berjubah dan berserban bagi lelaki dan jubah hitam untuk wanitanya.
Sekian. Sekadar perkongsian ilmu untuk difikirkan...!
~ Dato' Penasihat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan