Assalamualaikum ww
Mafhumnya: "Dialah yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju ke arah langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
Allah menjadikan segala-gala di bumi ini untuk manusia, oleh itu manusia sewajarnya menjadi pentadbir/pengurus kepada dunia ini. Dibekalkan Allah dengan ruh dan jasad yang bersesuian sehingga ianya menjadi sebaik-baik kejadian, juga dibekalkan dengan nafsu dan akal, manakala peraturan mentadbir juga diberi yakni syariat agama (Islam). Dalam urusan mentadbir ini Allah menjanjikan rezeki untuk hambaNya.
Sekiranya ianya mematuhi syariat Allah dan berjaya mentadbir dunia ini maka Allah ganjari dengan balasan syurga yang luas dan penuh kenikmatan. Itulah ganjaran yang disediakan Allah kepada orang-orang yang benar dalam kesaksian mereka.
Mungkin esok atau lusa kita akan menyambut hari raya Aidilfitri (hari raya fitrah), di mana pada hari raya ini kita kembali kepada fitrah kejadian dan rutin harian yakni kembali boleh makan dan minum serta bergaul dengan isteri seperti sebelum Ramadhan. Kesukaan syahwat (bagi lelaki) kepada wanita, anak-anak dan kekayaan adalah fitrah; Islam membenarkannya tetapi mengikut panduan syariat Allah. Allah tidak menggalakkan pembujangan atau menyekat kelahirkan zuriat apatah lagi kalau takut miskin kerana anak-anak (setiap manusia) itu telah ditentukan rezekinya oleh Allah SWT.
Menjelang hari raya ini ramai yang akan balik ke kampung untuk menziarahi ibubapa dan sanak saudara, lakukanlah dengan niat yang ikhlas sebagai satu dari tuntutan taat kepada Allah SWT. Menziarahi ibubapa dan menyenangi hati meraka adalah satu kewajipan kepada anak-anak. Lakukanlah sebaik mungkin sehingga redho Allah juga meliputi kita dalam merayakan kejayaan tarbiah Ramadhan tahun ini.
Dalam pergaulan semasa hari raya, elakkan hubungan yang bebas dan diluar batas syarak. Janganlah hilangkan pahala sebulan Ramadhan dengan maksiat-maksiat yang dilakukan di hari raya. Perbanyaklah membesarkan Allah sebagai tanda syukur kita di atas nikmat yang diberikanNya.
Berhati-hati memandu di jalan raya dan patuhilah peraturan jalan raya serta penuhi hak orang lain.
WalLahu a'lam
HBN
2010-09-08
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan