Assalamualaikum ww
Mafhumnya: "Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar."
Menjadi khalifah di bumi Allah ini perlukan ilmu dan Allahlah yang mengajarkan kita pelbagai jenis ilmu. Benarlah sabda Nabi SAW, jika hendakkan kejayaan di dunia dengan ilmu, jika hendakkan kejayaan di akhirat juga dengan ilmu dan jika hendakkan kejayaan di dunia dan di akhirat juga dengan ilmu.
Inilah kekuatan manusia kerana ianya mampu belajar. Asas dalam ilmu dan paling penting adalah mengenal nama dan manusia mampu memberikan nama benda-benda dengan ilmu yang diberikan oleh Allah. Dari sini berkembangnya ilmu pengetahuan. Menjadi asas kepada pelajar supaya diuji akan ilmunya supaya diketahui samada ilmu yang diajar difahami atau tidak. Belajar tanpa ujian akan menjadikan pembelajaran itu kurang berkesan atau sia-sia.
Itu sebabnya jika kita lihat kelas 'maghrib' di surau atau masjid tidak dapat difahami sepenuhnya oleh jamaah/pelajar kerana tiada ujian manakala pelajar pula datang dengan 'tangan kosong' tanpa ada usaha untuk mencatat nota yang dipelajari. Kadang-kadang buku/kitab yang diajar oleh Guru/Ustaz pun tidak diketahui tajuk dan pengarangnya!
Allah SWT mengajar kita cara-cara menuntut ilmu maka perbaikilah supaya kita mampu menjadi khalifah Allah di mukabumi ini.
Wallahu a'lam
HBN
2010-09-24
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan