Assalamualaikum ww
Mafhumnya: "Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang yang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya."
Golongan munafik kufur ini membuat kerosakan tanpa menyedarinya kerana mereka mersakan apa yang telah mereka lakukan adalah "kebaikan" kerana kebusukan jiwa mereka tidak dapat merasakan kerosakan itu. Mereka tidak mempedulikan laungan dan seruan keadilan tetapi nafsu sarakah merekalah yang diutamakan.
Lebih malang lagi kerosakan itu bukan saja akan menimpa diri orang lain malah diri mereka sendiri. Dalam sejarah kerajaan Islam di Baghdad, Melaka, India, Turki dan berterusan hingga sekarang menunjukkan kejatuhan kerajaan adalah disebabkan oleh golongan munafik dan kehancuran juga mengenai golongan yang belot ini.
Ramadhan begitu pantas berlalu, kita sudah menghampiri pertengahannya, namun jika tamrin ini belum begitu berkesan, maka usahakanlah mempertingkatkan ibadah dan mohonlah kepada Allah agar segala sifat mazmumah dikikis keluar dari hati nurani supaya nur qalbu kita lebih cerah dari sinar syawal nanti.
WalLahu a'lam
HBN
2010-08-22
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan