Assalamualaikum ww,
Mafhumnya: "Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
Ayat ke 21 ini Allah menyeru kepada seluruh manusia tanpa mengira samada ianya orang beriman atau kafir atau munafik kepada satu perkara penting, yakni untuk mengabdikan diri hanya kepada Tuhan yang telah menjadikan manusia bukan tuhan yang dibuat2 atau dihormati kerana kekuasaan memberi mudhorat saja.
Penciptaan manusia yang dahulu adalah sebagai sejarah dan pemerhatian kepada manusia hari ini supaya mengambil pengikhtibaran dalam hidup. Allah menerangkan sifat RububiahNya untuk kesedaran kepada manusia akan sifat Uluhiah Allah.
Islam adalah agama berlandaskan fakta yang jelas supaya mudah manusia memahaminya.
WalLahu a'lam
HBN
2010-08-31
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan