2010-08-12
Albaqoroh:3
Mafhumnya: "Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang, serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
Kita sedang berpuasa ketika ini kerana Allah mahu mendidik kita menjadi orang bertaqwa. ciri-ciri orang yang bertaqwa taqwa dijelaskan Allah dalam ayat ini adalah:
1. beriman dengan perkara-perkara ghaib, yakni perkara yang tidak dapat digapai oleh pancaindera kita, keyakinan kita hanyalah berasaskan kepada kepercayaan kita akan kebenaran Nabi SAW.
2. mendiri solat, adalah perkara utama dalam amal agama sehinggakan sesiapa yang mendidikan solat seperti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat seperti meruntuhkan agama.
3. menafkah sebahagian rezeki yang diberikan oleh Allah ke jalan yang dibenarkanNya seperti nafkah harian untuk diri sendiri, keluarga, yang memerlukan dan untuk kepentingan syiar Islam.
WalLahu a'lam
HBN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan