Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2009-02-26

Program minggu ini

Assalamualaikum,

Saudara/i, alhamdulilLah kita semarakkan program surau kita mulai ini hingga malam selasa nanti dengan program berikut:

1. Malam ini - insya Allah aktiviti mingguan kita dengan tahlil bacaan yaasin dan solat isya'. terima message dari Azrin - malam ni ada laksa.....

2. Pagi Ahad - Kuliah subuh nanti akan diadakan seperti biasa dengan peringatan oleh alfadhil Ust Zulkifli Osman. Pegawai tatatertib JPA.
3. Isnin malam selasa seperti biasa akan diadakan kelas tajwid.

Semoga kita dengan program berterusan ini dapat meningkatkan iman dan ukhuwah kita.

Wassalam
Harun Noordin

2009-02-21

Rayuan Sumbangan Untuk Tabung Surau

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 dan netters yang dirahmati Allah,
Kami memerlukan sumbangan untuk mengisi tabung operasi Surau Annur Saujana Puchong 1 di antara aktiviti Surau Annur:
1. Majlis ilmu (mingguan dan bulanan)
2. Usaha dakwah dan ukhuwah (untuk penduduk muslim)
3. Penerangan tentang Islam kepada penduduk bukan Islam.
4. Bantuan kepada penduduk Islam yang kesusahan.

Semoga sumbangan tuan/puan dikira suatu jariah oleh Allah Taala. Tuan/puan boleh menyumbang melalui:
1. Masuk ke dalam akaun bank surau (no akaun seperti di bahagian bawah blog ini)
2. Masukkan ke dalam tabung besi di dalam surau
3. Melalui Bendahari (no telefon ada di bahagian bawah blog ini)

WalLahu a'lam

Pengerusi Surau Annur

2009-02-19

Program Ziarah ke Rumah sdr Sahidan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, baru balik dari ziarah ke rumah akh Sahidan. Ramai yang hadir, ini dapat meningkatkan ukhuwah sambil dengan 'santai' membincangkan kemajuan program surau dan lepas itu dihidangkan pula dengan nasi lemak panas serta sate oleh tuan rumah.

Kita juga sempat membaca Yaasin, tahlil dan doa selamat. Semoga Allah makbulkan doa kita untuk keselamatan dunia dan akhirat.

Mesyuarat sebentar tadi antara lain:
1. minta jawatan kuasa yang terlibat dengan aktiviti yang telah dirancang supaya mengambil tindakan melaksanakannya.
2. Sambutan Maulidurrasul bulan depan diketuai oleh akh Osmawi untuk mengetuainya. Seperti: mengenalpasti program dan penceramah, kertas kerja untuk LZS & PPZ, pengurusan program dan sebagainya.
3. Perkara lain:
  • cadangan akh Sahidan untuk memasang pintu cermin surau (anggaran kos RM400), akh Azizi akan putuskan cadangan ini
  • kelas mengaji alQuran - perlu kajiselidik permintaan penduduk (cadangan SU bincang dengan ketua jalan untuk dapatkan maklumat)
  • keceriaan surau - akh Azizi akan mengatur rancangan spt mengecat surau/signboard
  • program keluarga
  • bendahari diingatkan supaya memaklumkan 'kekurangan' kewangan jika tabungan kurang RM500.

4. Ziarah dan mesyuarat Suarau untuk bulan Mac pada 27/3/09 di rumah akh Osmawi. Insya Allah.

Wallahu a'lam

Harun Noordin

Ralat: Program Ziarah & Mesyuarat JK Surau Annur

Tarikh: 19/2/2009 (malam ini)
Masa: Lepas Isya'

Kesulitan tuan/puan amatlah dikesali.......

Program Ziarah dan Mesyuarat JK Surau 20/2/09 (Di rumah Sdr Sahidan)

Assalamualakum,

Ini adalah sambungan program ziarah yang telah berjaya kita lakukan beberapa tahun lalu tetapi diberhentikan, harap istiqomah kita berterusan kali ini.

Tarikh: 20/2/09
Masa: Selepas Isya
Rumah/tempat: Rumah Saudara Sahidan (No 32 Jalan SP 1/3)
Agenda:
- Doa (Tahlil & Yaasin - jika diperlukan oleh Tn Rumah)
- Mesyuarat:
1. Progress perancangan dan aktiviti (rujuk minit mesyuarat oleh setiap JK bertanggungjawab.
2. Hal-hal lain.


Tindakan:
1. Fahami adab ziarah
2. bawalah "buah tangan" supaya tak menyusahkan tuan rumah.

Mafhum Hadis Nabi:
- sekiranya kamu beriman dengan Allah dan hari akhirat - muliakanlah tetamu
- 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah di mahsyar antaranya yang berkasih sayang (ukhuwah fiddin), bertemu dan berpisah kerana Allah.

p/s 3 waktu dilarang ziarah: sebelum subuh, selepas isya & tengahari.... umumnya tak mengganggu tuan rumah - harap program ini diredhoi tuan rumah...

WassalamHarun Noordin

Selamat Datang

Assalamualaikum ww

Saya mengucapkan selamat datang ke blog Surau Annur Saujana Puchong 1. Tujuan blog ini sebagai wadah komunikasi untuk penduduk Islam Saujana Puchong 1 khas dan semua pengunjung amnya.

Semoga Allah merahmati usaha kita yang sedikit ini dan menjadikannya pahala.

WalLahu a'lam

Moderator/Pengerusi Surau Annur SP1