Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-07-28

Alfatihah:2

Assalamualaikum ww sahabat2 yang dimuliakan,


Mafhumnya: "Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
Ini adalah ayat kedua dalam surah alFatihah. Satu pernyataan dari Allah, yang menyatakan segala-gala kepujian adalah milik Allah. Ini kerana, kepujian yang ada pada makhluk hanyalah kerana Kepujian yang ada pada Zat Allah jua.

Allah adalah Pentadbir alam yang maha besar pada pandangan kita. Saiz bumi yang kita diami ini dibandingkan dengan keseluruhan alam amatlah halus dan seninya apatah lagi jika dibandingkan dengan diri kita. Rabb Allah tidak 'terikat' dengan ruang (dimensi) dan masa. Kita sendiri boleh memikirkan yang ruang dan masa adalah sifat alam (makhluk) manakala Allah adalah Khaliq. Ini sukar difahami kecuali jika kita memahami sifat Allah dan memahami konsep sains bagi memudahkan kita memahami keagungan Pencipta.

Hendaklah kita berfikir/mengkaji tentang ciptaan Allah dan jangan memikir tentang Zat Allah yang sudah pasti di luar jangkauan kita. Kerana kajian kita tentang alam ini sendiri amatlah terhadnya.

WalLahu a'lam
HBN

2010-07-27

Al-Fatihah:1

Assalamualaikum ww sahabat2 yang dimuliakan,

Mafhumnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.

Ini adalah ayat pertama dalam surah alFatihah dan juga alQuran. Satu ayat yang amat menarik dalam initipati pengabdian kepada Allah. Jika agama-agama lain cuba memperkenalkan 'tuhan' mereka dengan pelbagai bentuk dan rupa sebagai tanda kekuasaan 'tuhan' mereka manakala penganut Kristian menyeru kepada agama mereka dengan menyebut kasih-sayang Jesus yang 'berkorban' untuk kebaikan umatnya. Tetapi Islam yang ajarannya berasaskan alQuran dan Petunjuk Nabi SAW menyatakan secara jelas bahawa Allah itu bersifat arRahman dan arRahim (Maha Pemurah dan Maha Penyayang) sebagai pelajaran asas yang perlu difahami.

Dengan nama (sifat) Allah yang arRahman dan arRahim inilah kita mendapat hidayah, kehidupan dan kebahagiaan. Umat Islam diminta supaya menyebut nama Allah ini dalam semua perkara kebaikan yang dilakukan dalam semua aktiviti kehidupan. Memahami benar2 akan nama dan sifat Allah ini akan tenteram jiwa, walaupun kita pernah melakukan kesalahan/kezaliman yang besar, walau bagaimanapun makhluk yang dizalimi pastinya menuntut balasan di akhirat nanti (jika balasan yang setimpal tidak dilaksanakan di dunia ini lagi).

Bertuahlah kita yang dapat beriman dengan Zat yang sebenar-benarnya Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Wallahu a'lam
HBN

2010-07-18

Bulan Sya'aban 1431H

Assalamualaikum ww sahabat2 yang dimuliakan,

Kita sudah berada di bulan Sya'aban dan tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan yang pnuh keberkatan yakni bulan Ramadhan. Banyak kelebihan dibulan ini di mana kita diingatkan supaya memperbanyakkan berpuasa. Tetapi jika masih ada "hutang' puasa Ramadhan yang belum di"lunas"kan eloklah itu diberi keutamaan.

Didalam masyarakat kita, bulan Sya'aban ini disambut pada pertengahannya dengan pelbagai aktiviti termasuk majlis zikir dan doa. Lakukanlah amalan sunat/kebaikan pada setiap masa dan ikhlaskanlah niat kepada Allah. Jauhi apa yang dilarang oleh Allah dan RasulNyarta berbuat baik kepada manusia.

Perbanyakkanlah amalan yang memberi kebaikan yang berpanjangan supaya ianya dapat menambah "akaun" kebaikan kita diakhirat kelak. Perkuatkan iman dengan ilmu yang mantap dan soheh supaya kukuh dan kuat tanpa sebarang kecacatan bagi menghadapi godaan dalam kehidupan ini.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk beristiqomah dalam amal.

Wallahu a'lam
Harun Noordin

2010-07-08

Kuliah Zuhur Sempena Isra dan Mi'raj

Assalamualaikum ww

Muslimin dan musliman yang dikasihi, insya Allah kuliah zuhur berkaitan isra dan mi'raj akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:  10 Julai 2010 (Sabtu)
Masa:    12 tengahari
Penceramah: Ustaz Norazan
Tajuk: Isra wami'raj.

Se,moga dengan kehadiran kita ke majlis yang berkat ini, Allah memberi kita hidayah dan taqwa.

Wallahu a'lam
Pengerusi

2010-07-01

Kuliah Fiqh Ustaz Samsudeen

Assalamualaikum ww,

Muslimin dan muslimat yang dimuliakan, alhamdulilLah malam tadi Ustaz Samsudeen telah meneruskan kuliah mingguan beliau selepas solat Isyak. Walaupun tak berapa ramai yang datang (kerana minggu lepas kuliah ini dibatalkan), tetapi bagi sesiapa yang hadir dapat menambah ilmu berkaitan dengan azan serta iqomah.

Antaranya:
1. Tentang lafaz azan dan iqomah dan cara yang afdhol melafazkannya
2. Syarat-syarat azan
3. Hukum2 yang berkaitan dengan azan
4. Keutamaan bagi muazin.
5. Bacaan dan doa yang berkaitan.

Insya Allah minggu depan Ustaz Samsudeen akan menyambung lagi kuliah beliau.

Semoga dengan kehadiran kita bukan saya untuk meningkatkan ilmu tetapi sebagai satu syiar dan dakwah kepada penduduk yang lain.

Wallahu a'lam.

Pengerusi