Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2012-12-27

Selamat Tahun Baru 2013 dan Mesyuarat Surau An-Nur

Assalamualaikum ww, ya ikhwah....

Mesyuarat Tahunan Surau An-Nur SP1
Tarikh: 1 Jan 2013
Masa : Selepas Solat Isyak
Agenda:
1. Taqwim 2013
2. Laporan Setiausaha
3. Laporan Kewangan
4. Hal-hal lain

Semua ahli kariah Surau An-Nur SP1 adalah dijemput hadir.

Sekian dan terima kasih
Pengerusi

2012-11-12

Selamat Tahun Baru Hijrah 1434

Assalamualaikum ww

Sahabat2 yang dikasihi, kini menjelang tiba tahun 1434H bermakna sudah bertambah usia kita setahun (bermakna makin hampir usia kita ke penghujungnya). Allah SWT menciptakan kita sebagai hambaNya dan untuk mengabdikan diri kepadaNya semata.
Mafhumnya: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku." (56: Adz-Dzaariyat)

Salah satu tugas sebagai hamba Allah adalah untuk mentadbir bumi ini. Allah menyediakan matahari dan bulan untuk manusia mengira waktu bagi memudahkan kita mengurus-tadbir kehidupan agar lebih teratur.

Mafhumnya: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Demikianlah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan-bulan itu; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang yang bertakwa. " (36: Attaubah)

Taqwim Hijri
Sesungguhnya sepeninggalan Nabi SAW, umat Islam dipimpin oleh Khalifah arRashidin yakni Abu Bakr, Umar, Usman dan Ali R-anhum yang mempunyai kelebihan sebagai ulama, usahawan, jeneral dan pentadbir yang cekap. Ini dapat dibuktikan oleh Umar semasa mengadakan taqwim (kalender) Islam menggunakan gabungan sistem matahari (syamsiah) dan bulan (qamariah) seperti yang dituntun oleh alQuran. Begitu mudah pengiraan dan tepat. Lebih tepat dari sistem kalender rumawi yang meluas digunakan sekarang.

Amirulmukminin, Umar Ibn alKhattab telah memilih tahun berlakunya Hijrah Nabi SAW sebagai permulaan bagi Taqwim Islam ini. Pastinya tiada seorangpun yang boleh menafikan bahawa hijrah adalah sejarah penting dalam perkembangan Islam.

1434 Hijrah Sudah 1434 tahun Nabi SAW berhijrah dari negeri kelahirannya Makkah, ke Yathrib (kemudian dinamakan Madinah) sebuah kampung yang mempunyai kebun kurma dan mempunyai penduduk dari pelbagai bangsa Arab, Yahudi, Parsi, Rom, Habshah dan sebagainya.
Hijrah adalah fenomena islah dari yang batil kepada yang haq. Keadilan untuk manusia, perjuangan untuk membentuk negara yang melaksanakan hukum dan perintah Tuhan Rabb alJalil.

Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun 1433 dan Allah memberkati kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

Wassalam
Pengerusi






2012-10-25

Selamat Hari Raya Kurban / Eid al-Adha

Assalamuamualaikum ww sahabat2 yang dimuliakan,

Hari ini 9 Dzulhijjah 1433, merupakan hari wukuf bagi jamaah haji dari segenap pelusuk dunia datang ke Tanah Haram Makkah untuk menyahut seruan Allah dangan lafaz talbiah dan zikir, pastinya hari ini amat bermakna buat mereka. Semoga Allah mengurniakan haji yang mabrur dan semangat jihad yang tinggi.

Pada hari ini, Allah menjanjikan keampunannya bukan sekadar jamaah haji di Arafah tetapi seluruh umat Islam yang mengambil manafaat akan kemuliaan hari ini dan memohon keampunan Allah dengan penuh rasa rendah diri dan taqwa.

Bagi jamaah haji, semalam dikenali sebagai hari Tarwiyah, hari ini adalah hari Arafah dan esok adalah hari Nahar. Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji, disunatkan berpuasa pada hari Arafah (9 Dzulhijjah) keutamaannya sebagai harapan diampuni Allah dosa setahun sebelum dan setahun akan datang.

Antara pada 10 Dzulhijjah, kita semua merayakan hari raya kurban dengan mengadakan solat sunat hari raya serta mendatangi tempat solat seawal mungkin tanpa terlebih dahulu makan atau minum. Seusai solat hari raya, kita dianjurkan melakukan ibadah kurban sebagai satu dari syiar Islam pada 10 hingga 13 Dzulhijjah.

 
Sepanjang 4 hari - Eid al-Adha dan hari-hari Tasyrik disunatkan memperbanyakkan takbir memuji kebesaran Allah dan sebagai puncak rasa kehambaan kita kepada Allah SWT.

Insya Allah Surau Annur SP1 akan mengadakan ibadah kurban pada 12 Dzulhijjah / 28 Oct 2012 mulai 8:30 pagi, semua ahli karian dijemput hadir.

Wallahu a'lam
Pengerusi


Facebook Surau Annur SP1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sahabat2 ahli kariah Suarau Annur SP1 sekelian, agak lama juga saya tak menulis dan mengemaskini blog Surau Annur ini. Kesempatan yang terhad, saya cuba sediakan facebook untuk Surau Annur SP1 supaya bolehlah ahli karian menghantar 'posting' masing masing.

http://www.facebook.com/?ref=tn_tnmn#!/annursp.surau

Semoga dengan ini bertambah lagi maklumat dan ukhuwah dikalangan kita.

Wassalam
Pengerusi

2012-08-15

Khatamulquran Surau Annur

Assalamualaikum ww

Sahabat2 dan ahli kariah Surau Annur yang dikasihi, insya Allah selepas solat tarawikh malam ini, 15 Ogos 2012 bersamaan 27 Ramadhan 1433 kita akan mengadakan majlis khatamulquran menandakan program tadarus alquran sejak malam pertama Ramadhan yang lalu telah sampai ke penghujungnya.

Ini adalah program tahunan surau An-Nur sejak Surau ini diwujudkan oleh penduduk Saujana Puchong. Pada mulanya tadarus ini dicadangkan oleh Pengerusi yang pertama, Dato' Dr Azhar dan sehingga kini, inilah program ihya ramadhan yang mendapat komitmen yang tinggi terutama dikalangan AJK Surau.

Adalah diharapkan di majlis khatamulquran ini semua ahli kariah dapat terlibat dan semoga Allah memberkati majlis ini sebagai satu ibadah yang tinggi nilai timbangannya.

Wallahu a'lam
Pengerusi

Malam alQadar

Assalamualaikum ww

Sahabat2 yang dimuliakan, kita telah berada di penghujung Ramadhan. Malam ini adalah malam 27 Ramadhan, kalau semasa saya kanak-kanak dahulu, di kampung saya menamakan malam ini malam 7 likur. Saya pun tak tahu apa maknanya tetapi, hampir setiap rumah menerangkan sekitar rumah dengam lampu pelita (lampu panjut).

Kekadang pelbagai bentuk lampu dan pelita, pada masa itu bunga api, mercun dan meriam "kebaid" adalah perkara biasa tetapi tidak pula kedengaran ada yang cedera kerana bermain mercun/meriam.

Bila ditanya pada orang tua-tua mengapa perlu ada lampu panjut, adalah untuk memeriahkan malam lailatulqadar, mungkin inilah yang mereka dapati dari ulama-ulama dahulu yaang mengatakan malam 27 Ramadhan adalah malam alQadar itu.

Hadis Nabi SAW, "Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (al-Bukhari)

Kesimpulannya:
  1. Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T. 
  2. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut 
  3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.
  4. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.
Wallahu a'lam
Pengerusi

Rujukan : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=712

2012-07-22

1 Ramadhan 1433 H

Assalamualaikum ww

Sahabat dan semua ahli kariah surau Annur SP1, saya bagi pihak semua AJK surau ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga puasa kita tahun ini adalah yang terbaik dan diganjari Allah SWT dengan syurga Firdaus.

Firman Allah SWT: " Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa" Surah Albaqoroh 183.

Surau Annur SP1 akan mengadakan program penghayatan Ramadhan seperti seperti tahun-tahun yang lepas:
1. Berbuka perdana pada 22 Ramadhan, berbuka harian juga dijemput kepada semua muslimin
2. Tarawikh sepanjang bulan Ramadhan diimamkan oleh 2 Imam hafiz
3. Moreh sepanjang bulan ramadhan
4. Qiamullail
5. Tadarus alQuran selepas moreh
6. Kuliah subuh

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk program penghayatan ramadhan ini bolehlah berhubung dengan Bendahari atau bank-in ke akaun Surau Annur SP1

Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

Wasslam - Ramadhan Kareem
Pengerusi

2012-06-27

Baik-pulih Surau Annur SP1

Assalamualaikum ww,
Sahabat-sahabat dan ahli kariah yang dirahmati Allah sekelian, pada 21/6/2012, malam jumaat minggu lepas jamaah surau telah bersetuju untuk 'renovate' surau Annur SP1 seperti berikut:
1. 'membuang' bilik imam/pejabat sediada dan menyamaratakan lantai, membuat bilik untuk peralatan audio/visual surau disebelah kanan mihrab.
2. membuat pintu (sliding door) dihujung hadapan-kiri dewan surau
3. mengadakan laluan beratap di pintu belakang (pintu muslimat)
4. memasang tangki untuk paip wudhu
5. menyambung paip utama ke bilik air belakang
Kos anggaran sekitar RM5000 - RM6000, oleh itu sumbangan tuan/puan amatlah dihargai supaya dewan solat surau kita lebih besar dan selesa bagi menghadapi bulan tarbiah, Ramadhan almubarak.

Sumbangan tuan/puan boleh diserahkan kepada Bendahari atau dimasukkan ke Tabung Surau (isikan dalam sampul surat dan nyatakan untuk dana dewan solat) atau bank-in CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR.

Semoga Allah membalas sumbangan dan infaq tuan/puan ini dengan kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat.

Wassalam
Pengerusi.

2012-04-21

Kuliah Bulanan Ustaz Haji Lokman

Assalamualaikum ww
Sahabat2 yang dikasihi, Alfadhil Ustaz Hj Lokman  akan mengadakan  akan mengadakan majlis ilmu di Surau Annur SP1 seperti berikut:

Kuliah Subuh - Ahad ke-2 setiap bulan
Kitab - Penawar Bagi Hati

Kuliah Isyak - Jumaat ke-3 setiap bulan
Kitab - Riadhussolihin

Semua muslimin dan muslimat terutama ahli kariah dijemput hadir.

Wassalam
Pengerusi

Tauhid Anda

Assalamualaikum ww

Sahabat2 yang dimuliakan, kita sudah berada di penghujung bulan Jamadilawwal dengan kata lain, lagi 3 bulan kita akan berada di bulan Ramadhan, bulan keghairahan melakukan ibadah. Sungguhpun begitu keghairahan beribadah hanya dirasai oleh orang-orang yang beriman saja. Jadi, tidak hairanlah jika seruan Allah selalunya dalam prasa "orang-orang yang beriman dan beramal soleh...."

Kita hendaklah beriman seperti berimannya Nabi Muhammad SAW atau salafussoleh yakni pengikut sunnah yang luhur. Mutaakhir ini ada yang mengakui mereka pengikut salafussoleh kerana mereka mendukong golongan 'salafi'. Kita memahami salafiah ini sebagai 'methodology' dalam mengikuti ajaran Islam bukannya nama golongan. Salafiah ini ialah menjadikan Islam cara hidup dengan mengikut petunjuk alQuran dan asSunnah dalam semua aspek termasuk aqidah. Memahami tauhid Allah melalui alQuran dan asSunnah adalah lebih mudah, tetapi mendalami dengan hujjah-hujjah 'akal agar kefahaman menjadi lebih mantap juga adalah perlu.

Ilmu tauhid yang dipelajari sepatutnya dapat dipermudahkan dengan dalil akal sesuai dengan perkembangan akal dan suasana ilmu semasa, terutama perkembangan ilmu sains dan teknologi maklumat yang pesat sekarang ini. Adalah TIDAK munasabah jika seseorang yang berilmu sehingga digelar saintis tetapi menolak kewujudan Allah SWT. Mungkin ada yang mengatakan ianya disebabkan tiada hidayah Allah, itu ada kebenaran juga tetapi ilmu adalah salah satu dari pintu hidayah yang utama.

Yakinlah Allah itu Satu pada Zat dan SifatNya yakni Maha Esa tak ada sekutu dan kompromi dalam sifat keTuhanan.

Wallahu a'lam
Harun Noordin


2012-03-31

Iman Yang Mantap

Assalamualaikum ww
Beberapa minggu lepas, saya didatangi oleh seorang anak remaja mengadu masalah "keyakinannya" dan kebimbangannya terhadap status keislamannya. Beliau berterus terang yang fikirannya sering diganggu dengan keyakinan tentang kebenaran akan sifat Allah yang Maha Esa. Dengan kata lain beliau masih ragu-ragu akan keesaan Allah....

Saya katakan padanya, ini adalah kerja syaitan yang ingin meragu-ragukan manusia. Sesungguhnya Allah telah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya sifat Ahad akan Allah SWT seperti yang diwahyukan dalam surah al Ikhlas:
Mafhumnya: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

Semasa remaja, saya juga mengalami masalah yang sama. Ini adalah fitrah seorang remaja yang ingin tahu termasuk akan persoalan-persoalan penting dalam hidupnya. Bagi golongan yang tidak mengambil kisah terhadap persoalan penting ini, ianya akan membiarkan persoalan ini tanpa mencari jawapannya dan jika diuji keyakinan mereka ini, besar kemungkinan akan berlaku goncangan.

Mencari tempat bertanya yang betul dan benar amatlah penting, kerana jawapan mudah tidak akan memuaskan hati ramai remaja yang sering bertanya soalan-soalan mengikut logik akal mereka. Bukan seperti kanak-kanak, golongan remaja perlukan jawapan yang kemas dan tuntas. Jawapan yang berbelit-belit seperti penghuraian dalam semasa belajar "Sifat 20" pula tidak mudah bagi mereka memahaminya, yang dianggap hanya untuk golongan "tua".

Kira-kira 30 tahun yang lalu, saya juga mengajukan soalan yang hampir sama kepada seorang guru matematik.
Saya: Cikgu, benarkan Allah itu Maha Adil?
Cikgu: Apakah kamu masih tidak meyakininya?
Saya: Saya nampak ketidak-adilan dimana-mana.
Cikgu: Bukan mudah mencari jawapannya tetapi harap kamu boleh bersabar.
Saya: Bagaimana caranya, cikgu?
Cikgu: Kamu kena datang ke sini setiap hujung minggu, jangan tinggalkan solat berjamaah dan cari majlis ilmu dengan berjalan kaki!
Nota: Cikgu tersebut adalah merupakan naqib usrah saya yang pertama...

Inilah tarbiah pertama saya untuk mendapat jawapan akan keAdilan Allah!

Sekadar memberi jawapan kepada remaja berkenaan tentang keesaan Allah SWT tidak akan membekas di dalam hatinya, sama juga bagaimana Allah menerangkan kepada Nabi Ibrahim bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati.

Saya menyarankannya agar:
1. Beliau perlu istiqomah menunaikan solat berjamaah di masjid/surau dengan berjalan kaki
2. datangi majlis ilmu dengan berjalan kaki
3. jauhi perbuatan maksiat sekuat mungkin
Jika beliau mampu melaksanakannya dalam tempoh 3 bulan, menetapkan iman beliau akan lebih mudah.....

walLahu a'lam
Harun Noordin

2012-03-24

Ziarah Orang Sakit

Assalamualaikum ww

Sahabat-sahabat yang dikasihi, ketika membelek buku di rak buku almari ternampak satu buku bertajuk "Panduan Pengurusan Jenazah" sususan Masjid Negara dan Bab 1 dalam buku ini adalah "Perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Orang Sakit".

Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat muakkadah (sangat dituntut) agar dengannya dapat menghibur pesakit dan keluarganya. Pahalanya sangat besar sehinggakan seorang yang pergi menziarahi orang sakit umpama memetik buah-buaahan syurga.

Anatra adab-adabnya:
1. jangan duduk lama sangat bila menziarahi orang sakit.
2. menziarahi selang sehari jika diizinkan dan pesakit redho.
3. doakan agar pesakit cepat sembuh, sabar, kuat iman dan sebagainya
    contoh doa " as-alulLahal'azim, rabbal 'arsyil 'azim anyasy-fika"
4. memberi kata-kata baik menenang dan menghiburkan
5. meminta orang sakit menghiasi diri dan berwangi-wangian.
6. menasihati pesakit supaya ingat Allah, solat, zikir dan sebagainya
7. memberi minum atau menitiskan air ke dalam mulutnya jika ia dahaga
8. jangan berbual kosong, gelak ketawa tetapi tunjukkan rasa simpati
9. sunat dibacakan bacakan yaasin atau ar-ra'd kepada pesakit
10. duduk di sisi kepala pesakit ketika ziarahinya.
11. mengajar kalimah syahadah terutama yang ada tanda nazak.

Wallahu a'lam
Harun Noordin

2012-02-29

Ziarah & Tazkirah

Assalamualaikum ww
Sahabat2 yang dikasihi,  surau An-Nur SP1 akan mengadakan ceramah seperti berikut:

Ceramah Umum
Penceramah: Alfadhil Ustaz Hj Lokman Yusof
Tarikh: 29/2/2012 (Rabu)
Masa: Selepas Solat Isyak

Semua muslimin dan muslimat terutama ahli kariah dijemput hadir.

Wassalam
Pengerusi