Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-03-15

Menjelang Pemilihan AJK Baru Surau An-Nur SP1

Assalamualaikum ww,

Malam Jumaat yang lepas Tuan SU telah menerangkan keperluan untuk mengadakan pemilihan AJK baru untuk Suarau An-Nur bagi tempoh 2010 - 2012 pada awal bulan April 2010 (tarikh belum ditentukan lagi). Mungkin tidak seghairah Pilihanraya Umum tetapi ini adalah satu saluran penting untuk memilih pentadbir dan pengurus aktiviti Surau An-Nur.

Jika Nabi SAW memerintahkan supaya dilantik seorang ketua bila  3 orang atau lebih bermusafir, maka jika bermukim dan dalam jumlah yang ramai maka kepimpinan itu adlah lebih perlu. Mungkin ada yang mengatakan, "jika tidak menjadi AJK pun masih boleh membuat sumbangan" tetapi sebenarnya kata-kata ini hanyalah untuk lari dari komitmen. Jika AJK tidak bersemangat maka, ahli kariah akan lebih tidak bersemangat.

Hari ini, ramai juga yang inginkan jawatan dalam organisasi Surau/Masjid, bukan kerana ingin memberi sumbangan dan dakwah tetapi untuk kepentingan peribadi dan menyebarluas fahaman mereka. Amat malang, jika terpilih Pengerusi Surau/Masjid tetapi mereka ini tidak pernah nampak 'batang hidung' di surau atau masjid, dengan kata lain nak jadi makmum pun tidak boleh. Mereka lebih suka mengawal untuk tidak mengadakan program tarbiah dari menyuburkannya. Perebutan jawatan dalam pemilihan bukan berdasarkan akhlak dan keupayaan memimpin tetapi lebih kepada memastikan 'golongan tertentu' dapat mengawal aktiviti dan kewangan Surau/Masjid.

Ingatlah pesan Nabi SAW, " Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan terhadap kepimpinannya". Jika kita beriman kepada Allah dan hari akhirat, marilah kita sama-sama memilih pemimpin yang ingin melaksanakan amar-makruf dan nahiy mungkar dan memberi kita kesejahteraan untuk kehidupan yang lebih bertaqwa.

WalLahu a'lam.
Harun Noordin

2010-03-09

Pengisian Minggu Ini

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, insya Allah program kita minggu ini:

Rabu malam (10/3/2010) Lepas Isyak
Kuliah Fiqh Ustaz Samsudeen alYamani

Khamis malam (11/3/2010) Lepas Isyak
Program Ziarah ke rumah Saudara Rashidi.

Jumaat Malam (12/3/2010) Lepas Isyak
Kuliah Maulid Nabi SAW oleh Ustaz Ilyas Helmi
Semoga Allah memberi kita hidayahNya agar kita memakmurkan rumah Allah. Bersamalah kita memantapkan ilmu serta ukhuwah seperti yang ditunjukkan oleh junjungan Besar kita RasululLah SAW.

Wassalam.

2010-03-04

Malam Jumaat Datang Lagi

Assalamualaikum...

Malam Jumaat datang lagi untuk minggu yang kesekian-kalinya. Amat gembira rasanya kerana malam ini malam yang mulia, esoknya adalah 'hari-raya' mingguan kaum muslimin. Malam ini jamaah di surau bertambah dari biasa dan diadakan majlis membaca surah yaasin dan tahlil serta doa.

Selepas itu akan diadakan jamuan yang dibawa dari rumah oleh jamaah, kengkadang hidangan yang hebat dari ahli kariah.... walaupun mereka tidak dapat datang ke surau makan bersama.

Malam Jumaat juga, jamaah dapat bersama menceritakan hal sendiri dan setempat sambil berborak santai tanda ukhuwah....

Wassalam
HBN

2010-03-01

Memakmurkan Surau An-Nur SP1

Salam,


Sejak kebelakangan ini 'jamaah' Maghrib sudah bertambah hatta Subuh hingga lebih satu sof atas usaha 'Abang Haji' dengan buku 'attendance'nya! Tetapi mereka adalah 'jamaah' yang datang mencari 'rezeki' di negara ini.

Polemik yang ingin dikongsi dan direnungi ialah:

  1. bagaimana untuk beristoqamah waulupun diuji dengan harta, jawatan, bisnes, pangkat, isteri yang cantik, anak-anak dan sebagainya tetapi masih berupaya berjamaah (teringat kisah Tsa'labah bila doa' mohon rezeki luas dan dimakbulkan) tetapi tidak sempat lagi berjamaah bersama Rasulullah saw kerana sibuknya dengan kambingnya yang semakin membiak?
  2. bagaimana menarik kembali jamaah yang kadang kala 'not regular' walhal sebelum ini 'regular'?
  3. bagaimana menarik jamaah 'baru' walaupun mereka sudah lama ahli qariah SP1? (ini tugas yg paling mncabar... teringat masa berlaku 13 Mei & ayat 'terpadam' dalam al quran, lepas itu surau dan masjid segera dimakmurkan (diramaikan)?
  4. adakah menanti umur 40 tahun (arbaun) seperti ayat dalam alquran?... tetapi ramai sudah dalam golongan ini...!
  5. adakah buat program menarik baru orang nak ramai datang ATAU bagi orang ramai datang dulu baru buat program atau selari...?
Wallahu 'alam. Ingatkan diri sendiri juga.!

Dato' Penasihat

Barzanji Untuk Mengenali Nabi SAW

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, hidayah Islam disampaikan Allah kepada kita melalui kekasihNya Muhammad SAW. Segala-gala yang dilakukan oleh Nabi samada percakapan, perbuatan dan persetujuan Nabi adalah kebenaran yang perlu diterima.

Nabi SAW tidak menjanjikan syurga kepada umatnya tanpa iman dan amal, iman dan amal adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya akan diperhitungkan Allah di akhirat nanti. Sesungguhnya Nabi SAW telah dianugerahi syafaat oleh Allah SAW dan sudah pasti syafaat ini ada keistimewaannya. Syafaat yang besar adalah doa nabi untuk memohon kepada Hakim Mahkamah yang Maha Agung (Alh) untuk memulakan perbicaraan di akhirat nanti.

Sungguhpun begitu banyak hadis menerangkan syafaat diberikan kepada Nabi untuk ummatnya, antaranya untuk umat yang paling banyak bersalawat, mengamalkan sunnah Baginda walaupun ianya kecil dan sebagainya. Ini semua tidak akan mampu dilakukan oleh ummat Baginda tanpa adanya rasa CINTA kepada Nabi SAW

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, begitu jugalah kita - bagaimana boleh mencintai Nabi SAW tanpa terlebih dahulu kita mengenalinya. Di Nusantara ini, bernazam (syair/nasyid) yang masyhur adalah "barzanji" adalah satu kaedah mengenali Nabi SAW dismping membaca sirah dan hadis Nabi SAW. Hampir setiap majlis kegembiraan seperti majlis perkahwinan, kelahiran malah berkhitan juga diadakan "barzanji". Sungguhpun begitu ada juga bait-bait syair dalam "Berzanji" terlalu mengagungkan Nabi dan ada ulama mengkritik hebat akan hal ini.

Elok kiranya kita membaca "barzanji" dengan mengetahui maknanya supaya bukan saja kita mengalunkan syairnya.....

WalLahu a'lam

Harun Noordin