Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-02-27

Perarakan Maulid Nabi SAW di Masjid Batu 14 Puchong - 26/2/2010

Salam,

Alhamdulillah lebih kurang 20 orang (termasuk anak anak) membentuk Kontinjen Surau SP1 sempat bersama sama kontinjen yang lain menyertai perarakan yang di mulakan di padang sekolah SK BT 14, bergerak mengelilingi bukit.
Cuaca pagi yang agak mendung turut sama memudahkan perarakan kita. Kami semua merasa turut bangga kerana dapat menyertai perhimpunan yang besar ini.


Selepas perarakan, giliran murid murid dari sekolah berhampiran berpeluang menunjukkan bakat melalui persembahan nasyid.

Disamping meneruskan kesinambungan umat Islam bagi mengingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Inilah jua peluang untuk semua hadirin untuk bertanya khabar dan berkenalan antara satu sama lain.

Majlis disudahi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua wakil kontijen dan juga jamuan makan yang enak..berkat exercise satu pusingan.

Beberapa aksi kontinjen Surau SP1 ada terakam untuk tatapan semua.

Wassalam.
Osmawi
(Ketua Kontinjen/Tim Pengerusi)

2010-02-24

Kuliah Fiqh Ustaz Samsudeen - 24/2/2010

Assalamualaikum ww,

Insya Allah, malam ini selepas solat isyak di Surau An-Nur akan diadakan kuliah fiqh mingguan oleh Ustaz Samsudeen.

Semua ahli kariah adalah dijemput hadir.

Sekian, wassalam
Pengerusi

2010-02-22

Halalan Wa Thoiyibah

Assalamualaikum ww

Sahabat2 yang dirahmati Allah, semalam 21/2/2010 ( 17 Rabi'ulawwal 1431) surau An-Nur SP1 telah mengadakan ceramah umum bertajuk "halalan wa thoiyibah" (halal dan baik). Penceramah adalah Ustaz Mohd Amri Abdullah dari Halal Hub, JAKIM.

Beliau menerangkan konsep halal dalam Islam dan mengupas persoalan halal dan haram terutama dalam makanan, pakaian dan kegunaan harian. Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam pensijilan halal kepada syarikat-syarikat perniagaan, banyak perkara yang selama ini kita, orang awam tidak mengetahuinya dan pensijilan ini bukanlah suatu yang main-main tetapi amat penting sebagai satu kaedah untuk memastikan produk makanan, pakaian dan sebagainya adalah halal dan mengikut syariat.



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan portal halal di http://www.halal.gov.my/index.php yang boleh digunakan sebagai rujukan kita, umat Islam di Malaysia.

Logo halal yang digunakan dikeluarkan oleh JAKIM adalah menepati piawaian antarabangsa dan di negara-negara asing JAKIM mempunyai 'agen' yang membantu JAKIM mengawasi produk dari negara-negara berkenaan.

Sesungguhnya ilmu yang diberikan oleh Ustaz Mohd Amri, amat berfaeadah untuk kita menghadapi cabaran globalisasi dan kelicikan golongan peniaga/korporat.

WalLahu a'lam

Pengerusi

Surau An-nur Sudah Hilang 'nur'nya

Assalammualaikum,

Kini umat Islam dipandang rendah oleh golongan bukan Islam dan sudah hilang hormatnya kerana umat Islam telah hilang semangat jihad: takut mati dan mencintai dunia. Surau dan masjid dianggap sama dengan dengan tempat lain kerana umat Islam sendiri tidak lagi mengimarahkannya. Jika adapun hanyalah 'orang tua' dan AJK surau atau masjid saja.

Laungan azan kita dirasakan mengganggu sehingga surau dibaling dengan botol arak, wayar pembesar suara surau dipotong dan papan tanda surau ditampal dengan iklan maksiat sebagai tanda penghinaan kepada kita umat Islam dan kita terus bersabar dalam mematuhi undang-undang negara yang tercinta ini. Kita tidak pernah, menunjukkan kebencian kita dengan bunyi mercun setiap malam sepanjang perayaan tahun baru Cina, bunyi bising gendang untuk latihan tarian singa hampir setiap malam beberapa bulan sebelum tahun baru Cina juga kita hormati sebagai satu cara menghormati jiran.

Kesesakan jalan raya kerana aktiviti agama dan bau setanggi dari kuil yang amat menusuk hidung pun kita tidak pernah adukan kepada pihak berkuasa. Toleransi yang kita tunjukkan harap dapat balasan yang sama dari jiran dan rakan-rakan beragama lain. Kita tidak mahu hidup dalam keadaan huru-hara dan syak wasangka.

Biarlah suasana harmoni dan selamat ini berterusan agar kita mampu mengujudkan satu masyarakat yang saling hormat-menghormati.... tetapi kesabaran kita pun ada hadnya.

Islam itulah cara hidup.....

Harun Noordin
SP1

2010-02-15

! Rabi'ul-awwal 1431

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, kita kini telah berada di bulan ketiga untuk tahun 1431H dan bulan ini dikenali sebagai bulan "maulid" kerana masyhur di kalangan ahli tarikh - Nabi SAW dilahirkan pada 12 Rabi'ul-awwal. Walaupun kita menyambut kelahiran Nabi SAW secara 'besar-besaran' di Malaysia tetapi tidaklah ada arahan yang jelas dari Nabi SAW untuk kita berbuat demikian.

Sesungguhnya bulan ini juga berlaku banyak peperangan yang disertai oleh Nabi SAW seperti Peperangan Badar dan di bulan ini juga kewafatan Nabi SAW, perlantikan Abu Bakr as-siddiq sebagai khalifah yang pertama. Pembukaan Iraq, Baitul-muqaddis dan kejatuhan kerajaan Khalifah Islam di Andalusia juga dikatakan berlaku pada bulan ini.

Insya Allah, kita akan mengadakan sambutan 'maulid" dan di antara program Surau Annur adalah:
1. Ceramah "halalan wa thoiyiban"
2. Perarakan dan salawat maulid di Masjid batu 14

Semoga Allah menganugerahi kita dengan rasa kecintaan kepada Junjungan Besar Muhammad SAW, khatamun-nabi dan beroleh syafaat baginda di akhirat nanti....

WalLahu a'lam
Pengerusi

2010-02-14

Blog AnnurSP1

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, sudah lama saya tidak menghantar 'input' ke blog ini disebabkan kesibukan yang tidak dapat saya lepaskan. Teringat saya akan hadis Nabi SAW untuk merebut 5 perkara sebelum 5 perkara dan antaranya.... masa lapang sebelum sempit.

Ada kata-kata motivasi " in the middle of difficulty.... lies OPPURTUNITY" (di tengah kesukaran itu terdapat peluang). Apa yang penting, kita mengambil manafaat dengan peluang ini untuk kebaikan di dunia dan di akhirat....

 Wallahu a'lam

Harun Noordin