Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2009-12-26

1 Muharam 1431

Assalamualaikum ww

Sahabat2 yang di kasihi, selamat tahun baru 1431 semoga Allah memperbaiki amal kita tahun ini dari tahun lepas. Banyak amal islami dikira dalam satu tahun:
1. Zakat - haul bagi zakat selain pertanian adalah setahun qomariah.
2. Puasa sebulan ramadhan setiap tahun
3. Haji sekali setahun
4. Kitab amalan kita juga secara tahunan.

Taqwa yang berterusan dan amal yang soheh adlah lambang iman yang mantap.

Wallahu a'lam

Pengerusi

2009-11-27

Aidil Adha

Assalamualaikum,

10 Zulhijjah 1430, adalah tarikh istimewa kerana Allah memerintahkan kita berhari raya dengan rasa kesyukuran dan taqwa. Semalam, Allah telah 'membebaskan' berjuta-juta hamba-hambaNya dari api neraka. Marilah kita, selepas solat aidil adha, melakukanlah kurban dengan penuh keikhlasan sehinggalah 13 Zulhijjah nanti

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar walilLahilham.

Dari JK Surau & Penduduk Islam SP1

2009-11-16

Menyembelih Qurban Adalah Manifestasi Iman

Assalamualaikum ww,
Sahabat2 yang dirahmati Allah, berqurban pada hari raya Aidil Adha dan hari Tasyrik merupakan satu tuntutan iman, terutama bagi orang yang berkemampuan untuk menyembelih binatang ternak dan diagih-agihkan kepada sahabat handai serta jiran tetangga terutama yang kurang berkemampuan.


Sungguh kayaNya Allah SWT, hinggakan kita menyembelih binatang ternak untuk kita makan sendiri dan sedekahkan kepada jiran tetangga pun mendapat pahala yang besar. Begitu mudah dengan hanya RM300 - RM400, kita ambil sepertiga dan dua pertiga lagi kita agih, kemudian Allah menjanjikan ganjaran yang besar di Akhirat nanti. Dalam sebuah hadis dijelaskan oleh Ummul Mukminin, Saidatina A'isyah, Rasulullah s.a.w. bersabda "Sebaik-baik amal anak adam bagi Allah di hari Aidil Adha adalah menyembelih qurban. Di hari kiamat haiwan-haiwan qurban tersebut menyertai anak adam dengan tanduk-tanduknya, tulang-tulang dan bulunya, darah haiwan tersebut diterima oleh Allah sebelum jatuh ke bumi dan akan membersihkan (dosa) mereka yang melakukannya" (H.R. Tirmizi, Ibnu Majah).

Allah SWT berfirman dalam surah alKauthar:
[Ayat : 1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak.
[Ayat : 2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah qurban
[Ayat : 3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari rahmat Allah).
 
WalLahu a'lam
Harun Noordin

2009-11-04

Nisfu Zulkaedah

Assalamualaikum ww


Mungkin tak pernah kita dengan orang beribadah dengan kedatangan 'nisfu Zulkaedah' seperti mana dengan nisfu Sa'aban tetapi dengan belalunya separuh bulan Zuilkaedah maka sudah hampir benar dengan hari wukuf. Tak sampai sebulan lagi umat Islam akan berkumpul di suatu tempat dikenali sebagai 'Arafah sebagai satu dari manasik haji.

Bagi sesiapa yang ingin menunaikan haji pada tahun ini perlu berada di 'Arafah walaupun seketika selepas tergelincir matahari seelok-eloknya sehingga sebahagian malam untuk memohon keampunan kepada Allah. Pada ketika itu dan di tempat itu Allah mengampuni banyak hamba-hambaNya yang ikhlas sehinggakan menjadi mereka itu seperti anak yang baru dilahirkan (tanpa dosa).

Umat Islam yang telah membuat persiapan untuk menunaikan haji tahun ini pastinya menanti-nantikan hari tersebut dengan taqwa di hati nescaya mengucapkan talbiah, sehingga meruntun jiwa dan merasakan ianya benar-benar berada 'dihadapan' Allah Rabb al-Jalil.

Bagi yang tidak berpeluang menunaikan haji tahun ini, mohonlah agar dibukakan peluang pada tahun hadapan dan mohonlah berbanyak-banyak keampunan kepada Allah dan perbanyakkan amal ibadah seperti dengan berpuasa sunat dan berqurban.

Kemuliaan bulan haram ini disebut oleh Allah di dalam kitabNya dan ambillah peluang yang ada untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Wallahu a'lam
Harun Noordin

2009-10-21

Golongan yang Melalaikan Solat

Assalamualaikum ww
Sahabat2 yang dirahmati Allah, dalam surah al Ma'un ayat 4 dan 5:





Maksudnya: "Celakalah orang yang solat, (yaitu) orang yang lalai dalam solatnya"

Secara ringkas, ulama membandingkan 4 golongan yang lalai dalam solat:
  1. Golongan yang menyebukkan dirinya dengan hartanya sehingga meninggalkan solat, golongan ini akan bersama Qorun di hari Akhirat.
  2. Golongan yang menyebukkan dirinya dengan kerajaan dan kekuasaannya sehingga meninggalkan solat, golongan ini akan bersama Firaun di hari Akhirat.
  3. Golongan yang menyebukkan dirinya dengan jawatan dan pangkatnya sehingga meninggalkan solat, golongan ini akan bersama Haaman di hari Akhirat.
  4. Golongan yang menyebukkan dirinya dengan perniagaannya sehingga meninggalkan solat, golongan ini akan bersama Ubai bin Khalaf di hari Akhirat.
Semoga kita berhati-hati dengan hal berkaitan dengan solat ini ini.




WalLahu a'lam
HBN

2009-10-20

Bulan Zulkaedah

Assalamualaikum ww,
Sahabat2 yang dimuliakan, bulan Zulkaedah adalah salah satu bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab). Kalau diperhatikan 3 bulan haram yang bersambung ini berkaitan dengan ibadah haji di mana menjadi amalan sejak zaman jahiliah keselamatan jamaah haji adalah terjamin. Zulkaedah - bulan pergi ke Makkah, Zulhijjah - bulan menunaikan haji dan Muharram - masih ada yang dalam perjalanan pulang dari menunaikan haji. Bulan-bulan yang haram adalah bulan gencatan senjata, di mana kedamaian dapat dirasai oleh semua makhluk. Ini dapat diperhatikan dalam manasik haji itu sendiri.



Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram…” (QS. At Taubah:36).


Di antara peristiwa penting yang berlaku di zaman Nabi SAW:
  • Peperangan Bani Quraizah pada tahun 5H
  • Perjanjian Hudaibiyah dan Bai'aturridwan pada tahun 6H
  • 25 Zulkaedah 10H, Nabi SAW berangkat ke Makkah untuk menunaikan Haji (Haji ini dikenali sebagai Haji Wida'/selamat tinggal keraa beberapa bulan selepas itu Baginda SAW pun wafat. Baginda disertai oleh 10,000 Sahabat-sahabat dan khutbah Baginda semasa Haji ini jelas menunjukkan yang baginda telah menyempurnakan tugas kerasulannya.
WalLahu a'lam
HBN

2009-10-17

Hari Terakhir di Bulan Syawal

Assalamualakum ww,

Kita berada di hari-hari terakhir di bulan Syawal 1430H, entah dapat atau tidak bertemu dengannya di tahun hadapan. 1 Syawal adalah hari merayakan kemenangan setelah menjalankan ujian memperkasakan diri selama 1 bulan di bulan Ramadhan.

Kini Syawal diisi dengan majlis sambutan hari raya dan jamuan hampir dimana-mana. Undangan demi undangan diterma untuk majlis 'rumah terbuka' dengan menu makanan/hidangan yang hampir sama, ianya menjadi satu tradisi yang harus tetapi bukanlah ada paksaan oleh agama dalam melakukannya.


Segalanya bergantung dengan niat, janganlah ada yang rasa amat kecewa kerana tidak dapat mengadakan 'rumah terbuka' kerana Allah memberi kita ruang yang cukup luas untuk mengadakan jamuan kerana ini termasuklah sebahagian dari amalan mulia. Sabda Nabi SAW, "Sekiranya kamu beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka muliakanlah tetamu". Menjamu kepada tetamu termasuklah dalam adab memuliakan tetamu walaupun dengan seteguk air. Tuan rumah yang menjamu tetamu walaupun dia sendiri tidak beroleh cukup makanan amat dihargai oleh Allah SWT.

Bertamu dan menjamu bukan hanya di bulan Syawal tetap lakukanlah juga di bulan-bulan yang lain.Islam mengadakan 5 hari setahun sebagai hari raya, walLahu a'lam.

Wassalam
Harun Noordin

2009-10-14

Berita Besar

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, jika kita membaca Surah An Naba', sesungguhnya 3 ayat terakhir amat terkesan pada jiwa seolah-olah sedang berada di Mahsyar...

[Ayat : 38] Pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf, tidak ada yang berani berkata-kata melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.

[Ayat : 39] Itulah hari (kiamat) yang tetap akan berlaku; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya!

[Ayat : 40] Sesungguhnya Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah!".



WalLahu a'lam
Harun Noordin

2009-10-12

Sakit itu Kafarah Dosa

Assalamualaikum ww,
Sahabat2 yang dirahmati Allah, kekadang kita diuji oleh Allah dengan rasa sakit, takut, kemiskinan, lapar dan sebagainya. Dan kelebihan orang yang beriman adalah: jika ditimpa musibah dia bersabar dan jika diberi nikmat ia bersyukut.

Kesakitan yang dialami tidak sia-sia kerana nabi SAW bersabda, "Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

Rasulullah menziarahi Salman al-Farisi yang terbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu di kala sakit: Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”


Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. kerana sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

Berubat adalah tanggungjawab dan wajib dilaksanakan, berubat yang paling perlu diutamakan adalah dengan bersabat dan bersolat (doa). Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan solat”. ( Al-Baqarah, 153). Membaca alQuran juga adalah penwar kepada penyakit.

Selanjutnya berjumpa tabib/doktor adalah diperlukan sebagai ikhtiar untuk berubat dan juga bagi mengelakkan penyakit dari bertambah teruk.

Mohon belas dari Allah yang Maha Penyayang agar segala penyakit yang menghurungi kita dijauhkan dengan segera. Ya Allah berilah kesembuhan pada badanku, Ya Allah berilah kesembuhan pada pendengaranku, Ya Allah berilah kesembuhan pada penglihatanku...

WalLahu a'lam
Harun Noordin

Musim Haji Telah Tiba

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, musim haji telah tiba maka menjadi kewajipan untuk kita nerusaha bagi membolehkan kita menunaikan rukun Islam ke-5 itu.

Firman Allah yang lain di dalam surah al-Hajj ayat 27 (maksudnya) : “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.”

Apakah lagi alasan yang hendak diberikan untuk tidak mengerjakan haji?. Atau bila ditanya bila lagi hendak menunaikan ibadah haji? Jawapan yang diberikan : Belum ada seruan lagi. Dalam hal ini Saidina Ali RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :


"مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تَبْلُغُهُ إِلىَ بَيْتِ اللهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلاَ عَلَيْهِ أَنْ يَمُوْتَ يَهُوْدِيًا أَوْنَصْرَانِيًّا وَذَلِكَ أَنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُوْلُ وَلله عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً."

(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Maksudnya : “Barangsiapa mempunyai bekalan-bekalan (untuk perjalanan) dan kenderaan yang membawanya ke rumah Allah tetapi dia tidak menunaikan haji, maka tidak ada perbandingan bagi-nya mati sebagai yahudi atau nasrani. Untuk menegaskan hal ini Rasulullah SAW membaca ayat : Sesungguhnya Allah SWT berfirman : Menunaikan haji ke rumah (Allah) adalah sebagai tugas (kewajipan) ke atas mereka yang mampu.”


 
Semoga Allah mengurniakan kita rezeki untuk melaksanakan ibadah haji ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan setidak-tidaknya sekali seumur hidup.
 
WalLahu a'lam
Harun Noordin

2009-10-09

Program Ziarah Raya SP1 (Bendahari Surau An-nur)

Salam Semua

Saya serta keluarga ingin menjemput tuan2 & puan2 sekeluarga ke Majlis Ziarah Raya kami pada :

Tarikh : 10/10/09 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang – 10.00 malam
Tempat : No. 41, Jalan SP 1/2

Kehadiran anda semua amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

Muzaffar & Yusmariati

Gempa Peringatan Dari Allah

Assalamualaikum ww
Sahabat yang dimuliakan, Pulau Sumatra digegarkan dengan gempa bermagnitud 7.6 richter. Ini ada satu gempa yang cukup kuat dan jika melanda tempat kita (dilindungi Allah jua hendaknya) boleh meranapkan kebanyakan rumah-rumah yang 'tidak bersedia' dengan gegaran gempa sedemikian.


Mungkin kita mengatakan ini kerana lokasi ini berdekatan dengan 'plate' kerak bumi! Tetapi berapa banyakkah tempat yang dekat dengan 'plate' kerak bumi tetapi mengapa lokasi ini menjadi pilihan Tuhan?



Gempa di Padang pukul 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi pukul 8.52. Cuba lihat Al-Qur’an!

17.16 (QS.. Al Israa’ ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): "(Keadaan mereka)  serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."

sumber; eramuslim

WalLahu a'lam
Harun Noordin

2009-09-28

Syawal 1430

Assalamualaikum ww


AlhamdulilLah kita telah berada di bulan Syawal 1430H dan setelah sebulan menjalani tarbiah ruhiyah yang begitu mengasyikkan sehinggakan ada yang tak pernah memegang alQuran pada sebelas bulan yang lalu telah mendakapnya semula. Hampir setiap malam mengadakan qiamullail dengan 23 rakaat solat sunat tarawikh tanpa henti. Tangan ringan menghulur bantuan dan derma serta disudahi dengan mengeluarkan fitrah dengan rela hati.

Bila hari raya tiba kita sibuk dengan ucapan minta maaf merendah diri untuk berpeluk-pelukan tanda ukhuwah. Saudara yang jauh dijengah dan yang menziarah dihidangkan dengan juadah yang tidak pernah kita sediakan dalam tempih 11 bulan yang lalu!

Di malam 1 Syawal kita mengumandangkan takbir dan tahmid memuji Allah dan ada yang sebak dan sayu merasa akan kekerdilan diri akibat penyucian yang dilakukan dalam tempoh sebulan Ramadhan dan ianya tidak akan berlaku tanpa Ramadhan! Adakah kita akan menitis air mata sekarang ketika bertakbir? Sudah tentu sukar tetapi kerana tarbiah yang dilakukan dalam sebulan Ramadhan hati kita jadi lunak dan lembut. Membesarkan Allah bermakna mengecilkan dan merendahkan diri sendiri dan semua makhluk lainnya. Bukan senang kita hendak membuang ego dan bangga diri.....

Ini semua kesan dari nikmat Islam dan Iman yang dianugerahi Allah kepada kita, teruskan amalan baik di bulan Ramadhan untuk 11 bulan mendatang sesungguhnya puasa 6 hari di bulan Syawal itu satu sunnah dan ziarah menziarahi juga suatu sunnah. Allahu Akbar waliLahilhamd.


WalLahu a'lam

Pengerusi

2009-09-17

Khatamul Quran

AlhamdulilLah, malam 27 Ramadhan telah berlangsung majlis khatamulquran setelah 27 hari 'kumpulan tadarus' Surau Annur membaca dengan tekun dan penuh istiqomah. Pada tahun ini penyertaan agak ramai sehingga 12 orang pada sesuatu malam sehingga terpaksa dipecahkan kepada 2 kumpulan bagi membolehkan setiap ahli kumpulan membaca dengan lebih banyak lagi.

Antara qori yang kuat istiqomahnya seperti Sdr Nashrol, Sdr Azizi, Sdr Roslan, Sdr Rashidi, Sdr Zahidi, Dato' Penasihat sendiri dan di pimpin oleh Ustaz Samsudeen serta Ustaz Zulkifli.

Kaedah tadarus, seorang membaca dan lain mendengar dan memperbetulkan. Ini dapat memperbaiki mutu bacaan setiap ahli tadarus. Insya Allah program ini akan diteruskan di luar Ramadhan dalam bentuk hafazan.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk terus beristiqomah dalam mendampingi alQuran.

Wahai Allah,
rahmatilah kami dengan alQuran
Jadikanlah ia bagi kami sebagai imam dan nur dan petunjuk dan rahmat
Wahai Allah,
berilah ingatan kepada kami dari apa yang kami lupa
berilah pengetahuan kepada kami dari apa yang kami jahil
anugerahilah kami dengan dapat membacanya pada malam dan siang
anugerahilah kami dengannya sebagai hujjah
Wahai Tuhan sekeliah alam.

Wassalam
Pengerusi 

2009-09-13

Ibadah di Malam 23 Ramadhan

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dikasihi, dari hadis-hadis Nabi SAW menunjukkan betapa Nabi SAW melakukan ibadah berlipat kali ganda bila tiba 10 malam terakhir Ramadhan. Ini semata-mata untuk menjadi sunnah kepada umatnya.

Hadis riwayat Imam Muslim, dari dari Abullah bin Masud RA, katanya, " Siapa yang melakukan solat malam sepanjang tahun, nesaya ia bertemu dengan malam Qadar", jawab Ubay RA, " Demi Allah!, saya tahu malam itu sesungguhnya terdapat dalam bulan Ramadhan. Demi Allah! Aku tahu akan malam itu, dimana RasululLah SAW menyuruh kami menegakkannya (beribadah pada malam itu),....."

Imam Muslim juga meriwayatkan dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang mendirikan (solat malam) Ramadhan dengan penuh keimanan dan perhitungan (untuk Allah), diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu".

Aktiviti malam 23 Ramadhan 1430H adalah seperti berikut:
7:16 malam - berbuka di Surau Annur SP1
7:30 malam - solat maghrib
7:45 malam - makan malam
8:35 malam - solat isyak
9:00 malam - tazkirah oleh Ust Hafiz
9:40 malam - solat tarawikh
10:40 malam - tadarus

Pagi
3:30 pagi - bangun & persiapan untuk qiamullail
4:00 pagi - solat tasbih, hajat dan witir
5:20 pagi - sahur
5:50 pagi - solat subuh
6:30 pagi - tazkirah subuh oleh Ustaz Ilyas Helmi
7:20 pagi - program tamat.

Semoga Allah menerima amal2 amal kita dalam bulan ramadhan almubarak ini.

Wassalam
Pengerusi

Suasana Iftar Jamaie Surau Annur SP1

Assalamualaikum ww

Alhamdulillah antara program Surau Annur SP1 pada Ramadhan tahun ini ialah majlis berbuka perdana di mana penduduk kariah Surau Annur SP1 sama-sama menyumbang, menyedia dan berbuka di surau.

Saudara Shah dengan karinya dan Sdr Muzafar dengan bubur lambuk..
Sebahagain yang memberi sokongan moral kepada Chef Mazlan dan team memasaknya....
Muslimat juga turut terlibat......
Kari yang dah naik baunya.... Bubur lambuk yang dah sedia untuk dihidangkan.
Sebagaian menu utama (Nasi putih, kari ikan merah, goreng ayam berempah, sayur campur...)
Tiba masa berbuka..... menikmati juadah berbuka sebagai satu dari sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW.
Muslimin dan muslimat merasakan kebersamaan semasa majis berbuka ini...
Kepada semua penyumbang semoga Allah membalas kebaikan yang tuan/puan berikan dengan kebaikan yang banyak. Kepada Saudara Mazlan dan semua team yang menyediakan makanan (termasuk muslimat) - sesungguhnya ini adalah khudwah yang baik, Allah pasti menganjarkan pahala puasa tuan/puan berlipat kali ganda kerana menjamu makanan untuk berbuka. Kepada Saudara Zahidi, Saudara Azrin dan team remaja - pengemasan dan kebersihan yang saudara-saudara lakukan tidak akan disia-siakan Allah kerana ianya menunjukkan iman yang jelas kepada yaumul-hisab. Kepada semua AJK surau, ingatlah usaha tuan/puan pastinya mendapat ganjaran di sisi Allah terutama di bulan yang penuh keberkatan ini.
Amin ya Rabbal a'alamin.
Wassalam
Pengerusi

2009-09-08

Iftar Jamaie - 12/9/09

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dimuliakan, insya Allah Surau Annur SP1 akan mengadakan iftar jamaie seperti berikut:

Tarikh: 12/9/2009 (Sabtu)
Masa: 7:00 Petang
Aturcara majlis:
07:00 petang - Ketibaan penduduk
07:10 petang - bacaan doa
07:16 malam - berbuka
07:36 malam - solat maghrib

Penyediaan makanan untuk berbuka secara gotong royong. Sumbangan tuan/puan untuk majlis ini amatlah dihargai.

Wassalam
Pengerusi

Ramadhan Bulan AlQuran

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, alQuran dan Ramadhan tidak dapat dipisahkan kerana turunnya alQuran berlaku pada malam Ramadhan. Ini difirmankan Allah sendiri dalam alQuran:

Al-baqarah [Ayat : 185]

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah).....
 
 Ali-imran [Ayat : 3]

Ia turunkan kepadamu Kitab Suci (Al-Qur'an) dengan kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
 
Ali-imran [Ayat : 7]

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Qur'an. Sebahagian besar dari Al-Qur'an itu ialah ayat-ayat "Muhkamat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); itulah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Qur'an untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksud yang sebenar) melainkan Allah.
 
Al-maidah [Ayat : 44]

.....Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku; dan janganlah kamu menjual ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah kerana mengingkarinya, maka mereka itulah orang yang kafir.
 
Thoha [Ayat : 2 -5]

Kami tidak menurunkan Al-Qur'an kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan.Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut melanggar perintah Allah. Diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Allah Ar-Rahmaan, yang bersemayam di atas Arasy.

Al-hasyr[Ayat : 21]

Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia,upaya mereka memikirkannya.
 
Al-muzammil [Ayat : 2-4]

Bangunlah (sembahyang Tahajjud) pada waktu malam, selain dari sedikit masa (untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan Tartiil.

Alquran adalah mu'jizat yang agung dan akan berkekalan sehingga hari kiamat yang akan menjadi rujukan kepada kita umat yang mengaku beriman kepada Allah.

WalLahu 'alam

Harun Noordin

2009-09-03

Aktiviti Malam Ramadhan di Surau Annur SP1


Assalamualaikum ww

AlhamdulilLah sudah hampir 2 minggu kita menjalani ibadah puasa tahun ini dan suasana surau Annur SP1 lebih meriah dari hari-hari biasa dengan didatangi lebih ramai jamaah untuk turut sama menghayati malam-malam Ramadhan.

Seperti masjid dan surau-surau lain, Surau Annur SP1 mengadakan solat tarawikh (8 rakaat + 3 witir pada hari bekerja dan 20 rakaat + 3 witir pada hujung minggu). Diimamkan oleh Ustaz Samsudeen dan Ustaz Zulkifli. Untuk memeriahkan suasana solat, solat tarawaikh diiringi dengan bacaan salawat dan zikir.

Setiap malam juga jamuan moreh diadakan atas sumbangan penduduk dan peniaga setempat. Insya Allah akan diadakan juga majlis berbuka bersama-sama penduduk SP1.

Wassalam

Pengerusi

Ramadhan Bulan Barakah

Assalamualaikum ww,

Sahabat-sahabat yang dimuliakan, alhamdulilLah kita telah melepasi 10 hari pertama bulan Ramadhan tahun 1430 ini dan semoga Allah terus memberi kita kekuatan untuk meningkatkan ibadah kita. Di antara amalan soleh yang dituntut dalam bulan Ramadhan ini ialah:
  • menjaga lisan (lidah)
  • menjaga pandangan
  • menjaga pendengaran
  • perbanyakkan sedakah
  • menjamu berbuka
  • solat malam (tarawikh dsb) /qiamullial
  • membaca alQuran
  • beristighfar/bertaubat
  • beri'tiqof
  • berbuat baik kepada ibubapa / menyambung silaturahim
Mafhum surah alBaqoroh ayat 187:
"Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu campuri isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukum-Nya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa"

WalLahu a'lam

Harun Noordin

2009-08-18

Sumbangan Berbuka Puasa dan Moreh


Assalamualaikum ww

Tuan/puan, sempena bulan ramadhan almubarak ini, jika ada sesiapa yang ingin mengadakan jamuan untuk berbuka puasa (iftar) dan moreh di Surau Annur SP1, sila hubungi Tuan Setiausaha (h/p: 019-3199850) atau tulis nama pada senarai yang disediakan di Papan Kenyataan di dalam Surau.

Tuan/puan, boleh juga memasukkan sumbangan ke dalam tabung surau (terdapat di dalam surau) atau memasukkan terus ke dalam akaun surau (sila rujuk nombor akaun di sisi blog ini).

Semoga Allah memberi ganjaran yang banyak kepada tuan/puan kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa tidak dikurangkan walau sedikit.” (hadis riwayat al-Tirmizi).

JazakalLahu khairan kasira, wassalam

Pengerusi

Rumah Anak-anak Yatim Limpahan Kasih

Assalamualaikum wbt,


Alhamdulillah, pada hari Jumaat 19 Jun 2009 yang lalu, pihak Muslimat Persatuan Penduduk Islam SP1, Saujana Puchong telah menyerahkan sumbangan berbentuk barang keperluan dapur serta wang tunai kepada Rumah Anak-Anak Yatim Limpahan Kasih (RALK) di BP 11/5, Bandar Bukit Puchong 2. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Muslimat, Datin Noorizan Abu Bakar kepada warden RALK , Ustaz Usamah.

Sebanyak RM 464.20 telah dibelanjakan untuk membeli barang-barang keperluan dapur seperti beras, gula, garam, minyak dan barang-barang basah seperti ayam, ikan, sayur, buah-buahan dan lain-lain. Pihak Muslimah juga telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM120.00 bagi menampung pembayaran bil air serta elektrik.

Menurut Ustaz Usamah, RAYLK menghadapi masalah kewangan untuk melunaskan pembayaran bil elektrik dan air yang tertunggak, masing-masing sebanyak RM900.00 dan RM300.00. Malah, bekalan air telahpun dipotong sebelum ini.

Ketika ditanya mengenai jumlah anak-anak yatim dan asnaf di rumah tersebut, Ustaz Usamah berkata, kini terdapat 16 anak-anak yatim dan asnaf perempuan yang ditempatkan di Bandar Bukit Puchong 2. Ini termasuk seorang anak yatim piatu berusia lapan tahun yang kehilangan kedua ibubapanya dalam satu kemalangan jalanraya. Kanak-kanak malang ini juga telah terpisah daripada abang kandungnya yang ditempatkan di rumah anak yatim berasingan sewaktu kejadian tersebut berlaku. Sementara itu, anak-anak yatim serta asnaf lelaki adalah seramai lebih 50 orang yang kini ditempatkan di Kampung Sri Aman.

Ustaz Usamah berkata, pihak RALK sedang giat mengadakan jualan meja untuk mengumpul dana bagi RALK sambil bermesra dengan anak-anak yatim. Jualan meja dari RM500.00, RM800.00 dan RM1,000.00 adalah sempena Hari Terbuka RAYLK dan Makan Malam Amal Mesra Kasih pada 27 & 28 Jun ini. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pengerusi RAYLK, Puan Rabaah Abdul Aziz di talian 03-80618050.
Dana yang berjaya dikumpul akan digunakan utnuk mengubahsuai surau RALK di Kampung Sri Aman. Untuk rekod, jumlah kutipan yang diperolehi untuk Tabung Rumah Anak-Anak Yatim setakat ini ialah sebanyak RM940.00. Daripada jumlah itu, sebanyak RM584.20 telah dibelanjakan untuk tujuan di atas. Baki sebanyak RM355.80 akan disumbangkan pada bulan Syaaban. Penyata kewangan Tabung Kutipan Rumah Anak-Anak Yatim telahpun disediakan oleh Puan Masitah dan akan diserahkan kepada Pengerusi Muslimat untuk disahkan pada 25/6/09.

Dalam perkembangan lain, pihak Muslimat bercadang untuk memberi sedekah berbentuk makanan berbuka puasa kepada RAYLK pada bulan Ramadhan ini. Tarikh yang dicadangkan ialah pada hari Jumaat 11hb. September 2009. Cadangan menu ialah nasi ayam untuk 30 - 60 orang bergantung kepada bajet. Sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah berbuat demikian kepada Pengerusi Muslimat, Datin Noorizan.
Perwakilan Muslimah Persatuan Penduduk Islam SP1 (PPISP1), Saujana Puchong telah menyerahkan wang sumbangan kedua berjumlah RM436.00 hasil kutipan semua ahli PPISP1 kepada Rumah Anak-Anak Yatim Limpahan Kasih (RAYLK), Seri Aman, Batu 13, Puchong, Selangor pada Jumaat, 7 Ogos 2009 bertujuan membantu meringankan bebanan anak-anak yatim dan miskin di rumah tersebut. Turut serta dalam lawatan ke RAYLK:

1. Puan Fatimah Zaharah (Tim Pengerusi Muslimat)
2. Puan Mastura (AJK Muslimat)
3. Puan Haslinda ( AJK Muslimat)

Sumbangan disampaikan oleh Puan Fatimah dan diterima oleh warden RAYLK, Cik Siti Maimunah bt. Abdullah.

WalLahu a'lam
(JK Muslimat)

2009-08-17

Program Surau Annur SP1 (17 - 23/8/09)

Assalamualaikum ww,

Sahabat-sahabat yang dikasihi, sebentar tadi (Ahad) kita telah mengadakan gotong royong membersih surau dan sempat juga diadakan kuliah zuhor oleh Ustaz Ilyas Hilmi (Imam Masjid Puchong Perdana). Kuliah beliau berkaitan dengan ibadah puasa yang akan kita lalui beberapa hari lagi.

Semasa gotong royong tersebut, sempat juga kita:
1. memasang 'signboard' surau yang baru -berlampu
2. mnambah baik sistem siaraya surau
3. mengecat bahagian belakang surau
4. menukar daun pintu yang reput
5. membaiki langsir pemisah jammah lelaki/perempuan.
6. membersih dan mengemas surau.

Insya Allah, minggu ini program di Surau Annur adalah seperti berikut:

Kelas Tajwid (Alfadhil Ustaz Zulkifli Osman) - telah tamat sesi asas tajwid.
Tarikh: 17/8/2009 (Isnin malam)
Masa: Selepas Isyak

Kelas Feqah (Alfadhil Ustaz Samsudeen alYamani)
Tarikh: 19/8/2009 (Rabu malam)
Masa: Selepas Isyak (Jamuan)

Program Ziarah, Majlis Zikir & Mesyuarat Bulanan (rumah Akh Narizal)
Tarikh: 20/8/2009 (Khamis malam)
Masa: Selepas Isyak

Solat Tarawikh (jika kelihatan hilal ramadhon) pada 20/8/09. Takwim falaq merujuk 22/8/09 sebagai 1 Ramadhan.
Diikuti dengan tadarus alQuran.

Sebaik-baik masa adalah semasa khusu' dalam sholat, sebaik-baik hari adalah Jumaat dan sebaik-baik bulan adalah Ramadhon.

WalLahu a'lam
Pengerusi

2009-08-03

Program Surau Annur SP1 (3 - 9/8/09)

Assalamualaikum ww,
Sahabat-sahabat yang dikasihi, minggu ini program di Surau Annur adalah seperti berikut:

Kelas Tajwid (Alfadhil Ustaz Zulkifli Osman)
Tarikh: 3/8/2009 (Isnin malam)
Masa: Selepas Isyak

Kelas Feqah (Alfadhil Ustaz Samsudeen alYamani)
Tarikh: 5/8/2009 (Rabu malam)
Masa: Selepas Isyak

Majlis Zikir Malam Jumaat (Alfadhil Tuan Imam)
Tarikh: 6/8/2009 (Khamis malam)
Masa: Selepas Isyak

Ilmu adalah pendinding dari kehinaan di dunia dan azab neraka.
WalLahu a'lam

Pengerusi

2009-07-27

Program Surau Annur SP1 (27/7 - 2/8)

Assalamualaikum ww,

Sahabat-sahabat yang dikasihi, minggu ini program di Surau Annur adalah seperti berikut:

Kelas Tajwid (Alfadhil Ustaz Zulkifli Osman)
Tarikh: 27/7/2009 (Isnin malam)
Masa: Selepas Isyak

Kelas Feqah (Alfadhil Ustaz Samsudeen alYamani)
Tarikh: 29/7/2009 (Rabu malam)
Masa: Selepas Isyak

Majlis Zikir Malam Jumaat (Alfadhil Tuan Imam)
Tarikh: 30/7/2009 (Khamis malam)
Masa: Selepas Isyak

Ceramah Isra wa mi'raj - DIUBAH KE TARIKH LAIN
Tarikh: AKAN DIMAKLUMKAN KELAK
Masa: AKAN DIMAKLUMKAN KELAK


Tiada yang lebih mulia dari seseorang itu berjalan ke majlis zikir (ilmu) kerana sesungguhnya dia berjalan muntuk menjadi tetamu Allah.

WalLahu a'lam
Pengerusi

2009-07-20

Isra wa mi'raj


Assalamualaikum ww


Sahabat2 yang dikasihi,

Malam tadi Ustaz Samsudeen memberi tazkirah tentang Isra wa Mi'raj selepa solat isyak


Nas alQuran berkaitan dengan isra wa mi'raj:
Isra - surah al-isra ayat 1
Mi'raj - surah an-najm ayat 1-18, at-takwir ayat 19 - 24.

Dan banyak hadis berkaitan isra wa mi'raj sehingga bertaraf mutawatir

Sesungguhnya yang mempertikaikan isra wa mi'raj ini boleh menjejaskan iman. Dari peritiwa isra wa mi'raj ini didapati beberapa perkara berkaitan:

  • Taubat
  • Kemuncak asas kehidupaan
  • Kehidupan para Nabi dan para syahid selepas mati
  • Perkara ghaib
  • Solat
  • Zakat
  • Riba
  • Bertemunya Nabi dengan Allah
  • dan perkara lain

Banyak pelajaran yang boleh didapati dari peristiwa isra wa mi'raj ini dan memahaminya adalah suatu yang perlu.

WalLahu a'lam

HBN

Program Surau Annur SP1 (20 - 26/7/09)

Assalamualaikum ww,
Sahabat-sahabat yang dikasihi, minggu ini program di Surau Annur adalah seperti berikut:

Kelas Tajwid (Alfadhil Ustaz Zulkifli Osman) - dibatalkan
Tarikh: 20/7/2009 (Isnin malam)
Masa: Selepas Isyak

Kelas Feqah (Alfadhil Ustaz Samsudeen alYamani)
Tarikh: 22/7/2009 (Rabu malam)
Masa: Selepas Isyak

Majlis Zikir Malam Jumaat (Alfadhil Tuan Imam)
Tarikh: 23/7/2009 (Khamis malam)
Masa: Selepas Isyak

Sesungguhnya isra wa mi'raj adalah 'tour' yang dilakukan oleh Nabi SAW ke Alam tinggi (Ghaib) untuk menambah ilmu, begitulah tabiat Islam menurut sunnah perlukan penganutnya menuntut ilmu walau di mana saja...

WalLahu a'lam

Pengerusi

2009-07-15

Program Surau Annur (13 - 19/7/09)

Assalamualaikum ww,

Sahabat-sahabat yang dikasihi, minggu ini program di Surau Annur adalah seperti berikut:

Kelas Tajwid (Alfadhil Ustaz Zulkifli Osman)
Tarikh: 13/7/2009 (Isnin malam)
Masa: Selepas Isyak

Kelas Feqah (Alfadhil Ustaz Samsudeen alYamani)
Tarikh: 15/7/2009 (Rabu malam)
Masa: Selepas Isyak

Majlis Zikir Malam Jumaat (Alfadhil Tuan Imam)
Tarikh: 16/7/2009 (Khamis malam)
Masa: Selepas Isyak

Gembiralah hati berada di bawah naungan sayap-sayap malaikat yang penuh berkah itu.....

WalLahu a'lam
Pengerusi

2009-07-08

Jenis-jenis Air

Assalamualaikum ww

Ustaz Samsudeen menerangkan jenis-jenis air semasa kuliah fiqah:
  • Air mutlak
  • Air mustakmal
  • Air mutannajis

Sila rujuk kitab Shafihatunnajah sebagai teks kuliah.

Wassalam

HBN

2009-07-06

Program Surau Annur Minggu Ini (6 - 12/7/2009)


Assalamualaikum ww,


Sahabat-sahabat yang dikasihi, minggu ini program di Surau Annur adalah seperti berikut:

Kelas Tajwid (Alfadhil Ustaz Zulkifli Osman)
Tarikh: 6/7/2009 (Isnin malam)
Masa: Selepas Isyak

Kelas Feqah (Alfadhil Ustaz Samsudeen alYamani)
Tarikh: 8/7/2009 (Rabu malam)
Masa: Selepas Isyak

Majlis Zikir Malam Jumaat (Alfadhil Tuan Imam)
Tarikh: 9/7/2009 (Khamis malam)
Masa: Selepas Isyak

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita berada di 'taman surga' ini.

WalLahu a'lam


Pengerusi

2009-06-30

Program Surau Annur Minggu Ini (29/6 - 5/7)


Assalamualaikum ww,

Sahabat-sahabat yang dikasihi, minggu ini program di Surau Annur adalah seperti berikut:


Kelas Tajwid (Alfadhil Ustaz Zulkifli Osman)
Tarikh: 29/6/2009 (Isnin malam)
Masa: Selepas Isyak

Kelas Feqah (Alfadhil Ustaz Samsudeen alYamani)
Tarikh: 1/7/2009 (Rabu malam)
Masa: Selepas Isyak

Majlis Zikir Malam Jumaat (Alfadhil Tuan Imam)
Tarikh: 2/7/2009 (Khamis malam)
Masa: Selepas Isyak

Insya Allah diberkati oleh Allah akan kehadiran tuan/puan.

Wassalam


Pengerusi

2009-06-26

Jangan Tangguh


Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, ingatlah kita ini dalam ujian Allah dan setiap keadaan kita ada ujian yang tersendiri. Janganlah kita menangguhkan amal dan usahalah untuk hari esok.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara:
Pertama : masa sihat sebelum sakit,
kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin),
ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk,
keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan
kelima masa hidup sebelum tiba masa mati."
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

WalLahu a'lam

HBN

2009-06-21

Adab Melihat

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dihormati, Islam adalah agama yang sempurna. Kita diajar oleh Nabi SAW tentang adab melihat supaya ianya dalam menjamin kehidupan yang sejahtera. Ada seseorang yang hatinya sihat, ada yang 'sakit', malah ada yang 'nazak' bila berdepan dengan percobaan atau fitnah melihat manusia yang berlainan jenis dengannya, akan menjadikannya hilang kawalan.

Walaupun ramai mengatakan ianya tidak apa tetapi, peraturan Allah tentang hal ini amatlah jelas.

Allah SWT telah menggariskan adab ini di dalam alQuran surah An-nur, ayat 30 - 31:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan."
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka....."

Ini adalah dalil yang qat'ie dan hanya kekuatan imanlah yang menentukan kesanggupan kita beramal dengan peraturan ini.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lampau..

Wassalam

HBN

Program Surau Annur Minggu Ini (22 - 28/6/09)

Assalamualaikum,

Sahabat-sahabat yang dikasihi, minggu ini program di Surau Annur adalah seperti berikut:

Kelas Tajwid (Alfadhil Ustaz Zulkifli Osman)
Tarikh: 22/6/2009 (Isnin malam)
Masa: Selepas Isyak

Kelas Feqah (Alfadhil Ustaz Samsudeen alYamani)
Tarikh: 24/6/2009 (Rabu malam)
Masa: Selepas Isyak

Program Iftar Jamaie
Tarikh: 25/6/2009 @ 2 Rejab 1430
Masa: Maghrib

Majlis Zikir Malam Jumaat (Alfadhil Tuan Imam)
Tarikh: 25/6/2009 (Khamis malam)
Masa: Selepas Isyak

Program Ziarah (ke rumah Tuan S/U, No 1 Jln 1/2 SP1)
Tarikh: 26/6/2009 (Jumaat malam)
Masa: Selepas Isyak

Kuliah Subuh (Alfadhil Dato' Penasihat)
Tarikh: 28/6/2009 (Ahad)
Masa: Subuh

Insya Allah diberkati oleh Allah akan kehadiran tuan/puan.

Wassalam
Pengerusi

2009-06-16

Dr Fathi Yakan


Assalamualaikum ww,


Sahabat2 semua mungkin ada yang tidak pernah mendengar nama Sheikh Dr Fathi Yakan seorang 'alim dari Lubnan yang merupakan pemimpin gerakan Islam di Lubnan, juga pengarang buku "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apakah erti saya menganut Islam). Buku ini istimewa bagi kebanyakan 'ahli usrah' sekitar tahun 80'an yang menggunakan buku ini sebagai teks usrah masing-masing.

Beliau telah pun meninggalkan dunia yang fana ini pada 13/6/09 yang lalu dan jasa beliau dalam menyebarkan Islam di dunia ini khususnya di Lubnan insya Allah mendapat ganjaran di sisi Tuhan Rabbal 'alamin. Amiin.

Ilmu dan sumbangan jihad yang bermanafaat kepada ummat akan menjadi jariah yang paling baik di 'alam barzakh.

Wassalam

HBN

2009-06-15

Program Surau Annur (15 - 21/6/2009)



Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, mungkin minggu ini kita tak ke mana-mana setelah turut bercuti sempena cuti persekolahan anak-anak. Ada yang ke Sarawak, ada yang ke Sabah, ke Langkawi pendeknya tersebar di muka bumi Allah ini untuk men'taddabur 'alam'.

Minggu ini program di Surau Annur adalah seperti berikut:

Kelas Tajwid (Alfadhil Ustaz Zulkifli Osman) -dibatalkan
Tarikh: 15/6/2009 (Isnin malam)
Masa: Selepas Isyak

Kelas Feqah (Alfadhil Ustaz Samsudeen alYamani)
Tarikh: 17/6/2009 (Rabu malam)
Masa: Selepas Isyak

Majlis Zikir Malam Jumaat (Alfadhil Tuan Imam)
Tarikh: 18/6/2009 (Khamis malam)
Masa: Selepas Isyak

Semoga kehadiran kita ke taman-taman syurga ini akan menambah kefaqihan kita dalam agama.

Wassalam

Pengerusi

2009-06-08

Kelas Pengajian Di Surau Annur SP1 (8 -14/6/09)

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dikasihi, insya Allah program pada pada minggu ini adalah seperti berikut:

Kelas Tajwid (Alfadhil Ustaz Zulkifli Osman)
Tarikh: 8/6/2009 (Isnin malam)
Masa: Selepas Isyak

Kelas Feqah (Alfadhil Ustaz Samsudeen alYamani)
Tarikh: 10/6/2009 (Rabu malam)
Masa: Selepas Isyak

Semoga Allah memberkati kehadiran tuan/puan dalam majlis ini.

Wassalam

Pengerusi

2009-06-03

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN SP1

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah

Ahli kariah surau Annur SP1 telah mengadakan tabung khairat kematian sebagai satu usaha untuk bertolong-tolongan atas perkara yang baik dan taqwa. Keistimewaan tabung ini ialah :
1. Tabung ini adalah sebagai satu inisiatif penduduk Islam SP1 untuk saling bekerjasama dalam membantu saudara seagama dan berjiran di kala mereka ditimpa kematian dan kesedihan.
2. Tabung ini sebagai satu usaha menyahut perintah Allah yang mafhumnya “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan untuk hari esok (hari akhirat/selepas kematiannya) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan” Al-Hasyr 18.
3. Mengapa tuan/puan perlu menjadi ahli:
· Satu kaedah/peluang untuk menderma
· Bantu-membantu ahli dalam kesusahan/kesedihan
· Satu kemudahan untuk kita bila ditimpa kematian

Sebarang permohonan untuk menjadi Ahli, sila hubungi AJK Surau (rujuk senarai nombor telefom di bawah blog ini atau email ke annursp1@gmail.com).

Wassalam

Pengerusi

2009-06-01

Program Pengajian Surau Annur SP1

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dikasihi, insya Allah program pada pada minggu ini adalah seperti berikut:

Kelas Tajwid (Alfadhil Ustaz Zulkifli Osman)
Tarikh: 1/6/2009 (Isnin malam)
Masa: Selepas Isyak

Kelas Feqah (Alfadhil Ustaz Samsudeen alYamani)
Tarikh: 3/6/2009 (Rabu malam) - dibatalkan
Masa: Selepas Isyak - dibatalkan


Semoga Allah memberkati tuan/puan dengan majlis ini.

Wassalam

Pengerusi

2009-05-31

Ziarah Kubur

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dikasihi Allah, menziarahi kubur adalah satu tazkirah dan sewajarnyalah kita melakukannya semata-mata untuk mengingatkan kita yang kita akan dikembalikan ke pada Allah jua.


Doa yang dibaca semasa menziarahi kubur atau melaluinya adalah, "Assalamualaikum ahli negeri ini (kubur), dari kalangan orang-orang yang beriman dan Islam, sesungguhnya dengan izin Allah akupun akan mengikuti kalian kelak. Semoga dianugerahi Allah kepada kami dan kalian akan kekuatan (a'fiah hidup di alam barzakh)."

Semoga kita insaf yang kita akan mengalami kematian tidak lama lagi.....

Wallahu a'lam

HBN

2009-05-30

Walimah


Assalamualaikum ww

Sahabat2 yang dirahmati Allah, salah satu tanda kekuasaan Allah ialah menjadikan pasangan untuk lelaki dari kalangan perempuan (juga di kalangan manusia) untuk memenuhi keperluan 'mawaddah' dan 'rahmah'. Diriwayatkan oleh banyak penulis sirah, Nabi SAW berkahwin semasa berumur 25 tahun (tahun qamariah), umar yang amat sesuai untuk seorang lelaki memulakan alam perkahwinan.
Sheikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya, "tarbiatul awlad" menyimpulkan yang perkahwinan itu adalah fitrah kepada kemanusiaan dan menjadi maslahah kepada manusia sebagai:
a. Saluran yang sah melahirkan zuriat manusia
b. Memelihara salasilah keturunan manusia
c. Memelihara masyarakat dari gejala tidak bermoral (zina)
d. Memeliharan masyarakat dari penyakit

(terutama kesan dari perzinaan dan hubungan bebas lelaki-perempuan)
e. Ketenteraman rohani dan naluri
f. Membentuk kerjasama di antara suami isteri

(terutama dalam urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak)
g. Menyuburkan rasa belas dan kasih-sayang dalam institusi keluarga.

Oleh itu, menghadiri majlis kenduri perkahwinan bukan sekadar untuk "melepas batuk di tangga" tetapi sebagai menyokong satu sunnah yang amat dituntut oleh Islam.

Ketika cuti sekolah ini, banyaklah kita menerima undangan ke majlis perkahwinan. Sebaiknya kita memenuhi undangan ini dan elakkan mengada-adakan majlis di luar peraturan yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya.

WalLahu alam.

HBN

2009-05-25

Tabung Rumah Anak-Anak Yatim

Assalamualaikum w.b.t.,

Tabung Rumah Anak-Anak Yatim Anjuran Muslimah SP1

1. Kutipan sumbangan akan dibuat semasa "Program Ziarah" di rumah Pengerusi Persatuan Penduduk Islam SP1, Sdr Harun bin Noordin pada 28 / 05 / 09 (Lepas Isyak).

2. Sumbangan dalam bentuk wang tunai amat dialu-alukan.

3. Untuk makluman, setakat ini kami hanya menerima sumbangan daripada seorang sahaja ahli iaitu akhi Tajuddin. Semoga ahli-ahli yang lain akan turut bermurah hati menghulurkan derma supaya projek ini dapat berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.
p/s Jangan lupa bawa dompet (berisi wang).

Biro Kebajikan Muslimah SP1.

Sunnah Adalah Jalan Nabi Menuju Ke Syurga


Assalamualaikum ww

Sahabat2 yang kasihi,
RasululLah s.a.w. adalah rujukan kita dan panduan yang digariskan oleh RasululLah itulah yang kita turuti. Mungkin ada di kalangan kita yang lebih 'seronok' beramal dengan amalan 'ciptaan' orang lain yang dilabelkan sebagai Ustaz, Tok Guru, Wali dan sebagainya tetapi tidak merasa 'ghairah' melaksanakan satu sunnah dari sumber yang shoheh.

RasululLah s.a.w. perrnah menegur para sahabatnya yang ingin melaksanakan amalan yang 'extreme', ini berlaku apabila ada di antara para sahabat baginda merasakan ibadah mereka sangat sedikit berbanding dengan Rasulullah sehinggakan mereka ingin bersolat malam terus menerus, berpuasa sepanjang masa dan tidak mahu berbuka serta ingin menjauhi wanita dan tidak ingin berkahwin selama-lamanya, sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a bahwa dia berkata Rasulullah saw. telah datang kepada mereka seraya berkata,

“Ketahuilah, demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut di antara kamu kepada Allah dan paling takwa kepada-Nya. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat, aku tidur, dan aku berkahwin dengan wanita. Maka barangsiapa yang membenci sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dikatakan Iblis menyesatkan hamba Allah dalam ibadah dalam 2 cara:
1. Bukan ahli ibadah - disesatkan dengan melalaikannya sehingga lupa atau tidak langsung tunduk kepada Allah.
2. Ahli ibadah - disesatkan supaya beramal berlebih-lebihan sehingga keluar dari perintah Allah dan NabiNya tetapi merasakan ialah orang yang paling banyak amalnya.

WalLahu a'lam

HBN

2009-05-22

Penyakit Satu Tanda Azab (Salam Harvard 5)


Assalammualaikum,

Minggu ini minggu terakhir. Suhu masih dingin dan kadang kala hujan (15-16 c). Yang sedapnya bila matahari cerah tapi suhunya masih dingin. Subuh memang cepat 3.45 dan terbit fajar 5.20 pagi manakala Maghrib 8. mlm dan Isya' 9.40 mlm.

PENYAKIT SATU TANDA AZAB

2. Nampaknya sudah ada kes kedua N1H1 pada minggu lepas di Malaysia dan sekiranya tiada kes baru Kem.Kesihatan kata Malaysia bebas dari virus tersebut. Di sini nampaknya macam biasa sahaja. Semua sekolah, kolej dan public macam biasa. Tiada apa-apa sekatan atau yang pakai mask. Malah orangpun sudah tidak lagi bercakap mengenai swine flu lagi. Masa balik nanti berkemungkinan besar akan melalui tapisan yang agak rapi di KLIA.

3. Insya Allah oleh kerana tempoh kursus saya telah tamat saya akan balik pada Sabtu ini dan saya sampai pagi Isnin. Balik saya kerana tamat kursus dan balik untuk menyambung tanggung jawab dan kembali bertugas. Pastinya ia bukan kerana ingin lari dari taqdirnya. Elok dikongsi hadis berikut:

Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Penyakit taun itu adalah satu tanda atau azab yang dikirimkan kepada Bani Israel atau kepada kaum yang sebelum kamu, maka apabila kamu mendengar khabarnya janganlah datang ke tempat itu dan jika taun itu berjangkit di mana kamu berada, maka janganlah kamu lari daripadanya.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4108


Hadis Abdullah bin Abbas r.a:
Di ringkaskan maksud Umar bin Al-Khattab pernah pergi ke Syam. Mereka mengkhabarkan bahawa wabak (penyakit taun) telah berjangkit di Syam. Ibnu Abbas berkata setelah mendengar berita itu, Umar berbincang dengan para sahabat Muhajirin yang pertama dan mereka telah berbeza-beza pendapat. Kemudian berbincang dengan para sahabat Ansar dan sepakat kemudian berkata: Menurut kami, sebaik-baiknya engkau bawa sahaja mereka pulang dan tidak mengajak mereka memasuki kawasan wabak ini. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah bertanya: Apakah itu bererti lari dari takdir Allah? Umar menjawab: Ya, kita lari dari ketentuan (takdir) Allah untuk menuju kepada takdir Allah yang lain. Apakah pendapatmu seandainya engkau mempunyai seekor unta yang turun di suatu lembah yang mempunyai dua keadaan, satunya subur dan satu lagi tandus. Adakah jika engkau mengembalanya pada tempat yang subur itu bukan bererti engkau mengembalanya kerana takdir Allah? Begitu pula sebaliknya, bukankah engkau mengembalanya kerana takdir Allah juga? Lalu datanglah Abdul Rahman bin Auf berkata pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya. Mendengar kata-kata itu Umar bin Al-Khattab memuji Allah, kemudian beredar meninggalkan tempat itu
Hadis Penuh Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4114

Memahami Dunia Kapitalis

Dalam dunia yang kompetetif dan global ini, siapa yang ada pengetahuan, rajin, tinggi disiplinnya, mempunyai 'strategi', sentiasa berfikir, bermakna ia akan menguasai ekonomi dunia. Contohnya Singapura,.. mendatang Cina.

Bagi masyarakat, sekiranya tidak menguasai ilmu, masyarakat itu akan mundur. Akhirnya mereka yang berilmu akan menguasai mereka yang kurang ilmunya. Maka negara itu masih mundur dari aspek kemudahan asas, kebersihan, kesihatan, kehidupan berkeluarga dll walaupun banyak hasil mahsulnya. Ini banyak berlaku kepada dunia ke 3 (termasuk middle east).

Oleh kerana sentiasa memikirkan bagaimana untuk mengaut keuntungan, kadang kala manusia lupa akan tanggung jawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini. Meskipun ada yang kaya raya, namun ramai juga yang rugi atau miskin kerananya. Maka manusia di dunia ini kadang kala terpedaya dan sibuk dengan kehendak nafsu dan sebenarnya lebih mementingkan diri sendiri.

Marilah Menuju Kejayaan

Sebagai individu Muslim, adalah tanggungjawab kita meyakinkan bahawa dengan ad din, hidup kita juga berjaya. Kita ingin tunjukkan bahawa individu yang berjaya itu ialah yang menegakkan solah... seperti yang sentiasa dilaungkan oleh muazzin (..marilah menuju kejayaan..).

Gunakan masa senangmu

Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati".

Teringat saya hadis yang selalu disiarkan dalam radio IKIM, tentang lima sebelum lima. Maksudnya mengenai peringatan terhadap muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati...

Wallahu 'alam.

Dato' Penasihat

Malam Jumaat


Assalamaualaikum,

Amalan biasa di kalangan masyarakat Melayu membaca surah Yaasin, bertahlil dan berdoa untuk keselamatan di dunia dan akhirat - khusus untuk diri sendiri, keluarga dan sanak sau dara yang telah meninggal dunia.

Tidak cukup dengan zikir, ianya pasti diuruti dengan jamuan samada yang ringan atau yang berat. Keadaan ini biasa berlaku di masjid, surau atau di rumah. Jika perkara wajib atau sunat pun jarang kita (ambil) tahu nasnya, apatah lagi perkara uruf seperti ini bilakah ianya bermula. Tidak tahu di mana sumber dan bila sebenarnya ianya mula diamalkan di nusantara ini.

Hakikatnya ia terus berlaku dan berlalu tanpa ada pihak mengkaji secara tepat akan perkara ini. Adalah lumrah surau dan masjid dihadiri lebih ramai jamaah pada malam jumaat. Kita merasakan adanya kebaikan dalam amalan yang telah berakar umbi dalam masyarat dan yang penting kita isikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

Ziarah SP1 untuk bulan Mei adalah seperti berikut:

Tarikh: 28/5/2009
Masa: Lepas Isyak (malam jumaat)
Tempat: No 21 Jalan SP 1/7 Saujana Puchong (rumah Akh Harun)
Agenda: Zikir, Taaruf, Perbincangan
(diikuti dengan jamuan ringan adanya)

Wassalam

Pengerusi

2009-05-19

Kelas Feqah (Rabu malam - malam ini)

Assalamualaikum,

Sahabat2 yang dimuliakan, jadual kelas feqah mingguan adalah seperti berikut:

Kelas Feqah
Tarikh: 20/5/09 (Rabu)
Masa: lepas solat isyak
Tempat: Surau Annur SP1
Penyampai: Ustaz Samsudeen


Kehadiran semua muslimin dan muslimat amatlah dialu-alukan.

Wassalam
Pengerusi

2009-05-18

Guru dan Cikgu


Assalamualaikum

Sahabat2 yang dikasihi,
Guru yang Maha Agung ialah Allah yang mengajar manusia dengan pena, alQuran, alam ini dan segala-galanya
Guru yang paling sempurna ialah Nabi Muhammad SAW, kerana Baginda ada tauladan terbaik yang mesti diikuti yang menjadi menjadi rahmat untuk alam ini.
Guru pertama kita ialah ibu dan bapa yang mendidik samada kita menjadi beriman atau Yahudi atau Kristian atau Majusi yakni samada menjadi baik atau jahat.
Guru yang mengajar kita tentang kehidupan adalah Pengalaman kita sendiri.
Guru yang lainnya adalah penyuluh ke arah yang diajarinya.

Guru oh Guru!

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Wassalam
Pengerusi

2009-05-16

Mencegah Kemungkaran


Assalamualaikum

Sahabat yang dirahmati Allah,
Mencegah kemungkaran itu ada sesuatu yang wajib dilakukan seiring dengan menyuruh kepada kebaikan. Ini sesuai dengan pesan Nabi SAW melalui sahabat Abu Sa’id al-Khudri r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa); maka sekiranya dia tidak mampu, (hendaklah dia mengubahnya) dengan lidahnya(nasihat) dan jika dia tidak mampu (juga), (hendaklah dia mengubahnya) dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”. (diriwayatkan oleh Muslim)

Walau bagaimanapun kita perlu mengetahui hak dan tanggungjawab kita semasa mencegah kemungkaran yakni jangan sampai kita pula menceroboh hak orang lain yang juga satu kemungkaran.

Jika kita mendengar aduan atau berita dari seseorang tentang sesuatu maksiat/kemungkaran perlulah diselidiki tanpa prejudis dengan tuduhan tersebut supaya kita dapat berlaku adil. Ingatlah yang kita di Malaysia ini mempunyai undang-undang untuk dipatuhi.

Bacaan tambahan sila ke sini.


Wallahu a'lam.
Pengerusi