Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

Remaja

Assalamualaikum kawan-kawan Remaja ANNUR sekelian,

Insya-Allah Surau Annur akan mengadakan program hafazan alQuran untuk remaja sempena cuti sekolah ini. Jangan lepaskan peluang ini kerana ini boleh meningkatkan kefahaman kita tentang alQuran.



Kepada sesiapa yang berminat, sila daftar  berhubung dengan Pak Cik Rashidi (S/U Surau AN-Nur).

Semoga anak-anak remaja akan membesar menjadi generasi alQuran yang mantap.

Wassalam
Team Remaja ANNUR
29 Oct 2012