Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-01-09

Aktiviti Surau An Nur SP1



Salam,


Alhamdulillah Malam (7/1/10) tadi sempatlah ikhwah yang berkesempatan ke surau sebagaimana biasa Malam Jumaat, di samping bacaan Yaasin dan tahlil kita juga sempat menyentuh beberapa perkara seperti di bawah. Ianya bukanlah khusus kepada program tarbiah, kuliah, ziarah sebagaimana yang biasa.

Informal discussion malam tadi meliputi perkara perkara berikut.

1. Cadangan Dato' Penasihat untuk menambahkan lagi ilmu kita dengan program " Halallan Toyyiban. Program itu di cadangkan di adakan pada Minggu akhir Januari sempana dengan cuti hari Wilayah dan Hujung Minggu. Cadangan date: 3/2/10. Hari: Ahad. Kita anggarkan program berlangsung lebih kurang 2 jam ( Mula awal +/- 9.00 pg) dan berakhir sbl Zohor.

Nota: Dato' akan cuba dapatkan detail maklumat seperti ..penceramah dari Jakim, scope...etc

2. Program MaulidurRasul juga di cadangkan pada 26/2/2010.
Nota: Harap harap kehadiran tidak terjejas walaupun cuti hujung minggu bersambung dgn cuti MaulidurRasul. Akan dibincang lebih lanjut (AJK belum dilantik)
3. Juga dikemukan mengenai hajat penghuni blok damai untuk meminta jasa baik pihak surau untuk membuat aduan rasmi kepada pihak pengurusan banguan LT Sdn Bhd mengenai paip yang tersumbat dan memuntahkan sisa berdekatan dgn surau. Para hadirin bersetuju untuk membuat aduan rasmi.

Nota: Sdr SU akan draftkan surat untuk tindakan lanjut. When: 14/1/2010.

4. Program Riadah. Lanjutan dari akhi Shahidan (SD) untuk menguruskan sebuah padang futsal untuk anak anak (bapa bapa..boleh juga) warga SP1 satu supaya keselamatan meraka yang selama ini bermain "street soccer" lebih terjamin.
Nota: Dato' ada membuat 'prompt check' dgn YDP Subang Jaya dan di maklum kan kepada hadirin tentang langkah yang patut di ambil.
  • Oleh kerana tanah lapang tapak sekolah ini terletak di bawah bidang kuasa kementerian Pelajaran, disarankan agar kita mengemukan surat tunjuk minat untuk menggunakan tanah tersebut buat sementara untuk kemudahan di atas. Persetujuan mestilah di capai untuk mengosongkan kawasan bila di minta oleh pihak berwajib..
  • Di cadankan juga kita bergerak secara selari untuk meratakan kawasan yang terletak di hadapan SP 1/2.. ( Hadapan rumah SP1 futsal Coach.). Akhi SD memberi anggran kasar kos meratakan padang sebanyak RM 1000 to 1500.
  • Tuan SU, bersetuju untuk membuat draft surat tetapi beliau meminta jasa baik tuan puan semua yang mempunyai point yang bernas supaya membantu beliau dengan point point supaya surat itu benar benar "Gempak" dan memberi impak.
5. Program Keluarga-- Cadangan UPM Jungle Trekking. Cadangan waktu..Cuti sekolah penggal pertama.. (Around 19/3/2010).. Detail perlu di bincangkan lagi.

6.. Khairat Kematian...Baru baru ini SU khairat kematiana kita ada attend satu meeting khairat kematian yang dianjurkan oleh Masjid batu 14. Kita akan dapatkan maklumat lanjut mengenai program khairat Masjid batu 14.

Di sarankan agar kita meneruskan program khairat kita dan kalau perlu kita mendaftar juga di khairat masjid batu 14.

(Peringatan untuk khairat SP1: Yuran bulanan RM3 banyak diantara kita yang belum mengemaskini bayaran.. Harap dapat ambil tindakan segera untuk membuat bayaran kepada bendahari ataupun wakil jalan).

Hebahkan kepada jiran tentang tersebut dialu alukan.

Oby.
(sedikit diubahsuai untuk blog ini)

TAHUN 2010



Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dimuliakan, sudah lama rasanya saya tak menulis di blog ini kerana beberapa kesibukan peribadi yang perlu ditangani. Sepanjang bulan Disember 2009, aktiviti surau berjalan seperti biasa dengan bilangan jamaah yang agak kecil kerana sahabat-sahabat mengambil kesempatan untuk bercuti semasa musim cuti sekolah.

Kini telah lebih seminggu kita memasuki tahun 2010 dan kesibukan ibubapa dengan urusan persekolahan anak-anak juga telah mulai reda. Kita umat Islam ada 2 sistem pengiraan hari/tahun:
  • Tahun hijrah (tahum qomariah) - banyak digunakan untuk urusan agama seperti puasa, haji, zakat dan sebagainya.
  • Tahun masihi (tahum syamsiah) - digunakan dalam urusan harian kerana kerajaan menggunakan taqwim ini dalam urusan rasmi. Sehinggakan pusat zakat pun membuka 'urus-niaga' mereka berdasarkan tahun masihi, mungkin untuk memudahkan 'pelanggan'.
Di awal Januari 2010, kita dikejutkan dengan isu penggunaan kalimah 'Allah' di mana Mahkamah Tinggi telah membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan "Allah" dalam penulisan mereka. Amat penting bagi kita umat Islam khususnya di SP1 memahami masalah ini dengan betul dan tepat. Walau bagaimanapun kita perlulah mematuhi perundangan dalam setiap tindakan yang diambil. Kenyataan Presiden PAS dalam hal ini amatlah sesuai diperhatikan.

Pada malam Jumaat 7/1/2010, Akh Osmawi (Timb Pengerusi) telah mempengerusikan mesyuarat pertama Surau dan banyak aktiviti telah dipersetujui. Semoga kita dapat menjalankan aktiviti ini dengan penuh ketaqwaan. Saya akan memasukkan, senarai aktiviti dalam posting yang akan datang.

Tiada kalimah yang paling agung melainkan kalimah Allah dan semoga Allah memberkati kitaa semua.

Ilal liqa wassalam.

Harun Noordin