Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2012-08-15

Khatamulquran Surau Annur

Assalamualaikum ww

Sahabat2 dan ahli kariah Surau Annur yang dikasihi, insya Allah selepas solat tarawikh malam ini, 15 Ogos 2012 bersamaan 27 Ramadhan 1433 kita akan mengadakan majlis khatamulquran menandakan program tadarus alquran sejak malam pertama Ramadhan yang lalu telah sampai ke penghujungnya.

Ini adalah program tahunan surau An-Nur sejak Surau ini diwujudkan oleh penduduk Saujana Puchong. Pada mulanya tadarus ini dicadangkan oleh Pengerusi yang pertama, Dato' Dr Azhar dan sehingga kini, inilah program ihya ramadhan yang mendapat komitmen yang tinggi terutama dikalangan AJK Surau.

Adalah diharapkan di majlis khatamulquran ini semua ahli kariah dapat terlibat dan semoga Allah memberkati majlis ini sebagai satu ibadah yang tinggi nilai timbangannya.

Wallahu a'lam
Pengerusi

Malam alQadar

Assalamualaikum ww

Sahabat2 yang dimuliakan, kita telah berada di penghujung Ramadhan. Malam ini adalah malam 27 Ramadhan, kalau semasa saya kanak-kanak dahulu, di kampung saya menamakan malam ini malam 7 likur. Saya pun tak tahu apa maknanya tetapi, hampir setiap rumah menerangkan sekitar rumah dengam lampu pelita (lampu panjut).

Kekadang pelbagai bentuk lampu dan pelita, pada masa itu bunga api, mercun dan meriam "kebaid" adalah perkara biasa tetapi tidak pula kedengaran ada yang cedera kerana bermain mercun/meriam.

Bila ditanya pada orang tua-tua mengapa perlu ada lampu panjut, adalah untuk memeriahkan malam lailatulqadar, mungkin inilah yang mereka dapati dari ulama-ulama dahulu yaang mengatakan malam 27 Ramadhan adalah malam alQadar itu.

Hadis Nabi SAW, "Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (al-Bukhari)

Kesimpulannya:
  1. Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T. 
  2. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut 
  3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.
  4. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.
Wallahu a'lam
Pengerusi

Rujukan : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=712