Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2009-04-30

Ziarah ke rumah Saudara Osmawi


Assalamualaikum,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, alhamdulilLah sebentar tadi jamaah isyak mengikuti ziarah ke rumah akh Osmawi. Setibanya di sana, akh Osmawi mengimami solat hajat diikuti dengan bacaan surah yaasin dan "tahlil".

Selepas majlis tersebut, Pengerusi membuat pengumuman aktiviti surau Annur:
1. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Pengarah Projek dan semua JK yang terlibat untuk ceramah umum "Faraid" yang telah diadakan dengan jayanya.
2. Akh Azizi mengumumkan pada 16/5/09 akan diadakan program gotong royong mengecat surau, "tint" cermin pintu utama, menyediakan "pemisah' untuk jamaah lelaki dan perempuan dan membersih surau. Beliau juga menyatakan akan menguruskan pemasangan "board" berlampu tentunjuk surau. Pengerusi meminta dikemukakan sebutharga. harga bingkai pintu cermin adalah RM500.00 (minta bendahari bincang dengan Akh Azizi) dan pintu cermin dihadiahkan oleh Akh Sahidan.
3. Akh Rijaludin Shah akan menguruskan program ceramah umum (malam), tarikh dan amasa akan dimaklumkan kemudian.
4. Ceramah umum untuk suku kedua 2009, diminta JK mencadangkan tajuk program dan keperluan. Dijangkakan dalam bulan Jun nanti.
5. Bendahari memaklumkan telah menerima peruntukan dari LZS (RM500.00) untuk program "Faraid".
6. Program ziarah untuk bulan Mei, akan diadakan di rumah akh Harun. Tarikh dan masa akan diberitahu kelak.
7. Status perancangan aktiviti surau akan dibentangkan oleh akh S/usaha (tetapi beliau tidak dapat hadir).

Semoga semua usaha ini dikira oleh Allah sebagai ibadah dijalanNya.

Wassalam
Pengerusi

2009-04-26

Niat

(Mafhum Hadis)
Dari Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin alKhattab RA berkata: Aku telah mendengar RasululLah SAW bersabda,

"Bahawasanya segala 'amal perbuatan tergantung pada NIAT dan bahawasanya bagi tiap-tiap apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya menuju (keredhoan) Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu ke arah (keredhoan) Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya itu kerana dunia (keluarga, harta atau kemegahan dunia lainnya) atau kerana wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya ke arah yang ditujuinya."
(Muntafaqun alaih)

2009-04-24

Modernize without Westernizing (Salam Harvard 3)


Assalamualaikum, w.b.t.h.

Didoa'kan semoga anak Muzafar cepat kembali pulih dan sihat seperti sedia kala. Itulah dia, kalau tak ada calar balar tidak dikatakan anak lelaki.

Minggu ini genap empat minggu saya di sini. Oleh kerana kelas terakhir hingga Jumaat tengahari, petang ini saya akan ke Washington D.C hingga Isnin. Perjalanan udara 1 jam 40 minit. Kali ini topik yang dipilih agak berat tetapi menarik.

Modernize without Westernizing?
Pada minggu ini, program saya banyak membincangkan kes Business, Government and the International Economy mengenai pembangunan negara timur tengah termasuk Saudi Arabia, Dubai dan Nigeria. Yang mengajar ialah Prof. Richard H.K. Vietor dari Harvard Business School.

Tajuk kes study ialah Saudi Arabia: Modern Reform, Enduring Stability. Negara Arab Saudi mempunyai GDP per capita meningkat dari USD $17,606 (2000) kepada $24,390 (2008) dengan kadar Real GDP growth 2008 sebanyak 6%. Begitu juga % Consumer Price meningkat dari -1.10 (2000) kepada 9.40 (2008). Ini satu kemajuan ekonomi yang tinggi dan amat mampan.

Kerajaan Arab Saudi juga merangka banyak pembangunan eknominya. Antaranya ialah pembinaan King Abdullah Economic City (KAEC). Projek ini boleh ditonton melalui. www.youtube.com/watch?v=3dY9nnAw5D0 Tontonlah.., saya amat kagum dengan perancangan ini.

4. Yang menariknya, satu soalan yang dibangkitkan ialah ," Can Saudi Arabia modernize, without Westernizing? Berbagai isu dalam kes tersebut dibincangkan antaranya hampir 50% sektor awam bergantung kepada tenaga pekerja luar termasuk yang tidak mahir dan professional. Manakala sektor swasta 87% daripada 5.8 million adalah daripada pekerja luar. Ini adalah antara ciri negara kaya (Rentier state).

5. Bilangan putera Raja menjangkau 5,000 hingga 8,000 orang. Terdapat satu majlis syura kebangsaan [National Consultative (Syura) Council] yang menasihati Sultan dan meluluskan undang-undang. Hanya 28% sahaja yang belajar di universiti dan daripada 1000 yang graduate hanya 9 sahaja jurutera manakala negara lain 50 orang ke atas (Swedeen 134 orang). Wanita Saudi masih dilarang memandu kenderaan dan dilarang berjalan seorang diri.

6. "We like to modernize but not necessarily Westernize.." kata Putera Bander bin Sultan bekas Duta Arab Saudi ke USA. Saya juga ada menanyakan apa maksud modern bagi orang Amerika? Bagi menjawab persoalan ini ia dibuat denganmembandingkan kemajuan dengan negara Dubai. Negara Dubai amat luar biasa dari segi orangnya, budayanya dan pembangunan fizikalnya (termasuk rumah snow di Dubai). Arab Saudi dan Dubai adalah dua fenomena yang berbeza ibarat langit dengan bumi.

7. Isunya, negara Islam lain yang maju tidak seperti negara Arab. Ini kerana Saudi Arabia tidak mengasingkan ulama dan umara'nya. Raja Arab Saudi masih menerima nasihat majlis syura bagi melaksanakan sesuatu perundangan. Majlis syura yang terdiri dari ahli sunnah waljamaah sentiasa merujuk kepada Al Quran dan sunnah rasulullah saw dalam merangka pembangunan umatnya. Oleh yang demikian menurut profesor tadi, pembangunan King Abdullah Economic City (KAEC) agak lambat dan sukar untuk dicapai? Saya tertarik apabila profesor itu merumuskan tentang tidak adanya separation of power antara ulama dengan pentadbir, maka pembangunan Arab Saudi agak sukar dan amat perlahan tidak seperti Dubai?

8. Tapi saya yakin dengan keupayaan Arab Saudi yakni dengan harta yang banyak serta masih mengamalkan Majlis Syura, kita akan lihat nantinya di tengah Hotel 5 bintang, orangnya masih berjubah dan berserban bagi lelaki dan jubah hitam untuk wanitanya.

Sekian. Sekadar perkongsian ilmu untuk difikirkan...!

~ Dato' Penasihat

2009-04-23

Program Ilmu di Surau Annur SP1


Assalamualaikum

Sahabat2 yang dikasihi, seminggu dua ini kerap kita bertemu dalam program ilmu menyebabkan ikatan persaudaraan dikalangan kita rasanya bertambah... filLah insya Allah.

Kuliah Subuh 19/4/09
Oleh Ustaz Samsudeen, mengingatkan kita tentang perlunya kita 'menarik' rahmat Allah dengan tidak mencampur-adukkan cinta kepada Allah dan cinta kepada dunia. Teringat saya ungkapan terakhir kuliah beliau, tentang hadiah pen - dimana jika kita dihadiahkan pen, kita bukan main lagi berterima kasih kepada pemberi pen tetapi kurang berterima kasih kepada yang memberi tangan/jari untuk memegang pen itu.

Sukat kekuatan cinta kita kepada Allah dengan amalan sunat yang kita lakukan sehari.

Kelas Tajwid 21/4/09
Ini adalah kelas rutin Ustaz Zulkifli. Membaca alquran dengan bahasa arab yang betul adalah wajib kerana ianya diturunkan dalam bahasa itu. Kita dari golongan Ajam ini perlulah mempelajari ilmu tajwid supaya bacaan kita memenuhi tuntutan syarak itu.

Kuliah Ayat2 Hukum 22/4/09
Kuliah ini bermula agak lewat 9:30 malam dan tamat 10:45 malam kerana 2 kali SP1 mengalami gangguan elektrik. Ayat yang dibincangkan ialah ayat 219 dan 220 surah Albaqoroh, yakni tentang:
1. Khamar (arak)
2. Maisir (judi)
3. Harta yang disedekahkan/infaq
4. Harta anak yatim.
Kehadiran: Zahidi, Rashidi, Harun, Azizi, Mazlan dan Osmawi.

Semoga Allah memberkati majlis ilmu di surau kita dan lebih ramai lagi yang mendapat manafaat.

Wassalam

Pengerusi

2009-04-22

Kuliah Ayat-ayat Hukum

Assalamualaikum

Sahabat2 semua, insya Allah Surau Annur akan mengadakan kuliah ayat-ayat hukum secara mingguan (tertakluk dengan keboleh-hadiran Tuan Guru) seperti berikut:

1. Kuliah Ayat-ayat Hukum
2. Tarikh: Rabu malam Khamis
3. Masa: selepas solat Isya
4. Pensyarah: Alfadhil Ustaz Zulkifli Osman


Kehadiran semua amatlah digalakkan. Semoga Allah memberkati kita dengan ilmu yang bermanafaat.

Wassalam

Pengerusi

2009-04-19

Budi Bahasa Umat Manusia (Salam Harvard 2)


Assalammualaikum, w.b.t.h

Semoga sekelian sahabat dan ahli jemaah berada dalam sejahtera dan dipelihara serta ditingkatkan keimanan kepadaNya.

Bila kita bergaul dengan masyarakat bukan Islam khususnya dengan masyarakat Amerika (bukan di New York) kita dapati mereka amat saling hormat menghormati. Mereka amat mengutamakan orang lain, orang tua, wanita dan yang lemah. Bila memandu, mereka mengutamakan yang berjalan kaki. Bila masuk lift mereka mendahulukan orang lain. Dalam banyak hal mereka akan mengutamakan orang lain lebih dari diri sendiri.

Apabila bertemu, ucapan bertanyakan khabar "How you doing?"; Hai; "Good morning"; "How are you?" tidak putus-putus diucapkan. Begitu juga bila berpisah, "take care'; "have a nice day"; "have a good day"; dan sebagainya. Begitulah gambaran perasaan dan prihatinnya yang dizahirkan kepada orang lain.

Ucapan Salam.
Pun begitu, ucapan salam yang kita amalkan jauh lebih mulia. Di kalangan bangsa Arab, apabila bertemu mereka akan ucapkan salam, bersalam dan berpeluk menampakkan betapa akrabnya perhubungan.

Alhamdulillah, masyarakat kita tidaklah pula janggal untuk mengamalkannya sama ada di pejabat atau bersama keluarga. Cumanya pada hemat saya, amalannya masih boleh kita perbaiki dan pertingkatkan supaya penzahirannya menampakkan ada keberkatannya.

Mengutamakan Orang Lain
Namun, dalam bab mengutamakan orang lain lebih dari sendiri masih boleh difikirkan di mana tahap kita. Rasulullah s.a.w semasa hampir wafat, masih memikirkan masa depan akan umatnya..."umatti, umatti..!" Namun dalam kehidupan bermasyakat dan perhubungan, saya sendiri merasakan banyaknya yang mengutamakan diri lebih dari orang lain. Oleh kerana budaya kita semacam budaya bersaing (kompetetif, siapa dahulu dia dapat) banyak kita mendahulukan diri sendiri dan secara tidak sedar mengenepikan pula hak orang lain. Amalan ini pastinya bertentangan dengan amalan sunah rasulullah. Bayangkan di kalangan masyakat Islam di negara kita, masyakat Islam lebih banyak mempamerkan kesabarannya, lebih banyak mengutamakan orang lain, menjaga kebajikan orang lain lebih dari diri sendiri dan semua ciri-ciri ini wajar dizahirkan melalui perlakuan dan budi bahasa. Pada ketika itu, baharulah orang lain akan menghormati Islam dan yakin akan kebenarannya.

Sekadar melontarkan fikiran. Yang kurang itu adalah kelemahan saya.
Wallahu 'alam.

Salam.

Dato' Penasihat

2009-04-17

Kuliah Subuh 19/4/2009

Assalamualaikum

Sahabat2 yang dikasihi insya Allah selepas solat subuh Ahad nanti akan diadakan kuliah subuh. Maklumat lengkap seperti berikut:

Tarikh: 19/4/2009 (Ahad)
Masa: 6:00 pagi (selepas solat subuh)
Penyampai: Al Fadhil Ustaz Samsudeen alyamani

Semua dijemput hadir. Sarapan ringan selepas kuliah.
Semoga Allah memberkati pagi pertama minggu dengan dengan kuliah/tazkirah itu nanti.

Wassalam

Pengerusi

2009-04-14

Ilmu dan buku (Salam Harvard 1)


Salam

1. Saya setuju benarlah yang menuntut ilmu mesti berguru. Malah dalam bab menuntut ilmu ini banyak ulama' meminta agar berguru (sila rujuk Mauizatul Mukminin - Imam Al Ghazali, - bab Menuntut Ilmu).

Kaedah membaca
2. Bacaan itu boleh dijadikan rujukan dan bahan untuk difikirkan dan dibahaskan. Kaedahnya, bila mana ada yang meragukan, perkara ini perlu dirujuk dengan guru. Ini perlu kerana jika kita membaca buku khususnya berkaitan agama, ia bergantung kepada penulisnya dan aliran pemikirannya.

3. Kita kena tahu latar belakangnya, mazhabnya dan fikrahnya. Ada yang menulis buku agama, tetapi fikrahnya tidaklah pula boleh dijadikan sandaran. Pada ketika itu, jika kita berilmu, wajib bagi kita menolak hujahnya.

Bimbang Membaca Tanpa Ilmu
4. Pun begitu, janganlah pula kita mengambil jalan tengah iaitu langsung tidak membaca dengan alasan 'tiada guru'. Ini mencari alasan namanya dan kurang konstruktif jadinya. Jika ini pegangan kita, kesudahannya satu buku pun takut untuk dibaca. Isunya di sini membaca yakni memahami apa yang hendak disampaikannya dan perkara yang pelik perlu dibincangkan. Jika tidak membaca apa pula yang hendak dibincangkan?

Membaca atau Menuntut Ilmu Dahulu?
5. Isu kedua pula, mana lebih dahulu membaca atau menuntut ilmu. Pandangan pertama mengatakan, jika kita berilmu mudah kita membaca mana-mana bukupun. Pandangan kedua membaca dan menuntut ilmu itu perlu bersekali. Pandangan ketiga membaca dahulu (rujuk surah Al A'laq). Yang dibimbangkan dan merugikan kepada umat kita, ialah berguru pun tidak membaca juga tidak.

Sekadar melahirkan apa yang difikir. Mungkin salah.

Wallahu 'alam

Dato' Penasihat

2009-04-13

Mesyuarat JK Surau Annur SP1

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi,

Akh Osmawi (Timbalan Pengerusi) akan mengadakan majlis zikrulLah dan kenduri kesyukuran seperti berikut:

Tarikh: 30/4/09 (Khamis malam Jumaat) selepas solat isyak
Tempat: Rumah No 51 Jalan SP 1/4 Saujana Puchong


Dikesempatan itu, kita akan mengadakan juga mesyuarat JK Surau,
agenda:
1. Kemajuan aktiviti Surau/Penduduk
2. Status kewangan surau
3. Hal-hal lain.

Semoga kehadiran kita nanti akan menyemarakkan ukhuwah dan dakwah.

WalLahu a'lam
Harun Noordin
Pengerusi

Salam dari Harvard




Dato' Penasihat di Harvard (2 Bulan)

2009-04-10

Saiyidul Istighfar


“Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”

(Barangsiapa membacanya dengan yakin ketika sore hari, lalu ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia masuk Surga. Dan demikian juga ketika pagi hari.” HR. Al-Bukhari 7/150)

2009-04-06

Wasiat


Assalamualaikum

Pada 5 April 2009, Surau Annur telah mengadakan kursus Ilmu Faraid dan Harta Pusaka yang dibentangkan oleh Alfadhil Ustaz Md Ghazali Ibrahim dari Tg Malim. Semasa pembentangan, Ustaz ada menjelaskan akan keperluan mengadakan wasiat untuk melantik pentadbir harta pusaka selepas matinya sipemilik harta.

Perkara ini sering diabaikan kerana beranggapan ianya 'tidak perlu' dan 'remeh', akibatnya selepas kematian sipemilik harta, banyak harta tidak dapat dituntut dan yang paling malang berlakunya pergaduhan dikalangan ahli waris dalam menuntut harta pusaka.

Mencintai harta benda adalah sifat semulajadi manusia dan manusia berlumba-lumba mengumpulkan harta. Tetapi manusia hanya terdaya mengguna dan menguasai harta ketika hidupnya saja bila berlaku kematian harta tersebut perlu dipindah milik. Perebutan mendapatkan harta pusaka sering terjadi tanpa mengira dengan siapa seseorang itu terpaksa berebut, hatta dengan ibu kandung sendiri pun boleh berlaku perebutan.

Kadang-kadang kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan harta pusaka sehingga lupa yang simati masih mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan terlebih dahulu. Anak-anak yatim terbiar tanpa pembelaan kerana harta peninggalan yang sepatutnya diwarisi dibolot oleh manusia berjiwa rakus ini.

Kerenah birokrasi menyebabkan tuntutan harta pusaka lebih rumit dan tidak dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat. Oleh itu, pentadbir harta pusaka ini amatlah diperlukan dan kepada pemilik harta melantik pentadbir harta pusaka semasa hidup dapat menolong ahli waris menikmati harta peninggalannya.

Akhir kalam "hendaklah engkau mempermudahkan dan jangan menyukarkan".

WalLahu a'lam

Harun Noordin

2009-04-02

Kursus Ilmu Faraid dan Harta Pusaka


Assalamualaikum

Tuan/puan adalah dijemput untuk mengikuti Kursus Ilmu Faraid dan Harta Pusaka seperti berikut:

Tarikh: 5 April 2009

Masa/aturcara:
08:30 pagi - Pendaftaran
09:00 pagi - Kursus ilmu Faraid dan Harta Pusaka
01:00 tgh - Makan tengahari
01:19 tgh - solat zuhor dan bersurai


Tempat: Surau Annur Saujana Puchong 1.

Pembentang kertas kerja dan penyelaras kursus:
AlFadhil Ustaz Md Ghazali Ibrahim (Penulis Buku "13 BILLION Pusaka Belum Dituntut"). Lamanweb beliau: http://hartapusaka.net/

Yuran Penyertaan: RM5.00 sahaja
Sesiapa yang berminat sila hubungi:
1. Sdr Osmawi (012-2901746)
2. Sdr Nashrol Azam (019-3199850)
3. Sdr Rashidi (012-3933285)
4. Atau mana-mana AJK Surau (rujuk bahagian bawah blog ini)

Kepada sesiapa yang berminat membeli buku "13 BILLION Pusaka Belum Dituntut", berharga RM30.00.

Sekian dan harap maklum.

Terima kasih.
JK Kursus Faraid.