Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-05-30

Maksiat-maksiat Lisan

Assalamualaikum ww sahabat2ku,

Di antara maksiat-maksiat zahir,  maka maksiat lisan itulah yang paling besar bencananya dibanding dengan maksiat lain. Berikut adalah maksiat lisan yang sering dilakukan:
  1. Berkata-kata yang tidak memberi manafaat kepada diri sendiri atau orang lain.
  2. Berlebih-lebihan dalam percakapan sehingga menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain.
  3. Berbicara sesuatu yang salah dan mungkar (termasuk melakukan fitnah)
  4. Berdbat dan berdolak-dalik dalam menegakkan kebenaran sendiri walaupun ianya adalah salah.
  5. Bertengkar yang membawa permusuhan
  6. Bercakap lucah (rafaz), memaki hamun dan mengeluarkan perkataan kesat.
  7. Berlagak fasih dalam ilmu supaya mendapat sanjungan
  8. Mengucap kata-kata laknat kepada manusia, binatang atau apa saja
  9. Menyanyi (termasuk bersyair/gurindam) yang melalikan atau mengajak kepada kemaksiatan.
  10. Malakukan gurau senda yang berterusan supaya orang ketawa dan dianggap seorang yang pandai berlawak.
Kesemua ini perlu dielakkan kerana ianya boleh menjerumuskan sipelakukan kepada maksiat dan bencana  Ingatlah, jika kita menceritakan keburukan orang lain itu maka ada dua hukum:
  • jika yang diceritakan itu benar - maka ia telah mengumpat
  • jika yang diceritakan itu salah - maka ia telah memfitnah.
Kedua-duanya adalah termasuk dalam dosa-dosa besar.
Nota: Rujukan - Modul Tarbiah

Wallahu a'lam
Harun Noordin

Hilangnya Akhlaq

Assalamualaikum ww,
Sahabat2 yang dikasihi, nabi SAW telah meninggalkan 2 perkara penting sebagai pedoman hidup kita. Satu hadis diriwayatkan oleh Imam Malik:



Nabi mengajar kita berakhlaq dengan akhlaq yang mulia antaranya menutpi keburukan (aurat) kita dari penglihatan orang lain. Islam mengajar perkara ini bagi memastikan keselamatan kita terjamin dan pematuhan peraturan ini merupakan satu dari natijah iman.






Umat Islam terikut-ikut golongan bukan Islam semasa mandi manda di pantai dengan menanggalkan penutup aurat mereka. Ada yang lebih sayangkan 'kain' mereka dari terkena simbahan ombak sehingga menyelak kain mereka sampai terbuka aurat. Mereka tidak menghiraukan perintah Allah supaya menjaga aurat dan ini adalah satu dari akhlaq yang mudah sangat dilupakan.

WalLahu a'lam
Harun Noordin

Amal Islami

Assalamualaikum ww sahabat2 yang dirahmati Allah,

Asas amal yang betul dan sah amatlah penting kerana ini adalah permulaan untuk hasil bagi amal yang lebih besar natijahnya. Firman Allah SWT:

"Adakah orang yang membangunkan masjid di atas dasar takwa kepada Allah dan keredhaan-Nya itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang yang zalim." (Attaubah 109).

Setiap sesuatu bermula dari asasnya, tanpa asas yang kukuh kesemua amalan tidak ada gunanya. yang dikhuatiri tapa asas yang benar akan membawa sipelaku kejalan kesesatan. Oleh itu asas/dasar taqwa dalam melakukan amal islami adalah satu kemestian dan ini akan mendorong kepada ikhlas dalam beramal.


Semoga segalam amal kita diterima oleh Allah SWT sebagai amal yang soleh.

Wassalam
Harun Noordin

2010-05-28

Kematian Bukan Penyudahan

Assalamualaikum ww sahabat2 yang dirahmati Allah,

"Setiap jiwa PASTI merasai kematian". Ini bukan slogan, bukan ugutan tetapi kenyataan dan ingatan ini diperingatkan oleh Allah SWT sendiri sebagai Pencipta makhluk ini. Tidak sukar untuk mengakui perkara ini kerana kita boleh perhatikan kematian berlaku setiap hari dan kita pastinya mendengar kaum keluarga kita menamatkan usia masing-masing.

Kematian adalah satu perjalanan, seperti mana kita meninggalkan kampung halaman untuk bermusafir ke negeri/negara lain. Kematian juga bukanlah satu perkara yang perlu ditakuti jika kita telah bersedia menghadapinya. Setiap perjalanan memerlukan bekal dan sebaik-baik bekal adalah taqwa.

Kehidupan dunia hanya singgahan dan untuk mencari bekal. Banyak yang terperdaya dengan kehidupan dunia sehingga lupa akan bekal yang perlu diambil untuk kehidupan yang lebih jauh lagi. Bukan sedikit yang terpaksa meninggalkan dunia ini tanpa bekal malah ada yang membawa beban (dosa) yang banyak yang sudah pasti akan menyukarkan perjalanan menuju destinasi, yakni keredhoan Allah Azzawajalla.

Ada beberapa alam yang bakal ditempuh, antaranya: alam barzakh, alam mahsyar, Shiraat dan kkekal samada di syurga atau di neraka (semoga dilindungi Allah juga hendaknya). Tempoh atau lama sesuatu alam itu hanya Allah saja yang tahu (innaAllaha 'ala kullisyai'in qodiir).

Semoga Allah membantu kita untuk mencari bekal yang terbaik di dunia ini.

WalLahu a'lam
Harun Noordin

2010-05-17

Haq dan batil

Assalamualaikum ww sahabat2 yang dimuliakan,


Islam memusuhi kesyirikan, syirik (digunakan dalam bahasa Melayu membentuk perkataan "syarikat" - sekutu - lebih dari satu) dalam hal ketuhanan adalah batas keislaman seseorang itu. Secara umumnya penuhanan berlaku atas 5 sebab:
  1. Untuk pengabdian (sifat semula jadi manusia yang lemah)
  2. Untuk perlindungan
  3. Untuk kecintaan
  4. Untuk pujian (pemberi nikmat dan rezeki)
  5. Untuk rujukan perundangan
Mentauhidkan Allah dalam kelima-lima perkara di atas adalah kesempurnaan iman seseorang muslim. Menjadi kebiasaan seseorang itu melakukan pengabdian diri kepada tuhannya ditentukan kepada 3 perkara: 1. tempat, 2. masa dan 3. tatacara. Allah memberi kita kemudahan dalam mengabdian diri kepadaNya kerana:
  • Seluruh bumi ini adalah 'masjid' bagi umat Islam selagi ianya suci.
  • Umat Islam perlu setiap dan sepanjang masa mengabdikan diri kepada Allah.
  • tatacara ibadah khusus amatlah mudah dan boleh difahami oleh 'aqal apatah lagi ibadah umum, kerana kehidupan seorang muslim mestilah dalam keadaan ber'ibadah' kepada Allah SWT.
Masjid bukanlah satu bangunan yang perlukan binaan yang cantik dan berukir-ukir, sesungguhnya masjid Nabawi asalnya amat sederhana dan mudah. Hanya kebelakangan ini masjid-masjid berlumba-lumba dalam binaannya. asas sebuah masjid adalah 'taqwa' dan tiangnya adalah solat.  


Islam tidak memerlukan masjid yang cantik tetapi tiada pengisian taqwa di dalamnya. Tetapi masjid umat Islam adalah tempat kesatuan, tempat kecintaan dan tempat ketundukan. Ukiran sebegini bukanlah dinamakan masjid tetapi adalah sebuah kuil.

Nabi  SAW telah memusnah beratus2 berhala jahiliyyah di dalam masjidilharam semasa 'fathulmakkah', perkara hampir sama dilakukan oleh Wazir Maharaja Babur, Mir Baqi yang telah membina masjid Babri di Ayodhya. Tetapi sekarang telah dirampas semula oleh kerajaan Hindu untuk dibina semula kuil kelahiran Rama yang didewa sebagai tuhan orang Hindu. Ini adalah kesyirikan yang nyata dan adalah mustahil tuhan itu dilahirkan seperti makhluq, tetapi ketika ini yang batil itu mengatasi yang haq.

Pastinya yang haq itu akan menang nanti....

Wassalam
HBN

Hari Guru

Assalamualaikum sahabat2 yang dirahmati Allah,

Islam diturunkan di zaman jahiliyyah, ketika itu kebanyakan penduduk Arab tidak tahu membaca dan menulis termasuklah Nabi kita sendiri pun tidak tahu membaca dan menulis. Tetapi ayat pertama yang diturunkan menyuruh penganut agama Islam supaya membaca.

Asas utama dalam belajar dan mengajar adalah membaca dan menulis. Banyak di kalangan negara miskin di diami oleh orang Islam dan mereka berada dalam keadaan buta huruf. Sejak 1500 tahun yang lalu Islam meminta umatnya supaya membaca tetapi masih ramai lagi yang tidak mampu membaca sehingga akhir hayatnya.

Adakah Islam boleh disalahkan? Nabi SAW telah menghadiahkan kebebasan kepada tawanan perang Badar jika mereka mampu mengajar anak-anak Islam di Madinah ketika itu menjadi celik huruf. Nabi memberi tempat istimewa bagi penulis-penulis wahyu, Allah sendiri telah mengiktiraf ulama (golongan cerdik pandai) adalah golongan yang akan takut dengan Allah.

Hampir mustahil bagi seorang yang jahil tentang sifat Allah akan takut kepada Allah. Itulah Islam. Islam ditegakkan di atas hujjah dan Islam dikembangkan di atas hujjah. Terlalu banyak nas dan bukti tentang kepentingan ilmu dalam Islam, sehinggakan Islam tidak memaksa orang lain menganut agama Islam melain dengan kerelaan sendiri yakni setelah pasti dengan kebenaran Islam.

Dinukilkan oleh Imam Nawawi dalam Riyadhussolehin, bahawa Nabi SAW berpesan kepada menantunya Saidina Ali, jika sekiranya hidayah Allah sampai kepada seseorang melalui dirinya adalah lebih baik dari kehidupan dunia hatta ternakan (unta) yang merah-merah. Inilah basalah untuk guru yang ikhlas.

Terr ganjaran untuk para guru tetapi apakah guru-guru sekarang layak menerima ganjaran yang besar itu?
Ya Allah, ampunilah guru-guruku yang telah mengajar aku supaya aku mengenalMu.

Wallahu a'lam
HBN