Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-06-29

Sepuluh Wasiat Hasan Albanna


Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang mulia, sesungguhnya Imam Hasan Albanna yang  merupakan pengasas jamaah Ikhwan Muslimin di Mesir adalah tokoh yang telah diakui memberi pengaruh kepada gerakan Islam di seluruh dunia. Beliau merupakan pembawa pembaharuan dalam menggerakkan jiwa jihad di kalangan umat Islam. Beliau telah dibunuh pada 12 Febriari 1949 di Kaherah.

Sepuluh wasiat beliau kepada anggota jamaah Ikhwan Muslimin:
  1. Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
  2. Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
  3. Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.
  4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
  7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
Semoga dengan ingatan ini dapat memberi kesedaran kepada kita.

Wallahu a'lam
Harun Noordin

Peristiwa Penting Bulan Rajab

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dikasihi, kita telah melepasi separuh dari bulan Rajab dan bulan ini istimewa kerana tidak lama lagi kita akan menghadapi bulan yang paling istimewa iaitu bulan Ramadhan. Antara peristiwa penting dalam bulan Rajab ini:
  1. Peristiwa hijrah pertama ke habsyah
  2. Isra wa mi'raj
  3. Peperangan Tabuk
  4. Pembebasan Baitul Muqaddis oleh Saidina Umar alkhattab.
Di bulan ini kita digalakkan membaca dia berikut:


Semoga Allah menambah keimanan kita dan kekuatan azam.

WalLahu a'lam
Harun Noordin

Kerosakan Bumi



Assalamualaikum ww sahabat2 yang dikasihi,
Manusia telah dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menjadi hambaNya dan mentadbir bumi ini sebagai satu amanah dan ujian. Tugas menjaga amanah ini bukanlah senang kerana manusia bukan saja dibekalkan dengan ilmu dan hidayah oleh Allah  tetapi juga dengan musuh.

Antara musuh paling besar pada manusia ialah nafsu dirinya sendiri. Kerana nafsu inilah manusia membentuk 'dua wajah' berlainan ~ luaran dan dalaman ~ yang lebih dikenali sebagai kemunafikan. Golongan munafik kufur inilah yang selalu membuat kerasakan di muka bumi ini. Perkara ini disebut oleh Allah dalam alQuran, surah albaqoroh:
Mafhumnya:
[Ayat : 11] Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: sesungguhnya kami orang yang hanya membuat kebaikan.
[Ayat : 12]

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang yang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Ada pelbagai bentuk kerosakan yang dibuat oleh manusia dengan pelbagai alsan pula, antaranya:
1. Atas nama pembangunan

2. Atas nama keseronokan
3. Atas nama ekonomi

Dan banyak lagi alasan yang telah diberikan tetapi manusia masih belum cukup sedar. Bumi ini kini mengalami kerosakan yang teruk akibat kerakusan tangan-tangan yang bernafsu jahat mencari keuntungan duniawi semata-mata. Kejadian bencana alam seperti gempa bumi, banjir, tanah runtuh dan sebagainya adalah manifestasi dari kegagalan manusia menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam yang sedar dengan kerosakan ini memberi peringatan dan melakukan islah berterusan. Semoga Allah memberi kita keampunan dari dosa-dosa yang kita lakukan.

WalLahu a'lam
Harun Noordin

2010-06-21

Mengatasi Godaan Syaitan

Assalamualaikum ww sahabat2 yang dikasihi,

Allah telah mengisytiharkan Syaitan adalah makhluk yang sesat selepas makhluk ini melawan perintah Allah SWT. Allah telah memberi tangguh kepada Syaitan sehingga hari qiamat sebelum dimasukkan ke dalam neraka sebagai balasan terhadap maksiat yang telah dilakukan dan akan kekal di dalamnya.

Syaitan juga dibenarkan untuk menggoda umat manusia dan Allah tetap akan melindungi hambaNya yang berbuat kebaikan. Dalam menggoda umat manusia, Syaitan menggunakan kelemahan manusia kerana sesungguhnya Syaitan itu tahu akan kelemahan-kelemahan manusia. Di antara kelemahan manusia dan cara mengatasi godaan Syaitan ialah:

1. Rakus dan tamak. Cara melawannya dengan menguatkan sifat qana'ah (berpada dengan apa yang ada)
2. Nafsu dan panjang angan-angan. Cara melawannya dengan mengingati mati (mati akan datang dengan tiba-tiba)
3. Suka berehat-rehat dan bermalas-malas. Cara melawannya dengan dengan mengingati hari penghisaban yang sukar dan semua nikmat boleh hilang sekelip mata.
4. Takabbur dan bangga diri. Cara melawannya dengan melihat kelemahan diri dan bersyukur kepada Allah.
5. Dengki dan buruk sangka. Cara melawannya dengan meredhoi segala kurniaan Allah dan ingatkan diri segala-galanya akan dipersoalkan Allah nanti.
6. Riyak atau suka pujian. Cara melawannya dengan mengenali Allah dan mengetahui semua amal itu dinilai bergantung dengan niat yang ikhlas.
7. Kedekut. Cara melawannya dengan mengingati semua rezeki ini kurniaan Allah, manakala harta dan kekayaan hanyalah jalan untuk mendapatkan lebih banyak pahala.

Semoga kita dapat bermuhasabat dalam mengisi bekalan untuk perjalanan ke akhirat nanti.

WalLahu a'lam
Harun Noordin

2010-06-09

Mesyuarat AJK Surau An-Nur 2010

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah. mesyuarat AJK Surau akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 17 Jun 2010 / 6 Rejab 1431
Masa: 9:30 malam (Khamis malam)
Tempat: No 21 Jalan SP 1/7 Saujana Puchong
Agenda:
1. Tazkirah dari Data' Penasihat
2. JK 2010 - 2013 (tanggungjawab dan keperluan)
3. Perancangan 2010/11
    a. Ihya Ramadhan (cadangan awal)
    b. Ibadah Qurban
    c. Program pengajian
    d. Program ukhuwah/kemasyarakatan
4. Hal-hal lain

Mesyuarat ini juga serentak dengan program ziarah ke rumah saya (cadangan awal program ziarah pada malam esok 10/6/2010 dibatalkan kerana kurang sambutan....)

Kehadiran sahabat2 (termasuk isteri & anak2) dan jiran-jiran amatlah diharapkan.

Wassalam
Pengerusi