Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-01-09

TAHUN 2010



Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dimuliakan, sudah lama rasanya saya tak menulis di blog ini kerana beberapa kesibukan peribadi yang perlu ditangani. Sepanjang bulan Disember 2009, aktiviti surau berjalan seperti biasa dengan bilangan jamaah yang agak kecil kerana sahabat-sahabat mengambil kesempatan untuk bercuti semasa musim cuti sekolah.

Kini telah lebih seminggu kita memasuki tahun 2010 dan kesibukan ibubapa dengan urusan persekolahan anak-anak juga telah mulai reda. Kita umat Islam ada 2 sistem pengiraan hari/tahun:
  • Tahun hijrah (tahum qomariah) - banyak digunakan untuk urusan agama seperti puasa, haji, zakat dan sebagainya.
  • Tahun masihi (tahum syamsiah) - digunakan dalam urusan harian kerana kerajaan menggunakan taqwim ini dalam urusan rasmi. Sehinggakan pusat zakat pun membuka 'urus-niaga' mereka berdasarkan tahun masihi, mungkin untuk memudahkan 'pelanggan'.
Di awal Januari 2010, kita dikejutkan dengan isu penggunaan kalimah 'Allah' di mana Mahkamah Tinggi telah membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan "Allah" dalam penulisan mereka. Amat penting bagi kita umat Islam khususnya di SP1 memahami masalah ini dengan betul dan tepat. Walau bagaimanapun kita perlulah mematuhi perundangan dalam setiap tindakan yang diambil. Kenyataan Presiden PAS dalam hal ini amatlah sesuai diperhatikan.

Pada malam Jumaat 7/1/2010, Akh Osmawi (Timb Pengerusi) telah mempengerusikan mesyuarat pertama Surau dan banyak aktiviti telah dipersetujui. Semoga kita dapat menjalankan aktiviti ini dengan penuh ketaqwaan. Saya akan memasukkan, senarai aktiviti dalam posting yang akan datang.

Tiada kalimah yang paling agung melainkan kalimah Allah dan semoga Allah memberkati kitaa semua.

Ilal liqa wassalam.

Harun Noordin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan