Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2012-04-21

Tauhid Anda

Assalamualaikum ww

Sahabat2 yang dimuliakan, kita sudah berada di penghujung bulan Jamadilawwal dengan kata lain, lagi 3 bulan kita akan berada di bulan Ramadhan, bulan keghairahan melakukan ibadah. Sungguhpun begitu keghairahan beribadah hanya dirasai oleh orang-orang yang beriman saja. Jadi, tidak hairanlah jika seruan Allah selalunya dalam prasa "orang-orang yang beriman dan beramal soleh...."

Kita hendaklah beriman seperti berimannya Nabi Muhammad SAW atau salafussoleh yakni pengikut sunnah yang luhur. Mutaakhir ini ada yang mengakui mereka pengikut salafussoleh kerana mereka mendukong golongan 'salafi'. Kita memahami salafiah ini sebagai 'methodology' dalam mengikuti ajaran Islam bukannya nama golongan. Salafiah ini ialah menjadikan Islam cara hidup dengan mengikut petunjuk alQuran dan asSunnah dalam semua aspek termasuk aqidah. Memahami tauhid Allah melalui alQuran dan asSunnah adalah lebih mudah, tetapi mendalami dengan hujjah-hujjah 'akal agar kefahaman menjadi lebih mantap juga adalah perlu.

Ilmu tauhid yang dipelajari sepatutnya dapat dipermudahkan dengan dalil akal sesuai dengan perkembangan akal dan suasana ilmu semasa, terutama perkembangan ilmu sains dan teknologi maklumat yang pesat sekarang ini. Adalah TIDAK munasabah jika seseorang yang berilmu sehingga digelar saintis tetapi menolak kewujudan Allah SWT. Mungkin ada yang mengatakan ianya disebabkan tiada hidayah Allah, itu ada kebenaran juga tetapi ilmu adalah salah satu dari pintu hidayah yang utama.

Yakinlah Allah itu Satu pada Zat dan SifatNya yakni Maha Esa tak ada sekutu dan kompromi dalam sifat keTuhanan.

Wallahu a'lam
Harun Noordin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan