Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-06-29

Kerosakan Bumi



Assalamualaikum ww sahabat2 yang dikasihi,
Manusia telah dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menjadi hambaNya dan mentadbir bumi ini sebagai satu amanah dan ujian. Tugas menjaga amanah ini bukanlah senang kerana manusia bukan saja dibekalkan dengan ilmu dan hidayah oleh Allah  tetapi juga dengan musuh.

Antara musuh paling besar pada manusia ialah nafsu dirinya sendiri. Kerana nafsu inilah manusia membentuk 'dua wajah' berlainan ~ luaran dan dalaman ~ yang lebih dikenali sebagai kemunafikan. Golongan munafik kufur inilah yang selalu membuat kerasakan di muka bumi ini. Perkara ini disebut oleh Allah dalam alQuran, surah albaqoroh:
Mafhumnya:
[Ayat : 11] Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: sesungguhnya kami orang yang hanya membuat kebaikan.
[Ayat : 12]

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang yang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Ada pelbagai bentuk kerosakan yang dibuat oleh manusia dengan pelbagai alsan pula, antaranya:
1. Atas nama pembangunan

2. Atas nama keseronokan
3. Atas nama ekonomi

Dan banyak lagi alasan yang telah diberikan tetapi manusia masih belum cukup sedar. Bumi ini kini mengalami kerosakan yang teruk akibat kerakusan tangan-tangan yang bernafsu jahat mencari keuntungan duniawi semata-mata. Kejadian bencana alam seperti gempa bumi, banjir, tanah runtuh dan sebagainya adalah manifestasi dari kegagalan manusia menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam yang sedar dengan kerosakan ini memberi peringatan dan melakukan islah berterusan. Semoga Allah memberi kita keampunan dari dosa-dosa yang kita lakukan.

WalLahu a'lam
Harun Noordin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan