Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-06-21

Mengatasi Godaan Syaitan

Assalamualaikum ww sahabat2 yang dikasihi,

Allah telah mengisytiharkan Syaitan adalah makhluk yang sesat selepas makhluk ini melawan perintah Allah SWT. Allah telah memberi tangguh kepada Syaitan sehingga hari qiamat sebelum dimasukkan ke dalam neraka sebagai balasan terhadap maksiat yang telah dilakukan dan akan kekal di dalamnya.

Syaitan juga dibenarkan untuk menggoda umat manusia dan Allah tetap akan melindungi hambaNya yang berbuat kebaikan. Dalam menggoda umat manusia, Syaitan menggunakan kelemahan manusia kerana sesungguhnya Syaitan itu tahu akan kelemahan-kelemahan manusia. Di antara kelemahan manusia dan cara mengatasi godaan Syaitan ialah:

1. Rakus dan tamak. Cara melawannya dengan menguatkan sifat qana'ah (berpada dengan apa yang ada)
2. Nafsu dan panjang angan-angan. Cara melawannya dengan mengingati mati (mati akan datang dengan tiba-tiba)
3. Suka berehat-rehat dan bermalas-malas. Cara melawannya dengan dengan mengingati hari penghisaban yang sukar dan semua nikmat boleh hilang sekelip mata.
4. Takabbur dan bangga diri. Cara melawannya dengan melihat kelemahan diri dan bersyukur kepada Allah.
5. Dengki dan buruk sangka. Cara melawannya dengan meredhoi segala kurniaan Allah dan ingatkan diri segala-galanya akan dipersoalkan Allah nanti.
6. Riyak atau suka pujian. Cara melawannya dengan mengenali Allah dan mengetahui semua amal itu dinilai bergantung dengan niat yang ikhlas.
7. Kedekut. Cara melawannya dengan mengingati semua rezeki ini kurniaan Allah, manakala harta dan kekayaan hanyalah jalan untuk mendapatkan lebih banyak pahala.

Semoga kita dapat bermuhasabat dalam mengisi bekalan untuk perjalanan ke akhirat nanti.

WalLahu a'lam
Harun Noordin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan