Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2012-10-25

Selamat Hari Raya Kurban / Eid al-Adha

Assalamuamualaikum ww sahabat2 yang dimuliakan,

Hari ini 9 Dzulhijjah 1433, merupakan hari wukuf bagi jamaah haji dari segenap pelusuk dunia datang ke Tanah Haram Makkah untuk menyahut seruan Allah dangan lafaz talbiah dan zikir, pastinya hari ini amat bermakna buat mereka. Semoga Allah mengurniakan haji yang mabrur dan semangat jihad yang tinggi.

Pada hari ini, Allah menjanjikan keampunannya bukan sekadar jamaah haji di Arafah tetapi seluruh umat Islam yang mengambil manafaat akan kemuliaan hari ini dan memohon keampunan Allah dengan penuh rasa rendah diri dan taqwa.

Bagi jamaah haji, semalam dikenali sebagai hari Tarwiyah, hari ini adalah hari Arafah dan esok adalah hari Nahar. Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji, disunatkan berpuasa pada hari Arafah (9 Dzulhijjah) keutamaannya sebagai harapan diampuni Allah dosa setahun sebelum dan setahun akan datang.

Antara pada 10 Dzulhijjah, kita semua merayakan hari raya kurban dengan mengadakan solat sunat hari raya serta mendatangi tempat solat seawal mungkin tanpa terlebih dahulu makan atau minum. Seusai solat hari raya, kita dianjurkan melakukan ibadah kurban sebagai satu dari syiar Islam pada 10 hingga 13 Dzulhijjah.

 
Sepanjang 4 hari - Eid al-Adha dan hari-hari Tasyrik disunatkan memperbanyakkan takbir memuji kebesaran Allah dan sebagai puncak rasa kehambaan kita kepada Allah SWT.

Insya Allah Surau Annur SP1 akan mengadakan ibadah kurban pada 12 Dzulhijjah / 28 Oct 2012 mulai 8:30 pagi, semua ahli karian dijemput hadir.

Wallahu a'lam
Pengerusi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan