Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2009-06-15

Program Surau Annur (15 - 21/6/2009)



Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, mungkin minggu ini kita tak ke mana-mana setelah turut bercuti sempena cuti persekolahan anak-anak. Ada yang ke Sarawak, ada yang ke Sabah, ke Langkawi pendeknya tersebar di muka bumi Allah ini untuk men'taddabur 'alam'.

Minggu ini program di Surau Annur adalah seperti berikut:

Kelas Tajwid (Alfadhil Ustaz Zulkifli Osman) -dibatalkan
Tarikh: 15/6/2009 (Isnin malam)
Masa: Selepas Isyak

Kelas Feqah (Alfadhil Ustaz Samsudeen alYamani)
Tarikh: 17/6/2009 (Rabu malam)
Masa: Selepas Isyak

Majlis Zikir Malam Jumaat (Alfadhil Tuan Imam)
Tarikh: 18/6/2009 (Khamis malam)
Masa: Selepas Isyak

Semoga kehadiran kita ke taman-taman syurga ini akan menambah kefaqihan kita dalam agama.

Wassalam

Pengerusi

1 ulasan:

  1. Kuliah Subuh yang dijadualkan pada 21/6/09 diubah kepada 28/6/09.
    Nota: Maklumat kuliah subuh telah dikeluarkan dari senrai program minggu ini.

    BalasPadam