Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-02-15

! Rabi'ul-awwal 1431

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, kita kini telah berada di bulan ketiga untuk tahun 1431H dan bulan ini dikenali sebagai bulan "maulid" kerana masyhur di kalangan ahli tarikh - Nabi SAW dilahirkan pada 12 Rabi'ul-awwal. Walaupun kita menyambut kelahiran Nabi SAW secara 'besar-besaran' di Malaysia tetapi tidaklah ada arahan yang jelas dari Nabi SAW untuk kita berbuat demikian.

Sesungguhnya bulan ini juga berlaku banyak peperangan yang disertai oleh Nabi SAW seperti Peperangan Badar dan di bulan ini juga kewafatan Nabi SAW, perlantikan Abu Bakr as-siddiq sebagai khalifah yang pertama. Pembukaan Iraq, Baitul-muqaddis dan kejatuhan kerajaan Khalifah Islam di Andalusia juga dikatakan berlaku pada bulan ini.

Insya Allah, kita akan mengadakan sambutan 'maulid" dan di antara program Surau Annur adalah:
1. Ceramah "halalan wa thoiyiban"
2. Perarakan dan salawat maulid di Masjid batu 14

Semoga Allah menganugerahi kita dengan rasa kecintaan kepada Junjungan Besar Muhammad SAW, khatamun-nabi dan beroleh syafaat baginda di akhirat nanti....

WalLahu a'lam
Pengerusi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan