Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-03-01

Barzanji Untuk Mengenali Nabi SAW

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, hidayah Islam disampaikan Allah kepada kita melalui kekasihNya Muhammad SAW. Segala-gala yang dilakukan oleh Nabi samada percakapan, perbuatan dan persetujuan Nabi adalah kebenaran yang perlu diterima.

Nabi SAW tidak menjanjikan syurga kepada umatnya tanpa iman dan amal, iman dan amal adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya akan diperhitungkan Allah di akhirat nanti. Sesungguhnya Nabi SAW telah dianugerahi syafaat oleh Allah SAW dan sudah pasti syafaat ini ada keistimewaannya. Syafaat yang besar adalah doa nabi untuk memohon kepada Hakim Mahkamah yang Maha Agung (Alh) untuk memulakan perbicaraan di akhirat nanti.

Sungguhpun begitu banyak hadis menerangkan syafaat diberikan kepada Nabi untuk ummatnya, antaranya untuk umat yang paling banyak bersalawat, mengamalkan sunnah Baginda walaupun ianya kecil dan sebagainya. Ini semua tidak akan mampu dilakukan oleh ummat Baginda tanpa adanya rasa CINTA kepada Nabi SAW

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, begitu jugalah kita - bagaimana boleh mencintai Nabi SAW tanpa terlebih dahulu kita mengenalinya. Di Nusantara ini, bernazam (syair/nasyid) yang masyhur adalah "barzanji" adalah satu kaedah mengenali Nabi SAW dismping membaca sirah dan hadis Nabi SAW. Hampir setiap majlis kegembiraan seperti majlis perkahwinan, kelahiran malah berkhitan juga diadakan "barzanji". Sungguhpun begitu ada juga bait-bait syair dalam "Berzanji" terlalu mengagungkan Nabi dan ada ulama mengkritik hebat akan hal ini.

Elok kiranya kita membaca "barzanji" dengan mengetahui maknanya supaya bukan saja kita mengalunkan syairnya.....

WalLahu a'lam

Harun Noordin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan