Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-03-15

Menjelang Pemilihan AJK Baru Surau An-Nur SP1

Assalamualaikum ww,

Malam Jumaat yang lepas Tuan SU telah menerangkan keperluan untuk mengadakan pemilihan AJK baru untuk Suarau An-Nur bagi tempoh 2010 - 2012 pada awal bulan April 2010 (tarikh belum ditentukan lagi). Mungkin tidak seghairah Pilihanraya Umum tetapi ini adalah satu saluran penting untuk memilih pentadbir dan pengurus aktiviti Surau An-Nur.

Jika Nabi SAW memerintahkan supaya dilantik seorang ketua bila  3 orang atau lebih bermusafir, maka jika bermukim dan dalam jumlah yang ramai maka kepimpinan itu adlah lebih perlu. Mungkin ada yang mengatakan, "jika tidak menjadi AJK pun masih boleh membuat sumbangan" tetapi sebenarnya kata-kata ini hanyalah untuk lari dari komitmen. Jika AJK tidak bersemangat maka, ahli kariah akan lebih tidak bersemangat.

Hari ini, ramai juga yang inginkan jawatan dalam organisasi Surau/Masjid, bukan kerana ingin memberi sumbangan dan dakwah tetapi untuk kepentingan peribadi dan menyebarluas fahaman mereka. Amat malang, jika terpilih Pengerusi Surau/Masjid tetapi mereka ini tidak pernah nampak 'batang hidung' di surau atau masjid, dengan kata lain nak jadi makmum pun tidak boleh. Mereka lebih suka mengawal untuk tidak mengadakan program tarbiah dari menyuburkannya. Perebutan jawatan dalam pemilihan bukan berdasarkan akhlak dan keupayaan memimpin tetapi lebih kepada memastikan 'golongan tertentu' dapat mengawal aktiviti dan kewangan Surau/Masjid.

Ingatlah pesan Nabi SAW, " Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan terhadap kepimpinannya". Jika kita beriman kepada Allah dan hari akhirat, marilah kita sama-sama memilih pemimpin yang ingin melaksanakan amar-makruf dan nahiy mungkar dan memberi kita kesejahteraan untuk kehidupan yang lebih bertaqwa.

WalLahu a'lam.
Harun Noordin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan