Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-07-28

Alfatihah:2

Assalamualaikum ww sahabat2 yang dimuliakan,


Mafhumnya: "Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
Ini adalah ayat kedua dalam surah alFatihah. Satu pernyataan dari Allah, yang menyatakan segala-gala kepujian adalah milik Allah. Ini kerana, kepujian yang ada pada makhluk hanyalah kerana Kepujian yang ada pada Zat Allah jua.

Allah adalah Pentadbir alam yang maha besar pada pandangan kita. Saiz bumi yang kita diami ini dibandingkan dengan keseluruhan alam amatlah halus dan seninya apatah lagi jika dibandingkan dengan diri kita. Rabb Allah tidak 'terikat' dengan ruang (dimensi) dan masa. Kita sendiri boleh memikirkan yang ruang dan masa adalah sifat alam (makhluk) manakala Allah adalah Khaliq. Ini sukar difahami kecuali jika kita memahami sifat Allah dan memahami konsep sains bagi memudahkan kita memahami keagungan Pencipta.

Hendaklah kita berfikir/mengkaji tentang ciptaan Allah dan jangan memikir tentang Zat Allah yang sudah pasti di luar jangkauan kita. Kerana kajian kita tentang alam ini sendiri amatlah terhadnya.

WalLahu a'lam
HBN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan