Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2009-04-06

Wasiat


Assalamualaikum

Pada 5 April 2009, Surau Annur telah mengadakan kursus Ilmu Faraid dan Harta Pusaka yang dibentangkan oleh Alfadhil Ustaz Md Ghazali Ibrahim dari Tg Malim. Semasa pembentangan, Ustaz ada menjelaskan akan keperluan mengadakan wasiat untuk melantik pentadbir harta pusaka selepas matinya sipemilik harta.

Perkara ini sering diabaikan kerana beranggapan ianya 'tidak perlu' dan 'remeh', akibatnya selepas kematian sipemilik harta, banyak harta tidak dapat dituntut dan yang paling malang berlakunya pergaduhan dikalangan ahli waris dalam menuntut harta pusaka.

Mencintai harta benda adalah sifat semulajadi manusia dan manusia berlumba-lumba mengumpulkan harta. Tetapi manusia hanya terdaya mengguna dan menguasai harta ketika hidupnya saja bila berlaku kematian harta tersebut perlu dipindah milik. Perebutan mendapatkan harta pusaka sering terjadi tanpa mengira dengan siapa seseorang itu terpaksa berebut, hatta dengan ibu kandung sendiri pun boleh berlaku perebutan.

Kadang-kadang kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan harta pusaka sehingga lupa yang simati masih mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan terlebih dahulu. Anak-anak yatim terbiar tanpa pembelaan kerana harta peninggalan yang sepatutnya diwarisi dibolot oleh manusia berjiwa rakus ini.

Kerenah birokrasi menyebabkan tuntutan harta pusaka lebih rumit dan tidak dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat. Oleh itu, pentadbir harta pusaka ini amatlah diperlukan dan kepada pemilik harta melantik pentadbir harta pusaka semasa hidup dapat menolong ahli waris menikmati harta peninggalannya.

Akhir kalam "hendaklah engkau mempermudahkan dan jangan menyukarkan".

WalLahu a'lam

Harun Noordin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan