Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2009-04-23

Program Ilmu di Surau Annur SP1


Assalamualaikum

Sahabat2 yang dikasihi, seminggu dua ini kerap kita bertemu dalam program ilmu menyebabkan ikatan persaudaraan dikalangan kita rasanya bertambah... filLah insya Allah.

Kuliah Subuh 19/4/09
Oleh Ustaz Samsudeen, mengingatkan kita tentang perlunya kita 'menarik' rahmat Allah dengan tidak mencampur-adukkan cinta kepada Allah dan cinta kepada dunia. Teringat saya ungkapan terakhir kuliah beliau, tentang hadiah pen - dimana jika kita dihadiahkan pen, kita bukan main lagi berterima kasih kepada pemberi pen tetapi kurang berterima kasih kepada yang memberi tangan/jari untuk memegang pen itu.

Sukat kekuatan cinta kita kepada Allah dengan amalan sunat yang kita lakukan sehari.

Kelas Tajwid 21/4/09
Ini adalah kelas rutin Ustaz Zulkifli. Membaca alquran dengan bahasa arab yang betul adalah wajib kerana ianya diturunkan dalam bahasa itu. Kita dari golongan Ajam ini perlulah mempelajari ilmu tajwid supaya bacaan kita memenuhi tuntutan syarak itu.

Kuliah Ayat2 Hukum 22/4/09
Kuliah ini bermula agak lewat 9:30 malam dan tamat 10:45 malam kerana 2 kali SP1 mengalami gangguan elektrik. Ayat yang dibincangkan ialah ayat 219 dan 220 surah Albaqoroh, yakni tentang:
1. Khamar (arak)
2. Maisir (judi)
3. Harta yang disedekahkan/infaq
4. Harta anak yatim.
Kehadiran: Zahidi, Rashidi, Harun, Azizi, Mazlan dan Osmawi.

Semoga Allah memberkati majlis ilmu di surau kita dan lebih ramai lagi yang mendapat manafaat.

Wassalam

Pengerusi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan