Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2009-04-19

Budi Bahasa Umat Manusia (Salam Harvard 2)


Assalammualaikum, w.b.t.h

Semoga sekelian sahabat dan ahli jemaah berada dalam sejahtera dan dipelihara serta ditingkatkan keimanan kepadaNya.

Bila kita bergaul dengan masyarakat bukan Islam khususnya dengan masyarakat Amerika (bukan di New York) kita dapati mereka amat saling hormat menghormati. Mereka amat mengutamakan orang lain, orang tua, wanita dan yang lemah. Bila memandu, mereka mengutamakan yang berjalan kaki. Bila masuk lift mereka mendahulukan orang lain. Dalam banyak hal mereka akan mengutamakan orang lain lebih dari diri sendiri.

Apabila bertemu, ucapan bertanyakan khabar "How you doing?"; Hai; "Good morning"; "How are you?" tidak putus-putus diucapkan. Begitu juga bila berpisah, "take care'; "have a nice day"; "have a good day"; dan sebagainya. Begitulah gambaran perasaan dan prihatinnya yang dizahirkan kepada orang lain.

Ucapan Salam.
Pun begitu, ucapan salam yang kita amalkan jauh lebih mulia. Di kalangan bangsa Arab, apabila bertemu mereka akan ucapkan salam, bersalam dan berpeluk menampakkan betapa akrabnya perhubungan.

Alhamdulillah, masyarakat kita tidaklah pula janggal untuk mengamalkannya sama ada di pejabat atau bersama keluarga. Cumanya pada hemat saya, amalannya masih boleh kita perbaiki dan pertingkatkan supaya penzahirannya menampakkan ada keberkatannya.

Mengutamakan Orang Lain
Namun, dalam bab mengutamakan orang lain lebih dari sendiri masih boleh difikirkan di mana tahap kita. Rasulullah s.a.w semasa hampir wafat, masih memikirkan masa depan akan umatnya..."umatti, umatti..!" Namun dalam kehidupan bermasyakat dan perhubungan, saya sendiri merasakan banyaknya yang mengutamakan diri lebih dari orang lain. Oleh kerana budaya kita semacam budaya bersaing (kompetetif, siapa dahulu dia dapat) banyak kita mendahulukan diri sendiri dan secara tidak sedar mengenepikan pula hak orang lain. Amalan ini pastinya bertentangan dengan amalan sunah rasulullah. Bayangkan di kalangan masyakat Islam di negara kita, masyakat Islam lebih banyak mempamerkan kesabarannya, lebih banyak mengutamakan orang lain, menjaga kebajikan orang lain lebih dari diri sendiri dan semua ciri-ciri ini wajar dizahirkan melalui perlakuan dan budi bahasa. Pada ketika itu, baharulah orang lain akan menghormati Islam dan yakin akan kebenarannya.

Sekadar melontarkan fikiran. Yang kurang itu adalah kelemahan saya.
Wallahu 'alam.

Salam.

Dato' Penasihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan