Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-05-28

Kematian Bukan Penyudahan

Assalamualaikum ww sahabat2 yang dirahmati Allah,

"Setiap jiwa PASTI merasai kematian". Ini bukan slogan, bukan ugutan tetapi kenyataan dan ingatan ini diperingatkan oleh Allah SWT sendiri sebagai Pencipta makhluk ini. Tidak sukar untuk mengakui perkara ini kerana kita boleh perhatikan kematian berlaku setiap hari dan kita pastinya mendengar kaum keluarga kita menamatkan usia masing-masing.

Kematian adalah satu perjalanan, seperti mana kita meninggalkan kampung halaman untuk bermusafir ke negeri/negara lain. Kematian juga bukanlah satu perkara yang perlu ditakuti jika kita telah bersedia menghadapinya. Setiap perjalanan memerlukan bekal dan sebaik-baik bekal adalah taqwa.

Kehidupan dunia hanya singgahan dan untuk mencari bekal. Banyak yang terperdaya dengan kehidupan dunia sehingga lupa akan bekal yang perlu diambil untuk kehidupan yang lebih jauh lagi. Bukan sedikit yang terpaksa meninggalkan dunia ini tanpa bekal malah ada yang membawa beban (dosa) yang banyak yang sudah pasti akan menyukarkan perjalanan menuju destinasi, yakni keredhoan Allah Azzawajalla.

Ada beberapa alam yang bakal ditempuh, antaranya: alam barzakh, alam mahsyar, Shiraat dan kkekal samada di syurga atau di neraka (semoga dilindungi Allah juga hendaknya). Tempoh atau lama sesuatu alam itu hanya Allah saja yang tahu (innaAllaha 'ala kullisyai'in qodiir).

Semoga Allah membantu kita untuk mencari bekal yang terbaik di dunia ini.

WalLahu a'lam
Harun Noordin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan