Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-05-17

Haq dan batil

Assalamualaikum ww sahabat2 yang dimuliakan,


Islam memusuhi kesyirikan, syirik (digunakan dalam bahasa Melayu membentuk perkataan "syarikat" - sekutu - lebih dari satu) dalam hal ketuhanan adalah batas keislaman seseorang itu. Secara umumnya penuhanan berlaku atas 5 sebab:
  1. Untuk pengabdian (sifat semula jadi manusia yang lemah)
  2. Untuk perlindungan
  3. Untuk kecintaan
  4. Untuk pujian (pemberi nikmat dan rezeki)
  5. Untuk rujukan perundangan
Mentauhidkan Allah dalam kelima-lima perkara di atas adalah kesempurnaan iman seseorang muslim. Menjadi kebiasaan seseorang itu melakukan pengabdian diri kepada tuhannya ditentukan kepada 3 perkara: 1. tempat, 2. masa dan 3. tatacara. Allah memberi kita kemudahan dalam mengabdian diri kepadaNya kerana:
  • Seluruh bumi ini adalah 'masjid' bagi umat Islam selagi ianya suci.
  • Umat Islam perlu setiap dan sepanjang masa mengabdikan diri kepada Allah.
  • tatacara ibadah khusus amatlah mudah dan boleh difahami oleh 'aqal apatah lagi ibadah umum, kerana kehidupan seorang muslim mestilah dalam keadaan ber'ibadah' kepada Allah SWT.
Masjid bukanlah satu bangunan yang perlukan binaan yang cantik dan berukir-ukir, sesungguhnya masjid Nabawi asalnya amat sederhana dan mudah. Hanya kebelakangan ini masjid-masjid berlumba-lumba dalam binaannya. asas sebuah masjid adalah 'taqwa' dan tiangnya adalah solat.  


Islam tidak memerlukan masjid yang cantik tetapi tiada pengisian taqwa di dalamnya. Tetapi masjid umat Islam adalah tempat kesatuan, tempat kecintaan dan tempat ketundukan. Ukiran sebegini bukanlah dinamakan masjid tetapi adalah sebuah kuil.

Nabi  SAW telah memusnah beratus2 berhala jahiliyyah di dalam masjidilharam semasa 'fathulmakkah', perkara hampir sama dilakukan oleh Wazir Maharaja Babur, Mir Baqi yang telah membina masjid Babri di Ayodhya. Tetapi sekarang telah dirampas semula oleh kerajaan Hindu untuk dibina semula kuil kelahiran Rama yang didewa sebagai tuhan orang Hindu. Ini adalah kesyirikan yang nyata dan adalah mustahil tuhan itu dilahirkan seperti makhluq, tetapi ketika ini yang batil itu mengatasi yang haq.

Pastinya yang haq itu akan menang nanti....

Wassalam
HBN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan