Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-05-17

Hari Guru

Assalamualaikum sahabat2 yang dirahmati Allah,

Islam diturunkan di zaman jahiliyyah, ketika itu kebanyakan penduduk Arab tidak tahu membaca dan menulis termasuklah Nabi kita sendiri pun tidak tahu membaca dan menulis. Tetapi ayat pertama yang diturunkan menyuruh penganut agama Islam supaya membaca.

Asas utama dalam belajar dan mengajar adalah membaca dan menulis. Banyak di kalangan negara miskin di diami oleh orang Islam dan mereka berada dalam keadaan buta huruf. Sejak 1500 tahun yang lalu Islam meminta umatnya supaya membaca tetapi masih ramai lagi yang tidak mampu membaca sehingga akhir hayatnya.

Adakah Islam boleh disalahkan? Nabi SAW telah menghadiahkan kebebasan kepada tawanan perang Badar jika mereka mampu mengajar anak-anak Islam di Madinah ketika itu menjadi celik huruf. Nabi memberi tempat istimewa bagi penulis-penulis wahyu, Allah sendiri telah mengiktiraf ulama (golongan cerdik pandai) adalah golongan yang akan takut dengan Allah.

Hampir mustahil bagi seorang yang jahil tentang sifat Allah akan takut kepada Allah. Itulah Islam. Islam ditegakkan di atas hujjah dan Islam dikembangkan di atas hujjah. Terlalu banyak nas dan bukti tentang kepentingan ilmu dalam Islam, sehinggakan Islam tidak memaksa orang lain menganut agama Islam melain dengan kerelaan sendiri yakni setelah pasti dengan kebenaran Islam.

Dinukilkan oleh Imam Nawawi dalam Riyadhussolehin, bahawa Nabi SAW berpesan kepada menantunya Saidina Ali, jika sekiranya hidayah Allah sampai kepada seseorang melalui dirinya adalah lebih baik dari kehidupan dunia hatta ternakan (unta) yang merah-merah. Inilah basalah untuk guru yang ikhlas.

Terr ganjaran untuk para guru tetapi apakah guru-guru sekarang layak menerima ganjaran yang besar itu?
Ya Allah, ampunilah guru-guruku yang telah mengajar aku supaya aku mengenalMu.

Wallahu a'lam
HBN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan