Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2009-10-12

Musim Haji Telah Tiba

Assalamualaikum ww,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, musim haji telah tiba maka menjadi kewajipan untuk kita nerusaha bagi membolehkan kita menunaikan rukun Islam ke-5 itu.

Firman Allah yang lain di dalam surah al-Hajj ayat 27 (maksudnya) : “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.”

Apakah lagi alasan yang hendak diberikan untuk tidak mengerjakan haji?. Atau bila ditanya bila lagi hendak menunaikan ibadah haji? Jawapan yang diberikan : Belum ada seruan lagi. Dalam hal ini Saidina Ali RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :


"مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تَبْلُغُهُ إِلىَ بَيْتِ اللهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلاَ عَلَيْهِ أَنْ يَمُوْتَ يَهُوْدِيًا أَوْنَصْرَانِيًّا وَذَلِكَ أَنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُوْلُ وَلله عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً."

(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Maksudnya : “Barangsiapa mempunyai bekalan-bekalan (untuk perjalanan) dan kenderaan yang membawanya ke rumah Allah tetapi dia tidak menunaikan haji, maka tidak ada perbandingan bagi-nya mati sebagai yahudi atau nasrani. Untuk menegaskan hal ini Rasulullah SAW membaca ayat : Sesungguhnya Allah SWT berfirman : Menunaikan haji ke rumah (Allah) adalah sebagai tugas (kewajipan) ke atas mereka yang mampu.”


 
Semoga Allah mengurniakan kita rezeki untuk melaksanakan ibadah haji ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan setidak-tidaknya sekali seumur hidup.
 
WalLahu a'lam
Harun Noordin

1 ulasan:

  1. Dimaklumkan Akh Azizi akan berangkat menunaikan haji tahun ini bersama isteri beliau. Penerbangan bertolak adalah pada 17/11/09 dan akan terus ke Makkah. Dengan keselesaan pakej haji, diharap beliau suami isteri beroleh haji yang mambrur. Insya Allah. HBN

    BalasPadam