Kepada semua dermawan, harap kiranya tuan/puan yang mulia menyalurkan sumbangan untuk aktiviti Surau An-Nur SP1 samada melalui tabung surau atau melalui akaun CIMB (Akaun alTijarah), No. Akaun: 16010000007106 atas nama SURAU AN-NUR. Semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan yang banyak.

2010-08-31

Iftar dan Sambutan Hari Kemerdekaan

Assalamualaikum ww,
AlhamdulilLah, kita sudah berada pada 21 Ramadhan dan pada hari ini 31 Ogos 2010 adalah ulang tahun KEMERDEKAAN Malaysia ke53. Serentak dengan itu, Surau An-Nur SP1 akan mengadakan majlis berbuka puasa dan doa selamat.

Majlis Berbuka Puasa:
Tarikh: 21 Ramadhan 1431 / 31 Ogos 2010
Masa: 7:00 petang
Agenda:
  • Tahlil & doa selamat
  • Berbuka puasa
  • Solat Maghrib
  • Makan
  • Solat Isyak
  • Solat Tarawikh
  • Tazkirah Kemerdekaan
  • Bersurai
Dijemput muslimin dan muslimat kariah Surau An-Nur SP1 datang bersama keluarga ke majlis ini. Maklumkan juga kepada jiran tetangga.

Semoga majlis ini diberkati Allah.

Wassalam
Pengerusi

1 ulasan:

  1. Tahniah kepada semua yang terlibat pada majlis berbuka Surau An-Nur semalam. Malam tadi juga, Tn Haji Idris (Imam Masjid Bt 14/Amil) telah datang untuk mengutip fitrah di Surau An-Nur.

    Ustaz Ilyas Helmi mengimamkan solat isyak dan witir serta memberi takzkirah, Ramadhan sebagai madrasah tarbiah keperibadian muslim.

    BalasPadam